Berbelah bahagi terhadap kemenangan Billie Eilish di anugerah Grammys 2020 semalam. Tak kurang, ada juga yang tak berpuas hati dengan ‘al-kisah’ kategori-kategori utama disapu oleh Billie. Lalu, tercetusnya perang di Instagram. Yang masing-masingnya gigih menyusun fakta tentang artis-artis kesayangan mereka robbed, selayaknya menang dan seumpamanya.
I was just there, to enjoy the red carpet moments.
Datang saja musim anugerah, seperti biasalah, menjentik macam-macam perasaan dalam hati kita. Tahun ini lain sedikit, kerana awal-awal lagi kita sudah dilanda kontroversi penamaan calon yang diskriminasi – yup, BAFTA dan Oscars – sehinggalah hal kemenangan yang mendorong kepanasan hati. Namun, satu-satunya acara yang dijamin takkan melesukan hati adalah… detik karpet merah! Detik untuk meluahkan rasa suka, rasa kurang berkenan, rasa cringe dan macam-macam lagi, ke atas penampilan-penampilan artis-artis atau selebriti-selebriti yang hadir dengan pelbagai ragam inspo-gaya.
Di acara karpet merah Grammys ke-62 semalam, sejujurnya, gaya Dua Lipa antara yang kami suka. Dia muncul mempamerkan imej clean menerusi rekaan ala kutang bertali slip yang dihasilkan oleh Vivienne Westwood. Berambut parting yang dibiarkan jatuh di bahagian depan lagi, Dua benar-benar menafaskan moment Y2K! Lil Nas X pun kami suka. Kerana dia tidak tunduk kepada konformis gaya lelaki, sebaliknya berbangga dengan siapa dirinya. Memilih rekaan pakaian koboi berona merah jambu terang daripada Versace, menunjukkan jati diri Lil Nas X yang menebal dan mengajak lelaki-lelaki lain (termasuk saya) untuk tidak gentar bergaya ekstra.
Sementara berbicara tentang penampilan Lil Nas X, kami ramal gayanya itu pasti menjadi fashion meme tahun ini. Entahlah, but we can feel it. Ya, di samping dress terbaik atau worst dress, kami mahu merencanakan sesuatu yang berbeza.
Daripada membuat senarai dress terbaik atau worst dress, lebih elok kami jangka atau ramal ‘fesyen karpet merah Grammys 2020 yang akan menjadi memes’. Lol! Bersedia?

Ariana Grande dalam gaun Giambattista Valli “I’m gonna save money this year” “Blowing all my cash on things I don’t need”

Billie Eilish dalam Gucci (dengan penutup mulut) “Deadly virus.” “Say no more”

Lizzo dalam gaun Versace akan memulakan meme “That one aunt…”

Lil Nas X dalam Versace “It’s an adult party” “Also me :”

Priyanka Chopra dalam dress Ralph & Russo ini akan dibandingkan dengan penampilan JLo “When you order online” “When it arrives”

Shawn Mendes di Grammys 2019 (kiri) dan di Grammys 2020 dalam sut Louis Vuitton (kanan) “Y’all! This is 2019 fashion” “Y’all! This is 2020 fashion” atau “All white guys look the same…”

Tyler The Creator dalam Golfwang “When you show up to the wrong party but you still trynna turn up” atau “Dress for the job you want”

.gif)



















.gif)

Apa pandangan anda?