SEARCH

Gucci Ultrapace & Begini Cara Pakai Ia Dengan Dress

Gucci Ultrapace & Begini Cara Pakai Ia Dengan Dress

Ia bukan sebarang grandpa sneakers. Ia adalah sniker Gucci Ultrapace! Jika kamu amati sungguh-sungguh pertunjukan Gucci musim luruh dingin 2019 yang bertingkah dengan lagak topeng, stad dan aksesori-aksesori ganjil, di atas pentas yang dikubui pancaran lampu penuh drama menyuluhi sinar pada lantai gilap, ada ternampakkan salah satu look menenteng kasut sniker dilengkapi efek distressed serta direka dengan material bercampur aduk.

Itulah ia Gucci Ultrapace – yang mula diperkenalkan di atas pentas musim luruh 2019 Gucci – yang sengaja mencedok estetika vintaj kasut 80an, bersama butiran-butiran berlebih-lebihan. Perincian rona kontras, tapak getah tiga warna serta logo motif jenama ‘Gucci’ pada permukaannya…semua ini menggambarkan identiti Ultrapace.

gucci ultrapace fall winter 2019

Mengubur semangat mereka yang sudah mensasarkan sniker Balenciaga atau Prada Cloudbust Thunder, mungkin? Kasut ini kami jangka akan mendapat tempat di hati kelompok sneaker-head.  Apatah lagi rekaannya seakan-akan vintaj dan mengumpamakan trend kasut yang takkan dimakan zaman. Gucci melanjutkan idea yang sama ini bila masuk musim Cruise 2020. Rangkaian kasut Gucci Ultrapace berkembang, hadir dalam material serta rona-rona baharu.

Karakter yang signifikan buat Gucci Ultrapace, yakni kombinasi optimum dari aspek elemen material, rona dan efek distressed. Contohnya kombinasi material kulit Tejus bercetak, kulit metalik, suede dan fabrik Lavaredo. Rona-rona pula terdiri daripada rona merah, biru, kuning, hijau, jingga dan banyak lagi, yang menjadikan Gucci Ultrapace ini menonjol – kerana pilihan rona-rona bertenaga. Ditambah lagi menggunakan kain tuala untuk lapik lining, bahagian tapak getahnya punya tiga warna dan ada pula logo ‘GUCCI’ juga huruf  ‘G’ serta interlocking motif GG, menyemangati estetika vintaj dalam tafsiran moden!

Jadi, kami membentangkan satu idea, sekadar sebagai rujukan kamu – seandainya kamu memiliki Gucci Ultrapace. Kami usul cara-cara menggayakan Gucci Ultrapace (seperti mana yang dilihat di atas pentas musim luruh 2019) bersama helaian yang menjadi highlight kami, yakni dress. Be it short, long or midi dress!
SI BOURGEOIS
gucci ultrapace fall winter 2019

Dari kiri : dress Coach, jaket kulit Giuseppe Zanotti, topi Dior, beg Loewe dan kasut Gucci

Kami membayangkan perempuan yang beri perhatian pada penampilan dirinya, dari atas ke bawah. Perempuan yang mahu menyarung aksesori rencaman serta padanan yang bertentangan coraknya, namun melakukannya dalam right amount. Dia memiliki kasut Gucci Ultrapace, mahu dimadukan bersama elemen geometri (corak pada beg), motif psikedelik (corak dress) dan ada sedikit ‘palitan’ motif haiwan (corak pada jaket). Dia menyempurnakan gaya dengan topi bucket, kerana mahu menyaingi trend semasa.

PRAIRIE MODEN

Dari kiri : dress Longchamp, beg fanny Fendi, rantai leher Dior, kasut Gucci dan kaca mata hitam Burberry

Perempuan yang taasub dengan gaya ala-ala prairie, namun dia tidak gentar menyanggah elemen romantik yang acap kali diasosiasikan dengan gaya prairie. Ah, dia pakai saja dengan sniker Gucci Ultrapace, lebih-lebih lagi dress labuh prairie yang dipakainya itu dalam rona hitam pula. Menonjolkan kasut yang tersarung pada kakinya! Dia lilit bersama beg fanny serta a-cool-looking-glasses untuk membangkitkan kebaharuan. Aksesori rantai klasik pula sekadar menghiasi, agar kelihatan elegan, in some way.

PEREJAH PROTOKOL

Dari kiri : dress Moschino, kasut Gucci, subang Swarovski dan clutch Carolina Herrera

Siapa bilang gaya acara malam semi formal ada syarat mutlak? It’s 2019, era di mana tidak ada dah sesiapa pun yang memaksa atau membuatkan perempuan rasa dirinya terikat dari segi pemakaiannya. Jika dia mahu memakai dress labuh sendat sarat dengan motif keanak-anakan, pakai bersama sniker Gucci Ultrapace dan aksesori subang berupa tarot magic untuk acara semi formal… apa salahnya! Dia adalah seorang pemberontak dan tidak ada lagi yang berani cakap “tidak” kepadanya.

UNROMANTIC IS THE NEW ROMANTIC

Dari kiri : dress Kate Spade, kasut Gucci, beg Bottega Veneta dan kaca mata Emporio Armani

Ada masanya, jemu juga dengan gaya romantik lembut buat si perempuan. Seperti mana yang kami bilang tadi, it’s 2019. Kalau lelaki berani menukar gaya sartorial sut dipadankan dengan sniker, perempuan pun bisa berbuat demikian. Dress ‘romantik’ dari aspek corak serta siluet dan butiran-butirannya (seperti lengan cuff puff) dipakai bersama sniker Gucci Ultrapace. Sekali lagi, kaca mata cool melengkapi gaya. Ringkas, acuh tak acuh dan memerikan attitude ‘I don’t give a damn’.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE