Posted on February 10, 2025
Musim bunga dan panas 2025 bakal dimeriahkan dengan dua koleksi fesyen terbaharu yang menggabungkan elemen sofistikasi, inovasi dan gaya moden untuk pencinta fesyen urban. UNIQLO : C dan Levi’s® Blue Tab hadir dengan rekaan versatil yang bukan sahaja memenuhi keperluan harian, tetapi juga memberi sentuhan premium kepada gaya pemakai.

UNIQLO : C 2025 Spring/Summer Collection – Essentials for City Life
UNIQLO : C kembali dengan koleksi musim bunga/panas 2025 yang akan dilancarkan secara rasmi pada 28 Februari 2025. Direka oleh pereka British tersohor, Clare Waight Keller, koleksi ini menggabungkan material fungsional dengan inovasi terkini untuk menghasilkan pakaian urban yang moden dan selesa.
Salah satu elemen utama dalam koleksi kali ini ialah nylon, fabrik sukan asal yang ringan, sejuk, dan memberikan kemasan licin. Dengan kontras tekstur dan warna yang bermain secara harmoni, koleksi ini menghadirkan sentuhan sofistikasi untuk gaya harian yang effortless.




Gaya Baharu: Gabungan Kasual dan Formal
- Lelaki: Seluar kargo wide-fit dipadankan dengan kemeja bersih untuk tampilan kasual moden.
- Wanita: Jaket AirSense double-breasted yang ringan dan cepat kering boleh digabungkan dengan seluar Bermuda atau seluar wide-fit untuk mencipta gaya summer tailoring yang segar.
- Aksesori: Beg bahu puffy, sandal bertali dan sandal selipar berbahan nylon melengkapkan penampilan yang chic dan praktikal.


Dengan koleksi ini, UNIQLO : C bukan sahaja membawakan keselesaan, malah menampilkan siluet yang lebih sporty dan moden bagi mereka yang ingin tampil bergaya tanpa mengorbankan fungsi.
Levi’s® Blue Tab: Warisan Denim Bertemu Ketukangan Moden
Sementara itu, jenama denim ikonik, Levi’s®, melancarkan koleksi Blue Tab yang bakal memikat hati peminat denim. Dilancarkan secara global pada 17 Februari 2025, koleksi ini menggabungkan warisan pakaian kerja Levi’s® yang tahan lasak dengan inovasi kontemporari untuk gaya denim premium yang sofistikated.
Koleksi ini menampilkan fabrik denim berkualiti tinggi seperti denim nep, chambray ringan dan denim selvedge rona gelap, menghasilkan helaian yang versatil dan malar segar.


Gaya Blue Tab untuk Lelaki dan Wanita
- Lelaki: Denim ringan Marker Loose digandingkan dengan Jaket Scout dari denim selvedge Kaihara Jepun. Parka Fishtail klasik dan jaket Type 1 memberi sentuhan rugged dan premium.
- Wanita: Blazer dipadankan dengan seluar kaki lebar untuk tampilan elegan. Jaket Trucker Type I dan skirt kelim menawarkan gaya denim dari kepala ke kaki yang unik. Gaun utiliti dan jaket Barn menambah elemen feminin yang sofistikated.


Dengan penjenamaan Blue Tab yang diinspirasikan dari sejarah Levi’s®, koleksi ini meraikan estetika denim dengan tipografi khas yang diambil dari arkib Levi’s® sejak tahun 1925. Disertai dengan kempen fotografi ikonik oleh Juergen Teller, koleksi ini menyatukan elemen klasik dan moden dengan sempurna.

Urban Wear yang Praktikal dan Bergaya
Kedua-dua koleksi ini membuktikan bahawa fesyen boleh menjadi ekspresi gaya hidup moden yang praktikal dan sofistikated. Sama ada anda menggemari potongan moden dengan sentuhan sporty dari UNIQLO : C, atau denim premium dengan warisan ketukangan dari Levi’s® Blue Tab, pilihan fesyen musim bunga/panas 2025 ini pasti melengkapkan keperluan gaya harian kamu.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi ini di butik UNIQLO dan Levi’s® terpilih serta dalam talian di uniqlo.com dan levi.com.my
Apa pandangan anda?