SEARCH

Gucci ‘Mendongengkan’ Kegemilangan Pret-A-Porter & Klise Fesyen

Gucci ‘Mendongengkan’ Kegemilangan Pret-A-Porter & Klise Fesyen

Sepertinya kita mampu mengerti dan mengasah otak, mengamati alam si pengarah kreatif Gucci, Alessandro Michele ini, pasti mengujakan, kan? Kami membayangkan Alessandro umpama ada mengarang prosa atau merencanakan sesuatu, apabila berkaitan dengan dunia fesyen. Dia selalunya mesti menjangkaui batas dan tidak takut menanggung risiko.

Kerana Alessandro orangnya tangkas berfikir dalam mengubah pandangan kita tentang fesyen. Fesyen tak seharusnya senantiasa serius,‘diampuh’ kecantikan semata-mata dan menerkam kita dengan disiplin kemewahan. Ia lebih daripada itu dan Alessandro tahu cara untuk melenturkan ketegaran tersebut.

alessandro michele gucci kempen

Gucci sudah menerbitkan kempen fesyen rencaman, yang tak berkesudahan memerihalkan susunan jalan cerita luar biasa dan kami akan mengulang kembali apa yang pernah dihasilkan olehnya – antaranya kempen fesyen cereka fiksyen sains dan mengungkit kisah protes di Paris. Musim bunga panas 2019 yang tidak berapa lama sebelum ini pula mengolah kempen fesyen berlatarkan zaman keemasan keteatrikalan muzikal Hollywood.

Bila masuk musim luruh dingin 2019, Alessandro dan Gucci, berganding bahu dengan Glen Luchford, lagi sekali menabur keseronokan menerusi kempen fesyen baharunya! Ingat tak filem komedi satira Pret-A-Porter arahan Robert Altman? Filem yang sungguhpun dianggap agak cheesy dan mengoptimumkan sendaan dunia fesyen ini, barangkali adalah rujukan terbaik untuk menggambarkan kempen musim luruh dingin 2019 Gucci.

Di mana ia mendongengkan segala aspek klise fesyen, terutama sekali era kegemilangan pret-a-porter. Kita tersentak dengan plot pereka fesyen bersidang dengan pasukannya, proses menyedang baju bersama model-model, pertunjukan fesyen yang dihadiri undangan-udangan yang tak habis-habis mengipas badan dengan kad jemputan Gucci serta keributan belakang pentas yang menyusanai cereka kempen Gucci.

Kesemua pelakon kempen tersebut dihias dalam stail individu-individu tahun 50an sehinggalah tahun 80an – rambut besar seperti rambut bufan atau the shag, bergaya pula dalam helaian-helaian Gucci yang sememangnya menyerupai gaya vintaj – ditambah pula dengan efek ala-ala lo-fi serta trik sinematografi bak syot zoom filem Barry Lyndon. Apatah lagi pantulan jazz trumpet Miles Davis mengiringi cereka ini, menyempurnakan feel yang mahu dikecap oleh Alessandro.

“The fabula of fashion, however, begins at the drawing table, then moves to the workshops, during fittings, trials and fault finding.” Gucci benar-benar mengusik pancaindera kita dalam menghitung riak, lagak serta suasana era kegemilangan pret-a-porter.

Pengarah Kreatif: Alessandro Michele Pengarah Seni: Christopher Simmonds

Pengarah / Fotografer: Glen Luchford Dandanan Rambut: Paul Hanlon

Solekan: Thomas De Kluyver

Lokasi: Paris

Kredit Runut Bunyi:

“ASCENSEUR POUR L’ECHAFAUD (GENERIQUE)” Miles Davis (M. Davis)

© &  Warner Chappell Music France

Courtesy of Warner Chappell Music Italiana S.r.l.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE