SEARCH

Guess & Kloth Malaysia Beri Peluang Kedua Kepada Pakaian Lama

Guess & Kloth Malaysia Beri Peluang Kedua Kepada Pakaian Lama

Guess bersama-sama Kloth Malaysia muncul dengan satu inisiatif untuk membaharui dan mengitar semula pakaian lama dalam menebarkan impak positif ke atas bumi kita!

Daripada menghentikan penggunaan bulu sehinggalah memperkenalkan sustainability. Menyamperi tahun 2020, arena fesyen sudah tidak mahu lagi dipersalahkan sebagai pembinasa seberhana alam. Lantas ia melaksanakan cita-cita serta usaha untuk memelihara juga memulihara bumi dan tidak membiarkan alam yang kita duduki ini pupus. Antara yang menjadi usaha arena fesyen termasuklah konsep ‘Reduce, Reuse and Recycle’ – konsep yang sebenarnya sudah lama diperkenalkan.

Beberapa jenama high street seperti H&M dan Uniqlo sudah melangsungkan idea tersebut. Menggalakkan dan mendidik pelanggan-pelanggan mereka tentang kepentingan mengitar semula pakaian lama, dalam membantu membaiki alam semesta. Dan jenama Guess antara yang tidak ketinggalan, turut serta mengangkat usaha ‘Reduce, Reuse and Recycle’! Malah, untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif ini, Guess siap mengubah logo ikonik segitiga mereka kepada warna hijau dan simbol kitar semula – simbol anak panah.

Memberi peluang kedua kepada pakaian-pakaian lama, Guess merencanakan proses kitar semula ini pada bulan Mac dan April yang lalu, di lapan butik terpilih. Guess mengelumpuk pakaian-pakaian lama ini, lalu diberi kepada Kloth Malaysia, yakni badan yang memperjuangkan gerakan mengitar semula pakaian dalam mendukung edaran ekonomi negara.

Guess dan Kloth Malaysia berganding bahu dengan Raffles College of Higher Education KL, mewujudkan pula satu kempen fesyen bersama-bersama pereka-pereka fesyen muda. Pelajar-pelajar Raffles diminta untuk menafaskan kebaharuan ke atas pakaian-pakaian lama Guess dan mengolah semula kesemuanya kepada art-to-wear. Sepuluh rekaan art-to-wear terbaik (hasil pelajar-pelajar Raffles) sudah dipilih dan mula dipamerkan di Pavilion Kuala Lumpur minggu ini!

Buat yang ingin menyaksikan hasil kerja  ‘art-to-wear’ yang dikitar semula oleh pelajar-pelajar Raffles bersama Guess dan Kloth Malaysia, kunjungi pamerannya di Pavilion KL Link Bridge, aras 4. guess kloth malaysia raffles recycle

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE