Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 444
‘2 Drops’ Himpunan Modest Raya H&M LTD Daripada H&M! | STAIL.MY
SEARCH

‘2 Drops’ Himpunan Modest Raya H&M LTD Daripada H&M!

‘2 Drops’ Himpunan Modest Raya H&M LTD Daripada H&M!

h&m modest ltd collection

Terima kasih kepada kebangkitan fesyen modest sampai mempengaruhi jenama-jenama fesyen antarabangsa tunduk dengan permintaan tersebut. Tidak ada apa yang pelik atau dihairankan lagi dah. Sebermula dengan Max Mara, Marks & Spencer dan kini H&M ‘terjun’ dalam bandwagon yang sama.

H&M memperkenalkan H&M LTD Collection! Menjanjikan sesuatu yang moden dan tak makan dek zaman. Namun tidak menyisih terus kesederhanaan.

H&M second-line, H&M LTD Collection membariskan himpunan modesty yang mengiringi musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang! Berpegang pada kata kunci asas – timeless, modern dan elegant – himpunan Raya H&M LTD Collection menampilkan segala helaian yang bersangkutan dengan konsep pakaian sederhana.

Menyentuh hal himpunan modesty ini, jelas Maria Ostblom, selaku ketua rekaan pakaian wanita H&M, “H&M LTD Collection menebarkan sifat-sifat positif dan mencerminkan perempuan yang penuh keyakinan. Semua yang dipersembahkan oleh kami menerusi H&M LTD Collection adalah aspek-aspek yang relatable dengan perempuan segenap dunia.”  

Daripada head-to-toe prints sehinggalah matching sets dalam potongan atau siluet yang menyaingi kemahuan perempuan semasa, antara item-item kunci H&M LTD Collection adalah seperti kimono-tunik, dress-dress berupa kaftan, skirt yang mencipta statement, blaus-blaus sarat butiran ropol dan top tunik yang senada gaya dengan seluarnya.

Perincian seperti sulaman-sulaman bersama seni hias tampalan turut terlihat dalam H&M LTD Collection serta penggunaan fabrik-fabrik lembut yang cantik dari segi efek jatuhan dan juga jacquard.

Dua drops bakal dikeluarkan oleh H&M LTD Collection – drop pertama yang sudah dilepaskan di butik-butik terpilih pada 18 April semalam menampilkan helaian-helaian stail kimono dalam rona-rona bertenaga seakan-akan merah delima dan warna hijau yang dibalas putih. Manakala drop kedua yang bakal hadir pada 16 Mei nanti memunculkan rona hijau dan merah jambu lembut bersama helaian-helaian penuh motif botani.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE