SEARCH

Selipar Havaianas X Saint Laurent Jadi Kegilaan Baharu Nanti!

Selipar Havaianas X Saint Laurent Jadi Kegilaan Baharu Nanti!

Bayangkan detik musim panas, selepas mendepani laut seharian, menarik hamparan yang terbentang menyungkup pasir, bersama beg raga dijinjit sekali sambil sebelah tangan lagi memaut tali selipar. Seliparnya bukan semberono. Bercorak motif kulit zebra dan ada logo segiempat yang samar-samar pada bahagian tumit.

Sempurna! Kami bercakap fasal himpunan baharu Havaianas. Selipar tali Havaianas X Saint Laurent, aksesori terbaik untuk musim panas ini! Kolaborasi di luar jangkaan yang pastinya mengambus gagasan asal kita fasal selipar. Mungkin selipar tak lagi dipandang sebagai sekadar basahan. Lebih daripada itu agaknya – it’s time to give flip-flops ‘some air time’!

Dahulunya sandal kembara ala Teva, kemudiannya sandal untuk tujuan kesihatan seperti Birkenstock. Sekarang flip-flops. Pengarah Kreatif Saint Laurent, Anthony Vaccarello mengambil langkah berani dalam membenihkan satu ‘algoritma’ dengan memodifikasi flip-flops kepada fashion statement dan ia berhasil juga.

selipar havaianas saint laurent

Pentas musim bunga panas 2020 yang diadakan di pantai Malibu pada awal Jun lalu sahaja sudah memperlihatkan idea yang berpilin-pilin dalam kepala Anthony. Pertunjukan di tepi pantai, terhidang di atas pelantar laluan yang digambarkan bak runway dan mempersembahkan helaian-helaian yang melambangkan summer vacation. Jelas Anthony, inspirasinya adalah Maghribi yang diolah dalam rupa gaya Los Angeles pada abad baharu.

Terus tergambarkan mengapa selipar Havaianas menjadi pilihan Anthony. Kerana ia menyaingi idea pantai yang dipersembahkan olehnya di pentas musim bunga panas 2020. Dalam rona hitam putih – rona signature Saint Laurent – dilengkapi lagi logo Havaianas pada bahagian tali serta logo Saint Laurent pada bahagian tumit (seperti yang dinyatakan di atas), selipar ini dijual secara eksklusif di Rive Droite, pada harga 45 Euro – harganya seperti yang tertera di atas talian di sini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE