SEARCH

GIVENCHY GV Shower, Aksesori Ikonik Untuk Tahun 2019

GIVENCHY GV Shower, Aksesori Ikonik Untuk Tahun 2019

Sebermula untuk mengisi wawasan, namun kini menjadi sesuatu yang ikonik! Debut Clare Waight Keller sebagai pengarah artistik, menyelia Givenchy musim bunga 2018 yang lalu mencorakkan satu kemenangan buat dirinya. Siapa duga, memperkenalkan Givenchy GV Mask ketika debut tersebut mengenakan pengaruh yang tinggi pada Clare. Ia tidak menghambat usahanya untuk terus menampilkan GV Mask sebagai ikon baharu Givenchy.

Daripada GV Mask, muncul pula GV Shower! Jeweled eyewear, aksesori atau barang kemas yang mengindahkan bahagian mata. Givenchy GV Shower yang menyaingi bersama himpunan musim bunga 2019 kali ini mengkonsepsikan rekaan abstrak seakan-akan cermin.

givenchy GV Shower

Sama seperti stail barang kemas Podium yang sangat ekspresif dan ada kalanya dramatik, GV Shower mencedok inspirasi daripada titisan air hujan yang bercucuran. Justeru, terbitnya nama ‘shower’ itu daripada ‘rain shower’. Material yang kelihatan berharga menjadi hiasan utama GV Shower – diolah untuk memerihalkan metafora pengubahan alam semulajadi yakni sewaktu musim bunga, ais lenyap bertukar menjadi air.

Bahagian utama mask GV Shower disempurnakan oleh ratusan kristal Swarovski yang terhasil menerusi hasil kerja tangan, yang diolah dalam rupa merebak di bahagian temple kaca mata tersebut dan menambah seri pada bahagian bingkai. Yang menariknya, kelompok rumbai di bahagian tepi pula dibiarkan bergantung menyamai satu ‘jatuhan’, untuk menggambarkan air hujan bergemerlapan saat ia tersarung pada muka si pemakai.

givenchy GV Shower

Givenchy GV Shower adalah aksesori highlight Givenchy musim ini. Ia dipersembahkan dalam video acah serta imej foto kempen fesyen Givenchy. Malah bukan setakat video acah dan kempen sahaja, GV Shower turut membuat ‘kemunculan’ dalam salah satu babak muzik video terbaru Blackpink, ‘Kill This Love’, di mana ia dipakai oleh Lisa.

Adakah Givenchy GV Shower is a must-have? Sudah tentu. Hadir dalam edisi terhad, Givenchy GV Shower tersedia ada dalam rekaan lensa berwarna kelabu serta clear dan dilengkapi pad hidung boleh laras untuk keselesaan si pemakai.

 

givenchy GV Shower

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE