SEARCH

#bffgoals: Idea Hadiah Stylish Sempena Bulan Cinta Untuk Scha Al Yahya

#bffgoals: Idea Hadiah Stylish Sempena Bulan Cinta Untuk Scha Al Yahya

Sitting Editor : Azreezal Hafidz  Arahan Seni : Merrissa Emilda Dibantu Oleh : Ardi Idewani, Ryan Mohamad & Amira Azman Solekan oleh : Khir Khalid Dandanan Rambut : Cody Chua Video Oleh : Chuan Looi (Yipieyaya Studio)

The heart that gives, gathers! Merayakan bulan penuh makna dan menitipkan kasih sayang, Scha Al Yahya bersatu dengan teman baiknya, ketua pengarang STAIL.MY, Azreezal Hafidz mengecapi nikmat detik-detik pemberian dan menerima bersama DIOR! Terbetik momen indah yang tidak ternilai.

Apa pula item yang menjadi teman baik si perempuan? Selain berlian, sudah tentu beg tangan dan kasut. Senyuman pada wajah, megah dalam hati saat mendapat beg tangan serta kasut kegemaran yang selama menjadi keinginan tidak bertepi. Kalau sudah memilikinya, apatah lagi diberi sebagai hadiah menjadikan ia istimewa.

Bukan daripada pacar, tetapi daripada teman baikmu… mempersonifikasikan kawan sejati.

Hubungan teman baik atau BFF harus disanjung, lebih-lebih lagi pabila bulan cinta datang mengetuk sekali lagi. Sama seperti riwayat pelakon serta personaliti, Scha Al Yahya dengan teman rapatnya, ketua pengarang STAIL.MY, Azreezal Hafidz. Menghadiahi DIOR sebagai kejutan buat Scha. Seraut wajah Scha gembira tak terhingga!

Azreezal kenal hati budi Scha. Memahami apa kehendaknya. Si peminat Dior, Scha mendandani dirinya dalam dress labuci pendek daripada musim bunga panas 2018, memakai choker ‘J’Adior’ bersama choker dihiasi kristal warna-warni. Cincin dubel ‘J’Adior’ bertatahkan kristal berwarna rencam, yang dikemaskan dengan aloi palladium perak antik tersarung pada jarinya.

Berhubung dengan Azreezal menerusi telefon video, berutus salam rindu – seperti yang selalu dilakukan oleh teman-teman baik – kerana ada sesuatu yang memeranjatkan Scha. Menerima dua pakej hadiah, ketika membukanya, Scha menerima beg tangan My Lady Dior dalam warna kelabu daripada material lambskin. Dilengkapi topstitching ‘Cannage’ dan butiran berona emas muda juga talinya yang boleh laras. Tidak cukup dengan itu, ia malah disertakan sekali lucky charm.

Dior Scha Al Yahya
Beg My Lady Dior daripada material lambskin, disempurnakan topstitching “Cannage”, dengan tali boleh laras & bag charms

 

Berteriak kegirangan, tetapi ia tidak berhujung di situ.

Dior Scha Al Yahya
Kasut tumit tinggi suede dengan kulit merah bentuk hati pada bahagian counter

 

Membuka satu lagi pakej hadiah, Azreezal menganugerahkan kasut tumit tinggi yang diidamkan oleh Scha. Kasut tumit tinggi material suede, dihiasi corak hati pada bahagaian heel counter menjadikan ia kelihatan manis. Malah Azreezal dan Scha masih lagi memakai gelang tangan kapas Dior dalam jalinan anyam berwarna-warni bersama-sama, sebagai tanda persahabatan akrab mereka.

APA SCHA PAKAI :
Gelang kapas anyam warna warni

 

Cincin dubel ‘J’Adior’ bertatahkan kristal berwarna-warni yang dikemaskan dengan aloi palladium perak
Choker dengan kemasan palladium antik, dihiasi kristal berwarna-warni
Choker dengan kemasan palladium antik dan kristal warna-warni

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE