SEARCH

Menswear & British Iconic Jadi 2 Kolaborasi Kapsul H&M

Menswear & British Iconic Jadi 2 Kolaborasi Kapsul H&M

Dua rangkaian koleksi kapsul dan masing-masing bersendikan dua citra yang bertikai. Satu dengan nama yang sangat ikonik buat dunia fesyen British dan satu lagi bersama figura semasa yang agak signifikan buat alam menswear atau pakaian lelaki. H&M kali ini menjalin pertalian dengan dua nama sebagai rakan kolaborasi koleksi kapsulnya! Yang pertama-tama, H&M berganding bahu dengan pereka eklektik British, yakni Richard Allan dan yang keduanya bergabung tenaga bersama akaun Instagram gaya hidup lelaki masa kini, MenWith.

H&M X RICHARD ALLAN

“Menariknya, kerana motif atau corak yang dipopularkan oleh ayah saya suatu ketika dahulu kini dipakai oleh gerombolan audiens masa kini. He would have been thrilled, as I am,” kata Cate Allan, yang memangku jawatan sebagai pengarah kreatif untuk Richard Allan London. Saban tahun, pasti ada sahaja rakan kolaborasi unik menjadi pilihan H&M. Ingat lagi kolaborasi H&M dengan kompeni tekstil dan kertas hias dinding, GP & J Baker untuk himpunan pakaian perempuannya? Tahun ini, ia menyunting Richard Allan, pereka yang bukan asing lagi buat dunia skaf.

Kolaborasi dua generasi berbeza ini memperhitungkan motif-motif atau corak-corak ikonik Richard Allan, seperti seni reka corak berani, abstrak dan rona-rona terang. Himpunan perempuan yang memartabatkan motif-motif atau corak-corak Richard ini diberi nafas baharu – bukan sahaja ke atas seni reka coraknya, malah tersemat sekali pada helaian-helaian atau ceraian-ceraian yang dihasilkan oleh pereka-pereka in-house H&M.

H&M X Richard Allan menghidangkan rangkaian dress, blaus, skirt, seluar, kemeja dan termasuklah aksesori, menerokai era psikedelik serta mod 60an yang menunjangi sumber ilham H&M. Butiran-butiran leher tinggi, pergelangan baju cuff dan lisu lembut seakan-akan membawa kita menerawang ke tahun 60an di London.

h&m menswear menwith richard allan

H&M dan Richard Allan menyelongkar arkib lama, menggunakan motif-motif atau corak-corak seperti Piccadilly, Paraph, Palmer, Muse serta Scott (inspirasi budaya Scottish) untuk koleksi kapsul ini. “Motif-motif atau corak-corak klasik vintaj yang terlihat pada skaf-skaf Richard Allan, tetapi dalam konteks semasa. Menyatukan nada keperkasaan, feminin dan sofistikated sekali,” jelas Maria Ostblorn, ketua pereka womenswear di H&M.

H&M X MENWITH

Ross Lydon, selaku ketua pereka bahagian menswear di H&M, menyatakan bahawa himpunan kolaborasi untuk rangkaian pakaian lelaki kali ini berdasarkan engagement dan likes di platform media sosial Instagram. H&M mengintai akaun Instagram MenWith, memilih akaun tersebut yang bertindak dalam mengetengahkan gaya hidup juga fesyen lelaki sebagai rakan kolaborasinya!

 

h&m menswear menwith richard allan

Bersangkut paut dengan kemudahan teknologi masa kini, H&M bersama-sama MenWith memperoleh data-data – data-data most engaging posts dan most liked – menerusi akan-akan seperti @menwithclass dan @menwithstreetstyle.

Satu pendekatan kreatif, H&M dan MenWith menggunakan kuasa media sosial sebagai salah satu cara untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi fasal stail peribadi lelaki juga kemahuan sebenar lelaki. Lalu, daripada data-data yang dikumpul itu, H&M bersama-sama MenWith memunculkan satu koleksi kapsul bersandarkan stail-stail pilihan lelaki dan hasilnya, mereka membariskan helaian-helaian seperti rollneck, baju panas berhud, seluar slek dengan piping kontra, topi beanie, topi suede dan jaket biker.

“MenWith berjaya menjadi akses kepada lelaki-lelaki segenap dunia. Fokus kami tertumpu kepada gaya-gaya atau fesyen-fesyen lelaki dan pabila kami diberi peluang untuk bahu-membahu dengan H&M, kami menawarkan most appreciated styles kepada pelanggan-pelanggan lelaki,” jelas Daniel Frank dan Erik Simmingskold daripada MenWith.

PILIHAN STAIL.MY – H&M X RICHARD ALLAN & H&M X MENWITH

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE