Warning: Use of undefined constant link - assumed 'link' (this will throw an Error in a future version of PHP) in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 820

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 444
Zaman Keemasan Hollywood Mewarnai Kempen Baharu Gucci | STAIL.MY
SEARCH

Zaman Keemasan Hollywood Mewarnai Kempen Baharu Gucci

Zaman Keemasan Hollywood Mewarnai Kempen Baharu Gucci

Memateri inspirasi filem-filem lama muzikal Hollywood – An American In Paris, The Band Wagon, Cover Girl, There’s No Business Like Show Business, Gentlemen Prefer Blondes dan Singin’ In The Rain – dicerekakan oleh Glen Luchford, sebagai jalinan cerita kempen Gucci musim bunga panas 2019. Gucci berpatah balik ke zaman keemasan Hollywood, merai budaya selebriti dan filem-filem muzikal!

Tidak pernah gagal dalam mempamerkan keunggulan. Terisi dengan daya khayalan dan berulang kali melahirkan hasilan-hasilan yang sedahsyat mungkin. Gucci selalu ada sahaja gagasan tersendiri dalam menyandiwarakan kempen fesyennya. Mencedok ilham filem fiksyen sains, menafaskan suasana ribut protes di Paris tahun 1968 dan untuk musim bunga panas kali ini, ia menghidupkan tatawarna, keteatrikalan lagu serta tarian daripada penghibur-penghibur ikonik.

gucci spring summer 2019 campaign glen luchford

Gabungan tenaga kreatif antara Alessandro Michele bersama Glen Luchford dan Christopher Simmonds, kempen Gucci musim bunga panas 2019 ini menyemat glitz and glamour. Ia memfantasikan kita dengan atmosfera filem-filem muzikal 40an dan 50an – pementasan gah, lengkap dengan tangga-tangga (ingat babak Marilyn Monroe menyanyi di tangga dalam filem Gentlemen Prefer Blondes?) dan hiasan tirai latar bak di luar alam nyata. Tambahan pula, disuntik lagi mood nakal, keanak-anakan dan suasana girang, seakan-akan menggambarkan ragam serta tingkah laku watak-watak dalam filem lama Hollywood.

Gucci memberi penghormatan sepenuhnya kepada bentuk karya filem sebegini. Perjalanan cerita cereka kempen ini memperlihatkan Gucci menggayakan karakter-karakter utama dalam helaian-helaian Gucci musim bunga panas 2019, meligatkan jasmani, menari tap, beraksi melontarkan suara dan melakukan persembahan seni tari segerak, yang benar-benar menggamit memori kita. Menggunakan runut bunyi daripada filem “There’s No Business Like Show Business”, yang ditulis oleh Irving Berlin, bagi menyempurnakan keseluruhan tema kempen.

Di samping itu, ada juga termasuk babak selepas intermission, di mana kononnya dalam lompang masa itu tersisip detik-detik kandid yang menunjukkan krew-krew filem serta mekanik-mekanik set di sebalik tabir. Babak ini adalah bertujuan untuk menggambarkan suasana show business di Hollywood dan membenarkan kita melihat karakter-karakter lain pula (sekali lagi konon-kononnya) yang terlibat dalam pembikinan filem ini. Seperti barisan penerbit dan agen juga semua yang bersama-sama berusaha dalam menjayakan produksi teragung ini.

Dalam set fotograf Gucci musim bunga panas 2019, ia memimik foto publisiti hitam putih yang pernah dihasilkan oleh studio zaman dahulu untuk tujuan promosi. Ia mencerminkan elegan dan glamor.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE