SEARCH

17 Item ‘Cool’ Sebagai Hadiah Hari Bapa, Untuk Si ‘Cool Dad’

17 Item ‘Cool’ Sebagai Hadiah Hari Bapa, Untuk Si ‘Cool Dad’

Selamat Hari Bapa! Sempena merai hari istimewa yang menghargai bapa-bapa segenap dunia, terutama sekali si cool dad, kami mencadangkan beberapa item terbaik – item-item daripada himpunan musim bunga panas dan musim luruh dingin tahun ini – yang bisa dijadikan sebagai hadiah, tanda sayang. Item-item pilihan STAIL.MY, buat bapa-bapa milenial!

Ada dua hari yang tersangat istimewa bakal menjelang hujung minggu nanti, yakni hari Ahad ini. Pertama-tama, Hari Raya ketiga. Ya, hujung minggu yang panjang dan kita sempat lagi beraya sampai hari yang ketiga. Yang kedua, pada hari yang sama adalah Hari Bapa. Dua sambutan dalam masa satu hari!

Untuk merayakan Hari Bapa, telah kami susun 17 item terbaik sebagai tanda untuk menjasai insan ketua keluarga ini. Khusus buat bapa-bapa milenial moden atau si cool dad. Dan mengapa secara spesifiknya, kami memilih 17 item? Kerana Hari Bapa jatuh pada tanggal 17 Jun, jadi sengaja kami atur 17 item untuk menyaingi tarikh khas ini. Get it? Konon-kononnya, mengiaskan simbolik-lah. Lol!

Tidak mengapa seandainya berbelanja lebih, untuk menganugerahkan bapa kamu item-item ini. Hey, pelaburan untuk yang tersayang, kan? Sesekali apa salahnya? Tunjukkan kepada bapa kamu bahawa hadiah-hadiah ini adalah tanda untuk mengatakan, “Terima kasih” atau “Terima kasih kerana membesarkan saya” ataupun, “Thanks for being the coolest dad ever!” 

Bayangkan wajah gembira si bapa, saat menerima kaca mata hitam yang cool-looking daripada Dior Homme, kemeja T M&Co. yang mempamerkan logo ‘Superman’ dengan perkataan ‘Dad’ yang bisa membuat dia tersenyum mahupun sepasang sut formal Paul Smith untuk dia tampil sajak bergaya.

Ada satu saja pesanan kami buat kamu semua. Si bapa yang punya rangka empat kerat, mengepalai keluarga yang dibinanya. Banyak sudah si bapa korbankan. Masa, tenaga serta kasihnya, jadikan satu-satunya hari yang bakal menjelma ini untuk menjasai si bapa. Buat yang masih ada lagi bapa, hargailah dia, sambutlah hari istimewa ini bersamanya. Jangan satu hari nanti, rasa ralat menyelubungi kamu!

17 item pilihan stail.my sebagai hadiah hari bapa

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE