SEARCH

Highlight 2018: Rumusan Tentang Apa Yang Menanti?

Highlight 2018: Rumusan Tentang Apa Yang Menanti?

Kami memaparkan lima highlight 2018 untuk menyimpul apa yang terjadi sebelum-sebelumnya dan apa yang terkandung pada awal tahun ini juga telahan akan datang. Daripada kekecohan pemberhentian Phoebe Philo di Celine sehinggalah barisan influencer fesyen antarabangsa baru yang dijangka akan menggempakan tahun 2018, inilah highlight utama kami!

HIGHLIGHT 2018 : CHRISTOPHER BAILEY TINGGALKAN BURBERRY

Highlight 2018 Burberry Christopher Bailey

Satu dunia sudah dimaklumkan tentang pemergian Christopher Bailey daripada jenama Burberry dan kami sekali lagi mahu mengingatkan kamu fasal berita ini. Pengumuman yang dikeluarkan pada Oktober tahun lepas, sampai ke sudah membekas. Kerana ia di luar dugaan, tak terfikir pun si penghulu kreatif yang mengetuai jenama Inggeris ini selama 17 tahun akhirnya melafazkan selamat tinggal.

Bulan Mac tahun ini menandakan tamatnya perkhidmatan Christopher bersama Burberry. Christopher dikatakan bakal mengerjakan satu projek baru, namun masih belum diketahui lagi apakah ia. Menurut Ketua Eksekutif jenama Burberry, pemberhentian Christopher adalah satu keputusan yang agak sukar dibuat dan walau bagaimanapun ia harus dilunaskan juga. Siapa galang ganti Christopher? We gonna find out soon!

HIGHLIGHT 2018 : PHOEBE PHILO TAK LAGI BERSAMA CELINE

Highlight 2018 Celine Phoebe Philo

Au revoir, Phoebe! Sayang sekali! Kerana selama jenama Celine dipacu oleh Phoebe Philo, hala tuju rekaan-rekaan jenama ini telah membentuk trend. Bagaimana bisa lupa akan sandiwara rekaan musim bunga 2016 yang sarat dengan motif berusan warna, dengan siluet panjang yang dibalas oleh skirt midi berlisu? That was so lit! 

Selepas pemberhentian Christopher, bulan Disember lepas dikejutkan lagi dengan berita Phoebe meninggalkan Celine. Ia mengumpamakan pengakhiran era individu-individu terhebat dunia fesyen yang berhasrat untuk menginjak langkah ke fasa yang baru. Sepuluh tahun memegang jenama Celine, Phoebe bakal mempersembahkan himpunan terakhir dia – yakni himpunan musim luruh – pada bulan Mac ini.

“Saya bertuah kerana berpeluang bekerja dengan pasukan yang amat berbakat dan saya mahu berterima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang saya bergelar pengarah kreatif Celine,” kata Phoebe. Dengar-dengar (berbalik kepada kisah Burberry tadi), Phoebe akan menggantikan Christopher di Burberry. Hmm.

HIGHLIGHT 2018 : SAY HELLO TO THE NEW FASHION INFLUENCERS

Highlight 2018 Fashion Influencers

Semuanya baru apakala hadirnya tahun baru. And people come and go. Seiring dengan kepantasan alam digital, selepas kita ‘disajikan’ dengan barisan fashion influencers yang pernah menakluki arena fesyen global, kini muncul pula wajah-wajah baru – fashion influencers yang terdahulu sudah mula kurang diberi perhatian, kerana dunia mendahagakan orang-orang baru!

Malah ada nama dalam senarai kami ini juga bukanlah tersangat baru, ada antaranya sudah lama membabitkan diri dalam industri fesyen juga digital. Cuma tahun 2018 ini menjangkakan bahawa mereka adalah ‘the ones to watch’. Barangkali mereka lebih promising atau prominent mahupun memiliki substance yang luar biasa. Ditambah lagi kesegaran gaya atau stail dari segi penampilan mereka, mengukir nama mereka sebagai fashion influencers era 2018.

Kami memperkenalkan Aiden Curtiss, Camille Charriere, Gabrielle Richardson, Fernanda Ly dan Candela Pelizza.

HIGHLIGHT 2018 : BANYAK ‘COED SHOWS’

Highlight 2018 Coed Shows

Penangan Gucci, Kenzo, Burberry dan Prada yang mendukung idea coed shows atau pertunjukan fesyen (ketika minggu fesyen) yang mencampurkan barisan rekaan perempuan dan lelaki di atas satu pentas, meninggalkan kesan buat jenama-jenama lain. Beberapa rumah fesyen terbesar tidak akan lagi membahagikan pertunjukan fesyen mengikut jantina, sebaliknya menggabungkan kesemua koleksi lelaki dan perempuan dalam acara yang sama.

Bottega Veneta mengusulkan trend coed shows tahun lalu dan diikuti oleh Salvatore Ferragamo pada bulan Februari tahun ini. Demna Gvasalia di Vetements – jenama yang suka mengubah kalendar sosial minggu fesyen – juga ‘membudayakan’ pertunjukan sebegini pertengahan Januari nanti untuk himpunan musim luruh 2018. Barangkali dalam masa akan datang kelak, tiada lagilah minggu fesyen wanita dan minggu fesyen lelaki yang diadakan secara spesifik? Mungkin dua pertunjukan sahaja dalam masa satu tahun?

HIGHLIGHT 2018 : KOREAN BRANDS ARE TAKING OVER

Fesyen Korea menjajah dunia fesyen! Untuk tahun ini, beri perhatian sepenuhnya kepada dua jenama asal Korea ini – Ader Error dan Drink Beer Save Water.

Kedua-dua jenama ini mengagungkan rekaan yang banyak bermain dengan pola serta siluet. Oversized, manipulasi dan pola yang tidak terlalu rigid menjadi falsafah utama. Konsep yang Ader Error dan Drink Beer Save Water atau DBSW tonjol, memperlihatkan keunikan atau ketersendirian yang menepati selera fesyen youth crowd masa kini. Malah mereka memfokus kepada gaya-gaya uniseks, selari dengan kehendak diversifikasi dalam industri fesyen.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE