SEARCH

7 Look Ini Adalah Best Dress Grammys 2019… Hands Down!

7 Look Ini Adalah Best Dress Grammys 2019… Hands Down!

Apa yang kita belajar daripada senario karpet merah Grammys 2019 baru-baru ini adalah, ‘Don’t just make an entrance, cause a scene!’ Demikian antara ‘mantera’ yang dipegang oleh beberapa selebriti yang hadir di Grammys dalam membuat kemunculan, yang tidak alang-alangan mempersiapkan diri menggayakan best dress. Berdasarkan pemerhatian, ada tujuh look karpet merah kelmarin yang tersenarai sebagai #STAILavvv!

Grammys memang takkan habis terkait dengan kontroversi apakala datang mengetuk saban tahun. Ada sahaja yang meramas hati dan akal kita, setiap kali menyaksikan acara penting buat lapangan muzik antarabangsa ini, yang takkan tersamping daripada menjadi sebahagian isu besarnya.

Dan dengar-dengar semalam, Beyonce enggan datang, memboikot Grammys atas sebab dukungan yang tidak adil terhadap artis-artis berkulit hitam. Perihal ini menjadi ikutan selebriti-selebriti atau artis-artis lain, sehingga ada beberapa A-lister turut sama tidak menghadirkan diri. Oops! Jika benar sekalipun… what is up with Grammys?!

Namun, jika tidak ada kontroversi pun, tak seronok juga kan? Entah-entah pihak Grammys pun melihat insiden ini sebagai sesuatu yang bisa melarat menjadi percakapan orang dan menaikkan ratings. Tambahan pula dengan sejarah yang terukir oleh Cardi B, menjadi artis solo perempuan pertama meraih anugerah Best Rap Album – mengatasi Nicki Minaj – dan Ariana Grande yang akhirnya turut meraih kemenangan menerusi album Sweetener, lagilah dilihat sebagai menguatkan ‘permainan’ Grammys.

Walau apapun, di balik bayang kontroversi juga kemenangan kelmarin, tetap karpet merah dan best dress di Grammys antara topik yang terbaik untuk dibualkan. Kerana karpet merah Grammys seringkali tidak pernah gagal mengangkat kening kita dan membuatkan mulut kita berkata “wow!” Daripada dress statement pro-Trump sehinggalah kostum yang mereplikakan pingat Grammys – yup, we’re not kidding – karpet merah Grammys umpama ‘mardi gras’ fesyen acara berprestij!

best dress grammys 2019

Bercakap fasal statement, dress Mugler yang dipakai oleh Cardi B adalah sesuatu yang tidak bisa dilupakan. Pemilihan Cardi B untuk memakai dress vintaj daripada arkib Mugler adalah satu tindakan bijak kerana sampai ke sudah, bagai sukar untuk memadam imej dress tersebut daripada kepala kita. Terlalu cantik! Malah jika perasan, dress-dress terbaik kelmarin banyak bermain dengan rekaan ekstra dan manipulasi dari segi pola. Pola unik dan nada gaya berani menjadi pilihan beberapa selebriti.

best dress grammys 2019

Selain Cardi B, dress Jean Paul Gaultier bak arca yang dipakai oleh Janelle Monae juga antara best look. Rekaan bahu keras pada bahagian lengan, ditambah lagi aksesori topi pinnya menyempurnakan penggayaan. Tidak lupa juga, Chloe X Halle dalam dress rekaan Isabel Sanchis pun turut mencuri perhatian. Well, itulah caranya untuk membuat kemunculan! Jangan alang-alangan sewaktu melewati karpet merah.

Jadi, siapa lagi best look pilihan kami di Grammys 2019 kelmarin?

best dress grammys 2019

Katy Perry dalam Balmain

best dress grammys 2019

Kacey Musgrave dalam Valentino

best dress grammys 2019

St. Vincent dalam Giambatista Valli

best dress grammys 2019

Chloe X Halle dalam Siabel Sanchis

best dress grammys 2019

Hennessy Carolina

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE