SEARCH

STAIL.MY ‘IKONIK’ – Tess Pang & Sejauh Impian Beragaman, Mahu Memperhebat Seni Di Malaysia

STAIL.MY ‘IKONIK’ – Tess Pang & Sejauh Impian Beragaman, Mahu Memperhebat Seni Di Malaysia

tess pang multi-disciplinary artist ikonik

Tess dalam kemeja, seluar & jaket Ridzuan Alias

Sitting Editor : Ardi Idewani Arahan Seni : Ashura Hakim

Penyelaras : Mel Muzammil  Pembantu Penyelaras : Syafiqah Alkaf (Pelatih City University) 

Fotografer : Chee Wei

Solekan : Emmy Agung Rambut : Bibian Leong

Mengambil risiko dalam lapangan seni itu sebenarnya mencabar diri. Apatah lagi di bumi yang kiranya masih belum pantas mengagungkan seni sebagai cabang bidang utama. Namun bagi si artis multi-disiplin juga model sambilan, Tess Pang, dia begitu optimis dan siap siaga menghadapi masa hadapannya di sini. “Saya berpindah ke Kuala Lumpur, berbekalkan tekad dan harapan di dada, mahu mempertingkatkan kesedaran juga memajukan seni,” tegas Tess.

Berdarah kacukan Cina, Filipina juga Sepanyol, dibesarkan di Amerika dan pernah menetap di Singapura, namun Tess tetap memilih Malaysia sebagai pangkalan utamanya. Mengapa tidak meneruskan karier seninya di Amerika atau di Singapura? Balasnya, “Saya sendiri yang memutuskan untuk pulang ke Malaysia dan menapak di sini. Malaysia adalah satu permulaan yang baik. Kerana saya mahu mewarnai Malaysia dengan seni-seni saya. Mendidik Malaysia dengan seni-seni saya.”

Sejujurnya, bidang seni di Malaysia sebenarnya sudah berkembang pesat. What I like about Malaysian art scene, is that, it’s raw! Kebanyakan pelaku seni di Malaysia memperoleh kemahiran serta ilmu dengan belajar sendiri. Dan oleh kerana perkembangan seni ini, saya melihat Malaysia sudah mula melaburkan masa, wang serta tenaga ke atas bidang seni. Which is very good.

Tess dalam jaket Zuusaha

Tess kini menetap di Kuala Lumpur seorang diri. Dia sangat berdikari, Tess sangat beruntung kerana di awal penghijrahan ke sini, dia bertemu dengan individu-individu yang sama hebatnya dalam bidang seni. Tidak sulit baginya, sungguhpun pada mulanya dia cuba berasimilasi dengan budaya sini.

Tess mengamati beberapa bidang seni, lantas dia mengutip terma artis multi-disiplin untuk menterjemahkan kerjayanya di sini. Tess adalah seorang penari, – asalnya dia adalah seorang penari – penulis, artis visual, pembikin video dan macam-macam lagi. Kemampuan Tess yang bisa menulis, menari juga melukis itu menjadikan dia tidak menyempadani bakat dan menyimpan hasrat untuk lebih berusaha mengerti dengan teliti.

“It is like an open reading,” jelas Tess.

Mengaku dirinya seorang non-binary atau memilik sifat perduaan, terutama sekali dalam melakukan seni persembahannya, Tess gemar akan sesuatu yang subjektif. Membiarkan audiens untuk berfikir, buat tafsiran sendiri dan mencorakkan satu tanggapan yang tajam menerusi seni persembahan tersebut. Tidak kira apa jua huraian atau kupasan, sungguhpun dangkal atau begitu dalam, Tess mahu bermain dengan pemikiran audiens.

Pabila disoal tentang seni persembahannya di Urbanscapes baru-baru ini, Tess memberanikan diri untuk dipamerkan kepada audiens. Jelas Tess, “Selama beberapa jam, saya duduk di satu poin tempat, dengan lilin yang mencair di atas telapak tangan saya. Jadi, lilin yang mencair tersebut, jatuh tersisip di celah-celah jari saya, lantas membentukkan sesuatu yang berupa arca. Dalam persembahan tersebut, lilin itu menggambarkan kehidupan dan itulah yang cuba saya sampaikan.”

Berazam untuk menyumbang kepada bidang seni Malaysia satu hari nanti. Itulah yang Tess semai. Barangkali dalam masa lima atau sepuluh tahun lagi? “Malah, saya juga sudah kembali menulis. Kebanyakannya tulisan saya bersandarkan pengalaman diri serta pemerhatian saya yang diolah dalam nada sajak. Namun saya masih lagi tercari-cari medium untuk menerbitkannya,” kata Tess.

Mengagumi artis-artis seperti Robert Wilson dan Marina Abramovic, Tess berpegang teguh pada kata ‘don’t limit yourself.’ “Jangan membatasi diri. Jadilah insan yang sedar akan kebolehan diri, biar sekecil mana pun, kerana itulah yang menjadikan kita unik. Seperti pesanan saya buat gadis-gadis muda di luar sana yang mengimpikan kerjaya dalam bidang seni, listen to your own voice. Hear it. Trust yourself. Harus tahu apa yang kamu mahu dan jangan gentar dalam melakukannya,” pesan Tess.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE