SEARCH

Giftset Comel Krismas: Kolaborasi Ketiga Moschino x Barbie & Ken

Giftset Comel Krismas: Kolaborasi Ketiga Moschino x Barbie & Ken

Kolaborasi ketiga ini Moschino x Barbie ini menyaksikan Barbie mengabadikan figura pereka Moschino, Jeremy Scott dan model Stella Maxwell di permaidani merah MTV Video Music Awards 2015. Ini menjadi hadiah musim perayaan paling comel.

Barbie menyarung gaun daripada koleksi Moschino Fall 2015 daripada baldu hitam bersama ropol yang membaluti patung ini. Manakala Ken pula dalam tuksedo berjalur custom inspirasi jalur cubaan signal TV. Patung comel ini boleh dibeli di moschino.com mulai 2 Disember lalu pada harga USD200 dan di butik-butik utama Moschino di Milan, Rome, London, Paris, New York dan Los Angeles. Sebagai pilihan kepada giftset ini ada juga tuala memaparkan imej dua patung ini pada harga USD135.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE