SEARCH

Siapa Hunter Schafer, Model Yang Menggalas Watak Trans Dalam Euphoria?

Siapa Hunter Schafer, Model Yang Menggalas Watak Trans Dalam Euphoria?

Saya suka watak Jules, lakonan Hunter Schafer dalam siri Euphoria. Seorang gadis transeksual yang muncul dalam kehidupan Rue – yang dilakonkan oleh Zendaya, si peneraju utama – dan menjadi teman rapatnya. Sampaikan Rue memendam perasaan cinta terhadapnya. Jules yang kelihatan seperti bebas tanpa kerunsingan, terutama sekali selesa dengan identitinya sebagai seorang trans dalam siri tersebut.

Ya, saya sekarang sedang taasub melayan siri Euphoria! Siri HBO yang sama formatnya dengan siri Israel – juga berjudul Euphoria – hasil ciptaan Sam Levinson ini tersangat berani. Plot dan visualnya yang benar-benar mengait aspek milenial, memerihalkan kisah gadis penagih dadah bernama Rue (lakonan Zendaya), bersama watak-watak anak remaja Amerika lain menggelumangi diri dengan masalah dadah, media sosial, konflik hubungan cinta rumit serta seks dan isu transeksual.

Kesemua watak dalam Euphoria memiliki daya tarikan masing-masing, termasuklah Jules, seperti mana yang saya nyatakan di atas tadi. Kehadiran Hunter menyandiwarakan Jules dalam Euphoria amat penting, apatah lagi masa sekarang ini, budaya trans atau non-binary sudah mula menguasai dunia. Baik dunia hiburan ataupun industri fesyen sehinggalah lapangan politik.

Ia terus membuka hati saya untuk mengetahui serba sedikit tentang siapa Hunter Schafer ini? Hunter asalnya adalah seorang model transeksual profesional yang sudah banyak kali melewati pentas-pentas fesyen terkemuka! Contohnya seperti Coach, Maison Margiela, Dior, Marc Jacobs, Miu Miu dan Mansur Gavriel. Wajahnya juga pernah terpampang menghiasi editorial fesyen dan terpilih menjadi cover girl. Hunter yang juga seorang pencinta seni dan memasang impian untuk menjadi pereka fesyen, bila ditanya adakah dia punya peranan dalam membentuk gaya-gaya watak Jules dalam Euphoria? Balasnya, dia turut mencurah sedikit idea dalam mencipta stail-stail unik Jules dan bekerjasama dengan penata gaya siri tersebut.

Jika meneliti gaya-gaya Jules dalam Euphoria, dia adalah antara watak yang sering membuat kemunculan dengan stail tersendiri dan sebenarnya ia mencerminkan Hunter IRLquirky, flamboyan dan penuh keyakinan. Bak kata watak Fezco (lakonan Angus Cloud), gaya Jules kelihatan seperti Sailormoon. Sering berskirt pendek ala-ala skirt cheerleader, menyarung baju-baju berona fancy dengan solekan mata agresif, Hunter berjaya menghidupkan identiti Jules.

Di sini, bersempena kegilaan saya pada siri Euphoria, saya kongsikan sedikit fakta fesyen mengenai Hunter Schafer a.k.a Jules.
YA, HUNTER SCHAFER ADALAH MODEL PROFESIONAL!

Sebelum berlakon, Hunter sudah pernah berjalan untuk jenama-jenama mewah seperti Dior, Marc Jacobs, Versus Versace, Miu Miu dan sebagainya. Hunter yang diwakili oleh agensi model Elite, kini sudah berdiri sebanding dengan model-model trans lain yakni Krow Kian, Teddy Quinlivan, Dara, Oslo Grace, Valentina Sampaio, Hari Nef dan ramai lagi.

 

SEORANG PENCINTA SENI & ARTIS

 Seperti mana kita selalu tahu, selalunya model punya double life. Contohnya, di siang hari, si dia adalah model dan di malam hari, si dia adalah penyanyi rock atau seorang pelukis. Hunter menggambarkan citra tersebut kerana dia juga adalah seorang artis yang memiliki bakat melukis. Lihat hasil-hasil kerja Hunter di Instagram-nya.

 

PENGHIAS ISU ‘HOLD THE FUTURE’ DAZED

 hunter schafer euphoria trans

Dazed pernah mengeluarkan isu musim bunga 2019 yang mengetengahkan insan-insan kreatif dalam komuniti LGBTQIA dan merai mereka di atas cover! Hunter adalah sala seorang yang menghiasi cover tersebut.

 

PENGGIAT YANG MENEGAKKAN HAK TRANS

 Teen Vogue menyenaraikan Hunter dalam ’21 Most Influential People Under 21’ kerana keberaniannya memperjuangkan hak golongan transeksual. Yang paling diingati adalah mewujudkan tuntutan mahkamah menentang isu tandas anti-trans.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE