Posted on March 16, 2020
Impak Coronavirus bikin cemas satu dunia. Bertemu orang pun gopoh, pergaulan jadi tak teratur, nak mengembara pula dalam keadaan ragu-ragu dan macam-macam lagi. Dengan pensanitasi tangan habis terjual di farmasi dan topeng muka kini menjadi ‘aksesori’ utama, kesan penularan ini bukan perkara main-main lagi dah.
Beberapa lokasi juga negara sudah diarahkan ‘berkurung’ dan antara yang sudah melaksanakan arahan tersebut termasuklah China, Itali juga Manila di Filipina. Perancis dan Sepanyol pun sama, sudah dikenakan national lockdown untuk beberapa hari. Setakat ini, lebih 5,300 kematian yang tercatat daripada 142, 439 kes – berdasarkan laporan daripada World Health Organization – dengan tambahan 12 lagi lokasi atau negara yang dilaporkan ada kes baharu, dalam masa 24 jam.
Dan di Malaysia, semalam sahaja perebakan Coronavirus meningkat kepada 428 kes! Di mana tambahan 190 kes yang berjangkit timbul dalam masa satu hari sahaja. Jangkitan yang maha dahsyat ini menular begitu agresif dan tanpa kawalan. Mungkin Malaysia juga harus lockdown, untuk mematikan perebakan Coronavirus?
Pabila Coronavirus diisytiharkan sebagai global pandemic, sebaik-baiknya negara kita perlu ‘berkurung’. Sebelum terlambat, lebih baik bertindak awal, bukan? Bukan masa untuk kita memandang enteng dan mentertawakan orang yang hypochondriac lagi dah. This is (could be) a serious matter.
IMPAK CORONAVIRUS KE ATAS INDUSTRI FESYEN
Maka itulah, sejujurnya, saya – yang terbabit dalam industri media dan fesyen – tidak mengerti mengapa ada sebilangan pihak masih lagi mahu meneruskan acara yang menghimpun ratusan manusia (di Malaysia)? Padahal kita tahu penyakit ini semakin menjadi-jadi penularannya dan keadaan sangat tenat sekarang.
Misalnya, acara pertunjukan fesyen sempena Hari Raya yang dianjurkan oleh beberapa jenama lokal atau presentation fesyen tetap diteruskan dan bagi saya, buat masa ini ia perlu dibatalkan. Ditangguhkan. Kerana undangan yang hadir dalam berpuluh atau beratus manusia, kita sendiri kurang pasti risiko masing-masing. Why we wanna risk that?
Pujian buat H&M Malaysia dan Singapura yang mengambil langkah membatalkan presentation fesyen mereka yang sepatutnya berlangsung esok hari di Kuala Lumpur. Sama juga dengan jenama Fendi yang menunda acara pembukaan butiknya di Pavilion – asalnya diadakan pada pertengahan Februari lepas – dan menunggu sehingga penyakit berjangkit ini reda dahulu.
Dan memang pun impak penyakit ini telah mencela industri fesyen sedunia. Baik dari aspek ekonomi mahupun production. But all for a better reason. Di minggu fesyen Paris baru-baru ini, jenama seperti Agnes B dan A.P.C mengambil keputusan untuk tidak mahu mengadakan pertunjukan fesyen mereka atas sebab penularan Coronavirus. Malah beberapa lagi jenama fesyen terpaksa menangguhkan pertunjukan Cruise atau Resort yang telah dijadualkan pada bulan April dan Mei ini.
Antaranya Giorgio Armani yang menangguhkan pertunjukan Cruise pada bulan April ke hujung tahun ini. Hermes mengikut jejak yang sama dengan membatalkan terus pertunjukan Cruise-nya di London. Dilanda situasi Itali yang kini ‘berkurung’, Gucci menghentikan seketika production sehinggalah situasi terkawal, manakala Prada pula tidak jadi mengadakan pertunjukan Cruise 2021 yang sepatutnya berlangsung di Jepun.
Burberry menangguhkan pertunjukannya yang dijadualkan pada pertengahan April di Shanghai dan menurut Business Insider, impak Coronavirus ke atas bisnes jenama Burberry diramal merosot teruk. Malah lebih teruk lagi daripada impak protes Hong Kong! Barangkali pada masa akan datang, bukan sahaja musim Cruise atau Resort, pertunjukan fesyen tradisional – yakni musim bunga / panas dan musim luruh / dingin – akan berubah. Perubahan dari aspek sama ada diadakan secara atas talian atau mengecilkan skala seting pertunjukannya. Seperti mana yang dinyatakan oleh Anna Wintour kepada New York Times, “In a time of crisis, we have to think about a radical reset.”
Berdasarkan TIME, segala bekalan menjadi lewat selepas perebakan Coronavirus. Lebih-lebih lagi production yang berpangkalan di China. Contohnya, tekstil dan tenaga pekerja bahagian production. Menyebabkan beberapa jenama fesyen “terpaksa” berdikari. Bukan itu sahaja, penyakit berjangkit ini malah meninggalkan efek ke atas perjalanan perniagaan jenama-jenama fesyen mewah. Kerana Chinese market memainkan peranan penting dalam mengembang-suburkan pasaran fesyen antarabangsa. “They comprise about one-third of all purchases of luxury, but they are more than 70% of the annual growth in luxury consumption,” kata Pauline Brown, mantan pengerusi LVMH, kepada TIME.
Oleh itu, kerjasama kita semua amat diperlukan. Lebih baik sekarang ini, apa-apa sahaja tindakan yang mampu mengawal atau membunuh Coronavirus harus dipentingkan. Hentikan dahulu aktiviti-aktiviti yang berisiko tinggi – pesanan ini bukan sahaja untuk acara-acara fesyen di Malaysia, malah untuk semua – dan pastikan keadaan reda atau diyakini selamat. Jangan nanti, hendak sangat ikut hati, mati.
Apa pandangan anda?