Posted on January 4, 2021
Ketidakpuasan hati dan mengutuk kulit majalah Vogue bulan Disember 2020 yang menampilkan Harry Styles memakai dress Gucci nampaknya tidak berkesudahan! Selepas Candace Owen mencela Styles dalam kulit majalah tersebut dengan mengatakan “bring back manly men”, seorang lagi individu yang berpikiran kolot meluahkan kata-kata berbentuk sindiran yang sama terhadap Styles.
Individu tersebut ialah Raymond Arroyo, pengacara untuk saluran Fox News. Arroyo sepertikan ada masalah dengan konsep imej gender bender Styles yang dikatakan tidak menurut gagasan kelelakian dan melawan kelaziman. Arroyo menyenaraikan gaya atau fesyen Styles sebagai “Things To Avoid In 2021” dalam salah satu segmen rancangannya. Kata Arroyo kepada Styles :
“Harry Styles, please stick to Armani menswear or at least pants.”
Video petikan ringkas segmen tersebut menjadi tular. Meraih perhatian peminat-peminat Styles dan kemudiannya, ia menyatukan gerombolan peminat Styles ini untuk mengutuk serta mengeji balik Arroyo di Twitter! Lalu muncul tanda pagar baharu yang bertujuan untuk mengena Arroyo, yakni #foxnewsjerksofftoharrystyles. Arroyo membarai lagi hati peminat-peminat Styles dengan melanjutkan katanya bahawa fesyen gender bender Styles tidak artistik dan kelihatan pelik. Sambung Arroyo lagi, fesyen tersebut “not breaking any new ground” dan “David Bowie did this decades before you were even conceived.”
Well, the fact that Arroyo acknowledged Bowie’s gender bender fashion bermakna dia sedar tentang keberadaan fesyen gender bender yang sudah lama wujud, mendewasa mengikut zaman dan bila masuk 2021, Arroyo menyeru fesyen lelaki untuk “stick to Armani menswear”…? Arroyo mengaitkan kelelakian dengan “Armani menswear” itu membangkitkan persoalan, “Apakah kita masih hidup dalam era power-dressing 80an?” Lol!
“fox news is either so desperate for viewers that they are using harry for clout or are just a bunch of ignorant bigots. Probably both. Definitely both. #foxnewsjerksofftoharrystyles” – @cowgirllouis
Hai, 2021 baru hendak bermula, namun sudah ada ‘berita’ kurang enak untuk didengari.
Sedang dunia sekarang cuba untuk menumbangkan toxic masculinity dan ‘mengelamkan’ terus sempadan yang melintangi dua jantina, masih ada (akan tetap ada) lagi individu yang berpandangan kuno dan tidak boleh menerima idea-idea baharu. Seperti Arroyo.
Peminat-peminat Styles menganggap pendapat Arroyo tentang fesyen Styles tersebut sudah lapuk. Tidak perlu untuk Arroyo masuk campur hal peribadi orang – stail atau fesyen seseorang itu adalah hal peribadi – terutama sekali, jika ia tidak mengganggu atau mendurjanakan yang lain. Bak kata Styles, apa yang ditampilkan olehnya itu adalah satu ekspresi dan dia hanya mahu berseronok dengan konsep fesyen. Ia tidak ada kaitan dengan kenegatifan. Jika suka, mungkin boleh meneladani Styles. Jika tidak suka, skip it. Mudah sahaja.
Menyentuh tentang fesyen gender bender Styles dan ia “not breaking any new ground” kerana Bowie sudah lama menggayakannya, – seperti apa yang Arroyo kata – ya, ada juga yang mengeluarkan pandangan yang sama sebaik sahaja majalah Vogue isu Disember 2020 ini terbit. Ada sebilangan individu fesyen yang angkuh dan terlalu pasti dengan pendapatnya, menyatakan perkara yang sama tentang fesyen gender bender Styles. Mereka pelik kerana mengapa fesyen gender bender Styles ‘diagung-agungkan’, sedangkan David Bowie, Brad Pitt dan Kurt Cobain sudah lama memfesyenkan gender bender.
Ada yang memuat naik gambar Bowie serta Brad Pitt memakai dress jemeki untuk kulit majalah Rolling Stones tahun 1999. Malah, ada juga yang menyatakan mendiang Kurt Cobain sudah lama menggayakan dress seperti mana apa yang ditampilkan oleh Styles. Ok, here’s the thing. Selepas Bowie, Pitt dan Cobain atau selepas era millennium mahupun sepanjang era moden tahun 2010-an, siapa lagi individu lelaki yang berani candang menggayakan dress, memperjuangkan fesyen gender bender? Antaranya, Styles. Selain Jacob Elordi, Cody Fern dan Billy Porter.
Ya, betul Bowie, Pitt dan Cobain kiranya adalah The OG, namun Styles adalah ikon fesyen era sekarang. Bak kata orang, ia cocok dengan keadaan sezaman. Bowie memperkenalkan fesyen gender bender pada tahun 80an, Cobain pula sewaktu era grunge untuk pertengahan tahun 90an manakala Pitt di akhir tahun 90an. Dan Styles? Untuk masa kini. Yang sekarang. Get it?
Oh, selamat tahun baru semua!
ANTARA TWEET #FOXNEWSJERKSOFFTOHARRYSTYLES OLEH PEMINAT-PEMINAT HARRY STYLES
https://twitter.com/habitkisses/status/1344160381392965638?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1344160381392965638%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.refinery29.com%2Fen-us%2F2020%2F12%2F10245805%2Fraymond-arroyo-fox-news-harry-styles-dress-comments
clothing has no gender <3 cry about it #foxnewsjerksofftoharrystyles pic.twitter.com/H66eCWatYm
— k ♡ is sad (@kiwik94) December 30, 2020
you’re just mad you can’t pull it off #foxnewsjerksofftoharrystyles pic.twitter.com/LUY4zGAc2R
— maggie🧣(taylors verison) (@illicithaIo) December 30, 2020
#foxnewsjerksofftoharrystyles if you have a crush on harry just say that pic.twitter.com/QlC1EEGHFV
— esma (Taylor’s Version) (@pinkvestrry) December 30, 2020
people can wear whatever they want, get over it :3 #foxnewsjerksofftoharrystyles pic.twitter.com/Rsht8cEJCM
— Elly (@mmithebrave) December 30, 2020
Apa pandangan anda?