Posted on May 17, 2021
Halston Netflix style. Tiga watak utama dalam siri ini yakni pereka fesyen Amerika, Halston dan teman baiknya Liza Menelli dan Elsa Peretti memiliki gaya yang cukup eksentrik. Gaya-gaya yang dipakai juga menterjemahkan stail merentas tiga dekad berbeza yakni 60-an, 70-an dan 80-an.
Ryan Murphy sekali menghasilkan siri TV yang cukup stailish. Ini sudah memang termaktub sebagai kredibilitinya. Saya sendiri akan sedih sekiranya karya Murphy tidak stailish. Halston menceritakan tentang hidup pereka fesyen, Halston yang dikatakan merubah landskap fesyen Amerika Syarikat bermula dekad 60-an. Namanya mula disebut-sebut pabila Jackie Kennedy memakai pill box hat merah jambu di majlis inauguration JF Kennedy sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 1961.
Baca juga: Siri TV The Boys In The Band Karya Ryan Murphy
Siri ini menyelusuri perjalanan kerjaya dan kejayaan Halston bermula dari detik Jackie Kennedy memakai topi itu sehinggalah waktu dia terpaksa menjual jenamanya. Walaupun ada pelbagai reaksi dan kritikan terhadap karya Murphy ini terutamanya kekurangan dari segi perlambangan personaliti sebenar Halston, namun bagi saya ini tidak mencacatkan pertunjukan stail tiga dekad yang dipilih. Malah ada beberapa artikel mengatakan ia terlalu dangkal dalam limited series lima episod ini.
Tetapi itu hanyalah isu kecil yang sengaja diangkat oleh sesetengah media. Siri TV atau filem terutamanya biopik cukuplah sekadar mempamerkan estetika yang cantik, sinematografi yang menarik dan menjadi gula mata. Apalagi dalam keadaan kita waktu ini, makanan mata di TV itu wajib dimanis-maniskan sahaja. Cukuplah melihat realiti dunia yang semakin mencengkam. Biarlah TV menjadi tempat kita melarikan diri dari realiti. Bukankah itu pun memang fungsi TV?
Jadi itu sahajalah yang akan saya kupas dalam artikel ini. Halston Netflix style memfokus kepada tiga watak utamanya.
Halston
Babak di mana Halston (lakonan Ewan McGregor) mencipta imejnya dalam episod pertama melambangkan stail pereka fesyen ini. Dia di hadapan cermin di dalam bilik air. Menyarung turtleneck hitam. Dia menyapu foundation yang sedikit gelap daripada warna asal kulitnya. Rambutnya kemudian disisir sleek semua ke belakang. Babak ini menetapkan ton stail Halston di sepanjang siri ini.
Dia gemar memakai helaian berwarna hitam. Sleek dan ringkas adalah tema gayanya. Halston banyak memakai knit sweater, sut, tuksedo untuk majlis-majlis gala dan kot panjang. Seperti babak waktu dia tiba di Paris untuk pertunjukan fesyen Battle of Versailles, dia menyarung kot panjang kulit hitam paten. Antara warna lain yang dipakainya ialah putih dan merah. Oh mana bisa kita lupakan kot panjang merah yang dipakainya dalam beberapa episod terakhir siri ini.
Liza Mennelli
Halston dikatakan bertanggungjawab mencipta imej Liza Mennelli (lakonan Krysta Rodriguez). Dalam episod pertama, Halston bertanya kepada Mennelli, “Why are you dressed like a girl. You’re a woman.” Dan ia kemudian disusuli dengan babak di mana Halston menggunting sutera merah mereka dress untuk Mennelli. Pabila terhasilnya dress halter neck pada tubuh Mennelli, Halston menyebut, “Now that is a Halston.”
Stail Mennelli terdiri daripada sut dan ceraian seluar dan knitwear. Minnelli juga menyatung kaftan, kimono top – kebanyakannya yang selesa dipakai. Kerana memang itu pun yang disebut Minnelli tentang Halston, “His clothes dance with you.”
Elsa Peretti
Ohhh pelakon Rebecca Dayan tentunya melalui pengalaman yang seronok menjadi Elsa Peretti dalam siri Halston. Tidak ramai yang tahu bahawa Peretti adalah teman baik dan juga confidante Halston sejak awal tercipta jenamanhya. Peretti menjadi model untuk Halston, mencipta botol pewangi pertama Halston sebelum kemudian bekerja sebagai pereka aksesori di Tiffany&Co juga atas cadangan dan bantuan Halston.
Helaian-helaian yang dipakai oleh Peretti dalam siri ini pula bermula dengan gaya-gaya bohemian, kaftan longgar dan summer dress sebelum berubah kepada pantsuit dan skirtsuit. Peretti juga banyak memakai dress halter yang menunjuk kulit serta tubuh langsingnya selain dress-dress tali halus sepertikan lingerie.
Peretti juga memakai aksesori-aksesori Tiffany&Co dalam siri ini yang menurut Dayan adalah vintaj. Satu babak di mana Dayan memakai bra mesh bersama sut untuk mesyuarat bisnes juga adalah helaian asal yang dipakai Peretti. Gaya daring dan skimpy 70-an menjadi tema watak Peretti.
Apa pandangan anda?