SEARCH

What To Expect, H&M Moschino Dilepaskan November Ini!

What To Expect, H&M Moschino Dilepaskan November Ini!

H&M Moschino akan mencetus fenomena November ini! Akhirnya teka-teki saban tahun yang sering menjadi percaturan di kalangan gerombolan pencinta-pencinta fesyen sejagat terjawab juga. Daripada Versace, ke Alexander Wang, kemudiannya Kenzo dan tahun lepas giliran Erdem. Tahun ini, setelah diumumkan kelmarin, H&M berpadu tenaga dengan jenama yang ghairah dengan jenaka dan yang membentuk individu-individu stail-ish tetapi bukan fashion victim, yakni, Moschino – atau dipanggil sebagai Moschino [tv] H&M.

“Kerjasama Moschino dengan H&M ini ditawarkan kepada saya menerusi emel.”

“Seseorang dari tempat kerja saya berkongsi emel dengan H&M dan lantaran itu, peluang ini hadir,” kata Jeremy Scott yang selama ini mengetap bibirnya, tidak mahu membongkar lagi butiran terperinci!

Korelasi yang terjalin bersama H&M adalah di luar dugaan Jeremy. Sungguhpun H&M, Moschino dan Jeremy sendiri punya cabang pegangan yang berbeza-beza, mereka saling tidak berselisih dalam mencapai keselarasan. Visi juga aspirasi H&M berjajaran dengan teras Moschino dan Jeremy.

h&m moschino jeremy scott gigi hadid coachella

Kami tahu tidak ada apa yang membinasakan akal budi Jeremy saat dia mengemudi integrasi ini. Jeremy, insan kreatif di balik bayang Adidas dan mendukung inovasi yang sama di Moschino, pasti bisa mengendong tanggungjawab ini dalam mempersembahkan sesuatu yang di luar jangkaan untuk H&M kelak.

Untuk kerjasama dengan H&M ini, Jeremy bercita-cita mahu mengglobalisasikan empayar Moschino ke audiens yang lebih besar sementelahan mewujudkan affordable fashion – pada harga yang munasabah.  “It’s a thrill for me. And not only for me, but also for fans of the brand. I’m so conscious of the fans.” Kerana Jeremy dikenali dengan julukan ‘people’s designer’, jadi affordable fashion yang mampu mendekatkan diri dia dengan audiens yang lebih luas lagi adalah sesuatu yang dihasratkan olehnya.

 

Untuk mendedahkan juga mengusik orang tentang Moschino [tv] H&M, ia diolah dalam rupa Instagram live call yang menampilkan Gigi Hadid berbual dengan Jeremy tentang kolaborasi ini. Sandiwara perbualan Gigi dengan Jeremy ini dimainkan secara digital pada skrin di parti tahunan Moschino di temasya Coachella! Ditambah lagi iklan acah yang memimik colour bars yang sering kita lihat pada kaca televisyen, membangkitkan rasa tidak sabar!

Jeremy yang obses dengan budaya pop, isu semasa, logo-logo terkenal, budaya jalanan juga glamor pasti menyuntik estetika yang sama dalam Moschino [tv] H&M. Kami mahu melihat initial ‘M’ Mcdonald’s, Coca-Cola, rekaan dress menyerupai bungkusan kotak ataupun jambangan bunga, corak pengulangan, warna-warna neon dan label ‘Sale’ pada himpunan kolaborasi ini!

“It should feel a little like a greatest hits collection, but I promise it will still be new, still feel fresh”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE