Posted on March 2, 2021
Biasalah, hiburan awal tahun : musim anugerah. Di tengah gelegak kehangatan acara anugerah Golden Globes ke-78 yang berlangsung semalam – acaranya bergabung dengan konsep pertunjukan virtual, – seraya itu, mata ‘terpasang’ terus ke telefon pintar. Menontonnya secara langsung, mahu mengetahui siapa menang dan sudah tentulah, melihat gaya-gaya terbaik di ‘karpet merah’ virtual.
Berteriak hati selepas Andra Day dinobatkan ‘Best Actress in a Motion Picture – Drama’ untuk filem The United States Vs. Billie Holiday, menjadikan dia pelakon berkulit hitam yang kedua meraih anugerah tersebut – selepas Whoopi Goldberg pada 1985. Kemudian bila kemenangan ‘Best Actress in a Motion Picture – Musical or Comedy’ berpihak pada Rosamund Pike untuk filem I Care A Lot, hai… lagilah menggelorakan rasa suka. Kerana (secara peribadi) saya teramat suka pada wataknya sebagai Marla Grayson dalam I Care A Lot.
Filem Nomadland, arahan Chloe Zhao, pula menggondol anugerah ‘Best Picture’ dan ‘Best Director’. Setelah melihat filem tersebut menang, ia lekas bikin rasa tidak sabar mahu menontonnya. Bukan hanya kerana ia ‘Best Picture’ di Golden Globes semalam, bahkan juga filem Nomadland tersenarai dalam sepuluh filem terbaik tahun 2020 oleh National Board of Review dan American Film Institute. You think?
Cukup setakat itu sahaja berbicara tentang kemenangan di Golden Globes. Kerana jika mahu bercakap lagi fasal ia, boleh jadi perbincangannya takkan berkesudahan.
Kita berkalih pula ke gaya-gaya di karpet merah fizikal dan virtual semalam, ada yang kami suka dan ada yang kami agak kurang berkenan di hati. But we don’t want to talk about looks we don’t like, we just want to talk about four looks that we like! Empat gaya karpet merah di Golden Globes semalam yang kami suka dan ada cerita menarik di sebalik gaya-gaya tersebut. Hal seperti inilah yang membuatkan kami lebih tertarik untuk memusatkan perhatian ke anugerah-anugerah antarabangsa. Ada sahaja perkara-perkara atau penceritaan yang berkaitan dengan gaya-gaya karpet merah yang boleh diperkatakan – jika dibandingkan dengan anugerah-anugerah lokal kita. Bukan glamor semata-mata.
Contohnya, hal-hal seperti kelestarian fesyen, memelihara akar umbi atau identiti pereka fesyen dan keberanian selebriti tampil unik ke anugerah formal.
4 GAYA GOLDEN GLOBES KE-78 YANG KAMI SUKA & MENGAPA?
KIERNAN SHIPKA & JANUARY JONES PAKAI BAJU BERUSIA HAMPIR SEDEKAD!
“10 years later it still (sorta) fits,” tulis January Jones dalam Instagram-nya, memuat naik gambarnya memakai gaun merah Versace di Golden Globes tahun 2011. Kiernan Shipka pun sederap mengikut apa yang Jones buat. Shipka pula menggayakan dress mini dengan kolar ropol-ropol yang pernah dia pakai di Golden Globes tahun 2011. Shipka memuat naik sekali gambar dia bersama Jones di Golden Globes tahun 2011 di Instagram-nya – yang memperlihatkan kedua-duanya memakai dress yang sama – dan membandingkan gambar dahulu dengan yang sekarang. And both still fit.
Shipka dan Jones cuba berinovasi serta menjadi kreatif. ‘Guna semula’ dress yang dahulu tidak bikin rasa malu pun, malah lebih bangga lagi menayangkan ia! Jones mengomen Shipka di Instagram dengan menulis, “I believe this is called upcycling now.” Ya, betul. Upcycle fashion is a trend now dan mereka berdua secara tidak langsung, memperjuangkan kelestarian fesyen di Golden Globes semalam. Good job, ladies!
VIOLA DAVIS BANGGA DENGAN JATI DIRI, MENGGAYAKAN LAVIE BY CK
Apa yang ditunjukkan oleh Viola Davis semalam mengingatkan saya pada zaman belajar fesyen di universiti dahulu. Projek final kami bertemakan ‘Identiti’ kerana tenaga pengajar ketika itu mahu kami semua mengembalikan akar umbi serta susur galur masing-masing menerusi rekan fesyen. Beranjak ke masa kini, bila sudah dewasa, barulah mengerti kepentingan mengaitkan jati diri dalam rekaan fesyen.
Terima kasih kepada Davis dan Lavie by CK (pengasasnya Claude Kemeni) yang bantu memupuk pemahaman itu dalam kotak fikir saya.
Davis tidak mahu berada dalam ruang lingkup lazim di Golden Globes semalam. Ruang lingkup lazim yang dimaksudkan adalah menjadi sebahagian daripada selebriti yang memakai dress-dress pereka fesyen komersial atau jenama-jenama yang biasa kita dengar. The Prada, the Dior and so on. Davis memilih gaun yang direka oleh Lavie by CK yang sarat dengan motif atau corak Cameroon, yang mencerminkan jati diri Kemeni – Kemeni adalah pereka fesyen berpangkalan di Los Angeles yang mempopularkan motif-motif Afrika. Menurut penata gaya Davis, Elizabeth Stewart yang ditemu bual oleh Vogue, “Viola wanted a designer who spoke to her specifically as a Black woman.”
SARAH PAULSON MEMAKAI ‘CAST’ TANGAN YANG DIREKA OLEH PRADA
Pelakon siri Ratched, Sarah Paulson patah tangan? Bukan gimik, tetapi betul. Pelakon yang tersenarai dalam pencalonan ‘Best Performance by an Actress in a Television Series’ ini muncul di karpet merah virtual memakai gaun kembang Prada bersama cast tangan yang juga direka khas (custom made) oleh Prada. Tidak pasti bagaimana dan apa yang terjadi ke atas Paulson, tetapi sebelum bermulanya acara Golden Globes, dia ada berkongsi gambar keadaan tangannya yang mengalami kecederaan ringan. But the fact that Prada designed the cast specifically for Paulson dan masih kelihatan stailish, adalah sesuatu yang wajar diberi perhatian.
4 GAYA TERBAIK #STAILAVVV KERANA LAIN DARIPADA YANG LAIN
Bila menyentuh bab best dress, pilihan kami bukan yang nampak lazim atau biasa – contohnya, dress-dress atau gaun-gaun mengerlip atau penuh jemeki. Bukan. Ada empat selebriti yang hadir ke Golden Globes semalam dengan gaya-gaya yang menambat hati kami. Kerana kelainan yang ditonjolkan.
Cynthia Erivo yang memilih gaun kembang Valentino berona hijau terang yang menggunakan fabrik skuba dengan butiran piping kelihatan jelas membentuk bahagian dart serta princess line. Emma Corrin nampak regal dalam gaun baldu Miu Miu dengan kolar leher beropol-ropol dan berlengan leg of mutton. Manakala Anya Taylor-Joy bergaya dalam dress Dior yang menggunakan fabrik lurex dan dipadankan bersama kot labuh (dress dan kot labuh, why not!) dan Rosamund Pike pula menyarung gaun kembang tulle, rekaan Molly Goddard. Bagi kami, Pike berani kerana percubaannya untuk ‘keluar’ daripada penampilan tipikal.
Apa pandangan anda?