SEARCH

Harry Styles Fashion: Revolusi Sut-Sut Penyanyi & Pemuzik Ini Yang Menjadikan Dirinya Figura Fesyen Semasa

Harry Styles Fashion: Revolusi Sut-Sut Penyanyi & Pemuzik Ini Yang Menjadikan Dirinya Figura Fesyen Semasa

Harry Styles Fashion Suit Gucci Style Icon

Ok, let’s talk about Harry Styles fashion. Adakah Harry Styles berhasrat untuk menyerupai atau memimik gaya Sir Elton John? In a way, gayanya adalah juga meneladani Elton John sebagai tokoh fesyen. Ibarat Harry Styles menyerap jiwa si Rocket Man itu, memfesyenkan semula dan mentransformasikan diri kepada the new breed of Sir Elton. Punya citarasa sama dengan Sir Elton, Harry adalah peminat setia helaian-helaian Gucci – dalam erti kata lain, peminat setia Alessandro Michele. Dia memperlihatkan dirinya galak kali melaram dalam sut-sut bercorak Gucci.

Agak pelik kerana saya menyamakan Harry dengan Sir Elton, sebaliknya Harry pula mengaku Shania Twain-lah yang mengilhami gaya-gayanya. Hmm, weird. Bukan saja stail peribadi malah dari aspek muziknya juga, Harry meluhurkan Shania sebagai insan yang menerbitkan inspirasi dalam segala hal.

Harry Styles Fashion Suit Gucci Style Icon

Kami tidak tahu bagaimana untuk mengisih dan menyisipkan antara gaya peribadi Harry dengan Shania. Mungkin kasut tumit tinggi yang Harry sarungkan sewaktu muncul di BBC Radio, that has that country-ish vibes to it, I don’t know. Namun, apapun sila ke tepi sebentar Jared Leto dan Zayn, sudah tiba masanya untuk ‘membidik’ perhatian ke arah Harry pula!

Jika hendak mengungkit perbandingan gayanya dengan ahli-ahli 1D terdahulu, Harry adalah ‘the outsider’. Hanya dia sahaja tahu bagaimana menggayakan sut sarat corak atas bawah Gucci. Baik sut bercorak botani merah daripada Gucci musim luruh dingin 2015 yang selalu dikaitkan dengan aura Wes Anderson ke sut ditempah khas yang direka oleh Alessandro sendiri sehinggalah bercanda dengan sut bercorak floral Renaissance, tidak sulit bagi Harry memegahkan gaya-gaya tersebut.

Harry Styles Fashion Suit Gucci Style Icon

Harry Styles memakai sut daripada Gucci musim luruh dingin 2015.

Apalagi pabila Harry bergerak solo, tidak terlindung sudah cita rasa fesyennya. Sering mengenakan sut yang padat corak organik, geometri dan yang bersemarak warnanya membuktikan cintanya pada gaya-gaya sebegini seperti berkepanjangan bagai agam. Harry sentiasa ada kejutan, tidak jenuh tampil unik dan mengencangkan dunia fesyen selebriti.

Kita lihat beberapa lagi stail sut Harry Styles – evolusi gaya-gaya bersut Harry yang menjadi tumpuan sehingga memahat namanya antara figura fesyen masa kini!

HARRY STYLES FASHION : DI AMERICAN MUSIC AWARDS 2015

 

Harry Styles Fashion Suit Gucci Style Icon

Harry Styles memakai sut Gucci corak floral.

HARRY STYLES FASHION : di london fashion weekHarry Styles Fashion Suit Gucci Style Icon

Sut penuh corak pengulangan daripada Gucci.

HARRY STYLES FASHION : membuat kemunculan di bbc radio

Harry Styles Fashion Suit Gucci Style Icon

Sut corak petak yang Harry padankan bersama ‘kasut tumit tinggi’.

HARRY STYLES FASHION : KONSERT DI LOS ANGELESHarry Styles Fashion Suit Gucci Style Icon

Harry mendandani diri dalam sut jacquard corak floral daripada Gucci.

HARRY STYLES FASHION : IHEART RADIO MUSIC FESTIVAL 2017

Harry Styles Fashion Suit Gucci Style Icon

Sut Gucci musim Cruise 2018 yang terhias corak rombus juga rantai.

HARRY STYLES FASHION : ‘harry styles at the bbc’ bbc music

Harry Styles Fashion Suit Gucci Style Icon

Sut yang padat corak bunga dan burung daripada Gucci Cruise 2018.

HARRY STYLES FASHION : DI NEW YORK

Harry Styles Fashion Suit Gucci Style Icon

Sut broked merah bercorak floral daripada Gucci.

HARRY STYLES FASHION : konsert world tour 2017

Harry Styles Fashion Suit Gucci Style Icon

Harry menyarung sut yang ditempah khas dan direka sendiri oleh Alessandro Michele.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE