SEARCH

Instagirls Stailish Alaf Baru Yang Kami Jumpa & Kelima-lima Mereka Adalah Fashion-Crush Oktober Ini

Instagirls Stailish Alaf Baru Yang Kami Jumpa & Kelima-lima Mereka Adalah Fashion-Crush Oktober Ini

Siapa favourite Instagirls kamu? Kami sudah jumpa our favourite bulan ini! Secara jujur, kami sebenarnya sudah jera dengan wajah the so-called Malaysian fashion icon yang sama sahaja. Balik-balik, muka yang sama. Rambut kepuk, designer clothes, bimbit beg tangan mahal… hmm. Kamu pun rasa begitu juga? We need a breath of fresh air! Mujur sepanjang beberapa bulan lepas, saya perasan beberapa gadis atau wanita muda lokal yang dijumpai di Instagram dan terus kami membidik mata kami ke gugusan ini. Mereka punya stail tersendiri, unik dan paling penting, mereka jujur dalam hal penggayaan. Tak perlu mereka jadi orang lain, melainkan diri sendiri.

Lima perempuan muda ini mencerminkan ‘Insta-fesyen’ masa kini – dari segi language gaya yang segar di mata kami. Mereka berpegang pada kata kunci ‘BERANI’ dan langsung, it sets them apart. Dan pabila melihat Instagram kelima-lima perempuan muda ini, membangkitkan rasa mahu mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Antaranya, Melissa Deng dan Nabeela Fadzil yang masing-masing punya karakter gaya yang berbeza-beza. Melissa suka bergaya avant garde manakala Nabeela – saya perasan Nabeela sewaktu KLFW baru-baru ini – yang menterjemahkan imej hijabis ultra-cool. Jika kamu soal saya, adakah munasabah mereka dijadikan rujukan atau teladan? Jawapannya… of course! Usah buang masa, inilah lima nama yang perlu diikuti di Instagram dan mereka adalah style crush kami bulan Oktober ini!

ATIRA ARIFFYN 

INSTAGRAM : @atiraariffyn

if you’re looking for street style ref, atira is the best to look at! dia berani mendandani diri dalam helaian-helaian yang ‘menentang’ lumrah gaya tipikal, bijak dari segi manipulasi padanan lantaran menjelmakan kelainan. bersandarkan kreativiti atira, kami rasa pasti atira tahu cara acu dan padan high and low pieces. Oh, INstagram atira juga memiliki estetika tersendiri yang membuatkan kami suka! 

DEEXANNA

INSTAGRAM : @deexanna

MEMBAHAsakan diri sebagai cik mariam (pada profil dan posts gambar), deexanna adalah teladan yang juga layak diberi julukan ultra-cool! lihat pengolahan gayanya yang tidak gentar langsung kelihatan sedikit eksentrik (in a good way, of course), mengharmonikan setiap helaian dan memiliki tenaga yang tak sama dengan perempuan-perempuan lain. malah, salah satu post deexanna memperlihatkan dia menjinjing beg ikea kecil, dibawa berjalan-jalan. How cool is that?!

MELISSA DENG  

INSTAGRAM : @_______md

gaya yang dipengaruhi oleh pola jepun dan avant garde, melissa yang berpaut teguh dengan jati diri, pandai menguasai gaya-gaya tersebut. susun atur gayanya berseni, memiliki aspek minimalist dan memilih simplicity. dia tahu bagaimana bermain dengan forms, volum dan potongan. palet monokrom – hitam, putih atau krim – antara yang sering terlihat pada melissa.

NABEELA FADZIL 

INSTAGRAM : @lipstickmyname

i would say… stail nabeela tak konformis dan rebellious. si stylish hijabis, nabeela punya caranya sendiri dari segi percaturan gaya, melabel dirinya unik daripada mana-mana hijabista yang kami tahu. nabeela berpegang pada nada gaya kontras dari segi pemakaian, sentiasa tampil berbeza-beza untuk different occasion. she’s like a living fashion lookbook! apa sahaja yang dia pakai membuatkan kita mahu memiliki setiap helaian tersebut!

SHAFIRA DALINA

INSTAGRAM : @shafiradalina

seorang lagi teladan gaya  yang wajar dijadikan rujukan… shafira dalina! jika kamu tercari-cari contoh stail yang bersifat kewanitaan, lembut dan romantik, shafira-lah orangnya. apa yang kami suka tentang shafira adalah dia tak takut dengan corak dan warna. dia tahu apa yang kena dengan dirinya. mempertaruhkan imej moden dan mencerminkan stail urban hijabista. 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE