Posted on March 15, 2021
Acara anugerah pada bulan Mac umpama tak selet saban minggu. Hari ini anugerah Grammys 2021, minggu lalu anugerah Critic’s Choice dan dua minggu sebelumnya, anugerah Golden Globes. Oh, dan semalam pula, (di Malaysia) Anugerah Juara Lagu yang menyaksikan kemenangan lagu ‘Gila’, dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki.
When you thought you were going to get a break, tetapi kamu menyedari bahawa bulan ini adalah musim anugerah. Lol.
Dengan keadaan prosedur operasi standard dah dilaksanakan, kemudiannya ada acara yang berlangsung secara maya, – kadang-kadang dengan keadaan talian internet lagging lagi – tambahan pula gerombolan selebriti yang bersiap beria namun ‘melakukan’ karpet merah di rumah sahaja… acara anugerah dalam era baharu sebegini adalah sesuatu yang terpaksa dibiasakan.
Sama juga dengan anugerah Grammys 2021 yang ke-63, yang dihoskan oleh Trevor Noah hari ini. Anugerah yang membangkitkan antisipasi pencinta-pencinta muzik sedunia ini sama sahaja seperti anugerah-anugerah yang lain (yang sebelum ini). Yang memperlihatkan gabungan perjalanan acara secara maya dan ‘fizikal’. Penerima anugerah di rumah masing-masing, manakala persembahan-persembahan artis diadakan dari lokasi yang berbeza-beza. Perlukah kami menerangkan lagi tentang acara anugerah dalam kelaziman baharu? Tidak perlu dah rasanya. Semua sudah sedia maklum.
Sudah tentu perkara yang menjadi fokus utama bilang kali berlangsungnya anugerah : fesyen. Fesyen-fesyen atau gaya-gaya yang ditampilkan oleh selebriti di atas karpet merah yang sentiasa menjadi biji butir orang. Baik secara fizikal mahupun secara maya. Apa yang bisa kami perjelaskan tentang fesyen atau gaya Grammys 2021 kali ini adalah, ia ‘mengejutkan’ dan sepertikan a mix of glamour and high street pada malam yang sama.
Lizzo menggayakan Balmain
‘Mengejutkan’ yang dimaksudkan adalah kemunculan gaya-gaya glamor di atas karpet merah – kerana kami menjangkakan fesyen-fesyen radikal di Grammys. Contohnya Lizzo yang dikenali dengan julukan ‘queen of camp’ pun melucutkan imej campy. Sebaliknya dia tampil dalam dress ala dress prom 80an, dengan perincian gathers pada badan baju, hasil rekaan Balmain. Malah Megan Thee Stallion pula muncul dalam gaun rekaan Dolce & Gabbana yang seakan-akan menggambarkan Hollywood glamour. Manakala Noah Cyrus memilih rekaan couture Schiaparelli yang bukan hanya nampak glamor, namun juga kelihatan artistik. Kami rasa Cyrus muncul sebegitu barangkali merujuk fesyen ikonik Cardi B tahun lalu yang menggayakan dress vintaj Mugler.
Menyentuh tentang high street, ada juga yang tampil dalam penggayaan ready-to-wear-ish, sedikit sporty dan meraih perhatian umum kerana ada yang menganggap pakaian mereka ‘menyongong arus’ etika dress formal sesuatu anugerah. Menurut pandangan kami? Biarlah. Who cares. Contohnya, Billie Eilish dalam sepersalinan Gucci – topi bucket, kemeja dan seluar yang senada coraknya – dan begitu juga kumpulan HAIM yang muncul dengan pakaian ala seragam ringkas futuristik, hasil rekaan Prada.
Megan Thee Stallion dalam Dolce & Gabbana
Kumpulan HAIM menggayakan Prada
Chloe Bailey dalam Louis Vuitton
Noah Cyrus menyarung Schiaparelli
Jhene Aiko menggayakan Monsoori
Hailey Bailey menyarung Louis Vuitton
Chika menggayakan Nike
Billie Eilish menyarung Gucci
Dua Lipa menyarung Versace
Apa pandangan anda?