SEARCH

#ILLUMINATIVE : Memerangkap Keindahan ‘Key-Looks’ Musim Bunga Panas 2019

#ILLUMINATIVE : Memerangkap Keindahan ‘Key-Looks’ Musim Bunga Panas 2019

“RINDU PADA GEMALAI TARI SI LEGENDA, TIGA MUSIM BERMUKIM DI BUMI PERANCIS SEHINGGA MENJERAT JIWANYA DAN MENDABIK DADA, TIDAK BERBELAH BAGI ‘MENGAMBUS’ YANG LAMA MEMISAHKAN ANTARA JAYA DENGAN HAMPA – SEPERTI ADA SUDUT CERITA YANG BERBEZA-BEZA UNTUK MUSIM BUNGA PANAS 2019. #ILLUMINATIVE MERINGKASKAN INSPIRASI YANG DIJUNJUNG OLEH RUMAH-RUMAH FESYEN UTAMA MUSIM KALI INI.”

 

SITTING EDITOR  : ARDI IDEWANI ZAINI

ARAHAN SENI : ASHURA HAKIM

FOTOGRAFER : JORDI HARRIS

PEMBANTU PENYELARAS : MEL MUZAMMIL

SOLEKAN (TAJAAN): NARS

SOLEKAN & RAMBUT : EMMY AGUNG

MODEL : MANISHA ROSE

BERSAMA #STAILMYFRESHFACE2019 KAMI, MANISHA ROSE, MENGGAYAKAN SEMUA YANG TERBARU – DARI DIOR SEHINGGALAH PRADA!

mendewasa bersama-sama alam masa lampau mengangkat inspirasi bally musim bunga panas 2019 – mengindahkan elemen vintaj sebagai tema utamanya. manisha menggayakan jumpsuit & kasut daripada bally.

 

MEMBAYANGKAN SOSOK PEREMPUAN YANG LAPANG LONGLAI DI ATAS PANGGUNG, MENARI TANPA JEMU. MARIA GRAZIA CHIURI TIDAK MEMBENDUNG KEBEBASAN, MENGAMBIL ILHAM SANG PENARI UNTUK HIMPUNAN DIOR KALI INI. MANISHA MENYARUNG SELUAR DENIM ‘TIE & DYE’, SELUAR SENDAT, BAJU SENDAT & KASUT PUMP DARIPADA DIOR.

 

SOPHIE DELAFONTAINE MENGUNCI IMEJ DEWI ILHAM 70AN DALAM KEPALANYA, LALU MERAGAMKAN IA BERSAMA KEEKSENTRIKAN DAN CITRA LIAR. DAN SEBAGAI INDIVIDU DALAM SUSUR GALUR KELUARGA JEAN CASSEGRAIN, YANG MASIH MENEGAPKAN JATI DIRI LONGCHAMP, SOPHIE TIDAK MENGABAIKAN TERUS SIFAT PARISIENNE ITU. MANISHA DALAM JAKET LONGCHAMP.

 

APRESIASI TERHADAP PERANCIS BARANGKALI BERBEKAS DI HATI ALESSANDRO MICHELE SEWAKTU MENGHASILKAN HIMPUNAN GUCCI MUSIM BUNGA 2019. NAMUN KALI INI, IA PENGHARGAAN TERAKHIRNYA SEBELUM MELANGKAH MASUK KE BAB BARU. MANISHA MENGGAYAKAN DRESS DARIPADA GUCCI.

 

 

MIUCCIA PRADA MENGEMBARA DAN MENYELAMI BUDAYA PANTAI. PENGARUH WILAYAH PANTAI BARAT MERESAP KE DALAM JIWANYA DAN IA MENJADI SENDI UTAMA PRADA MUSIM BUNGA PANAS 2019 – MEMBAHARUI KONSEP PAKAIAN RENANG. MANISHA MENYARUNG BAJU RENANG, SELUAR PENDEK & CEKAK RAMBUT PRADA DAN SANDAL MIU MIU.

 

SEKALI LAGI, INOVASI MIUCCIA PRADA TAK TERKANDAS. DIA TIDAK MENGHODOHKAN RUPA, SEBALIKNYA MEMAKSIMUM DAYA KREATIF DAN MENGOLAH SEMULA SIFAT ELEGAN REKAAN-REKAANNYA. HASILNYA? MIU MIU TIDAK KONVENSIONAL UNTUK PEREMPUAN MILENIAL! MANISHA MENGGAYAKAN DRESS & SANDAL MIU MIU DAN STOKIN PRADA.

 

APA YANG MENJADI PERHITUNGAN HEDI SLIMANE DI CELINE? IDENTITINYA. IMEJ ROCK, NEW WAVE DAN GLAMOR ‘PARIS-AT’NIGHT’ ITU TETAP HEDI GENGGAM. SUNGGUHPUN DIA DILIHAT BERSIKAP ‘DELINKUEN’, NAMUN DIA BERJAYA MERAIH PERHATIAN DAN MEREKRUT PENCINTA-PENCINTA CELINE YANG BAHARU. MANISHA MEMBAWA BEG TANGAN CELINE.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE