SEARCH

InSTAILgramworthy 2018 : ‘Item Mesti Bawa’ Kamu Kala Travel?

InSTAILgramworthy 2018 : ‘Item Mesti Bawa’ Kamu Kala Travel?

Sebelum tim editorial berangkat ke Melaka untuk merai InSTAILgramworthy 2018, seperti biasalah, saya mesti menanyai yang lain-lain, “Have you guys packed?” Kerana saya selalu buntu, tidak tahu mahu pek apa! Kadang-kadang penyelesaiannya adalah mengutip sedikit tips daripada tim editorial yang lain, mana tahu ada yang berguna untuk diri sendiri.

Dalam merencanakan perjalanan ke Melaka untuk #InSTAILgramworthy, gaya stailish harus diberi keutamaan. Semalaman terluang, memikirkan apa yang harus dibawa bersama. Lazimnya, apa yang terkandung dalam kepala saya adalah mesti membawa satu jaket, satu sniker putih mahupun satu kemeja T hitam. Tetapi bila faktor cuaca panas dan akan berjalan seharian di Melaka diambil kira, adakalanya… hmm, harus pertimbangkan semula apa yang hendak dipek sekali.

Bukan pertama kali pun ke Melaka, berkali-kali sudah. Dek ‘stailish’ menjadi kata kunci #InSTAILgramworthy, all we could think of is one essential fashion-item.

Jadi, kalau pergi berkelana, apa item fesyen mesti bawa kamu? Saya bertanya dengan teman-teman tim editorial STAIL.MY untuk mengetahui apa yang mereka MESTI bawa bersama, lantaran apakah sebabnya mereka pek item tersebut sekali.

Instailgramworthy : Item Fesyen Mesti Bawa Editorial STAIL.MY

 

AMIRA AZMAN, PENULIS KECANTIKAN
“Saya akan bawa baju panas bersaiz besar Zara ini! Kerana ia memudahkan penggayaan saya dengan apa-apa ceraian, sementelahan ia selesa dipakai. Selalunya, saya padankan baju panas ini dengan seluar jean skinny dan sniker putih sporty.”

instailgramworthy 2018 melaka essential

ASHURA HAKIM, PENGARAH SENI
 “My favourite denim jacket! Ia sudah menjadi item fesyen wajib saya apakala pergi merantau ke mana-mana. Saya pula jenis yang tidak tahan sejuk (misalannya ke negara-negara beriklim dingin), jadi jaket denim ini sangat membantu. Bukan sahaja dengan kemeja T, malah saya bisa memadankan ia bersama dress atau look semi formal.”
 RYAN MOHAMAD, PENGARANG GAYA HIDUP
 “Kalau ke mana-mana, waima dalam mahupun luar negara, topi (apa-apa jenis topi) akan saya pek sekali. Saya pula jenis yang tidak suka membuang masa kala traveling. Lebih elok kalau saya menjimatkan masa terutama sekali hal-hal mendandan rambut. Jadi topi adalah penyelesaiannya.”

 

MERRISSA EMILDA, PENGARAH KREATIF
 “Saya lebih mementingkan faktor satu helaian, tiga gaya. Pendek kata, practicality itu harus! Maka, atas sebab itulah saya selesa membawa essential kemeja dress labuh. Saya boleh pakai begitu sahaja, atau pakai ia bersama skirt, or I can belt it out malah memadukan ia bersama jean untuk gaya kasual.”
 ZAIDI CHE, PENULIS BUDAYA
 “Baju panas jersi akan sentiasa ada dalam bagasi travel saya. Kerana saya sukakan gaya-gaya high street. Baju panas berhud adalah yang paling dekat dengan sifat gaya sebegitu. Seperti biasa, saya pakai ia bersama jean dan sekadar berkasut sniker. Simple.”

instailgramworthy 2018 melaka essential

 AZREEZAL HAFIDZ, KETUA PENGARANG
 “Oh, saya sukakan item fesyen yang sedikit unik. Sudah tentulah jaket vintaj yang sarat dengan butiran jemeki ini! Jaket ini sangat versatile. Kalau formal, saya menggayakan ia bersama skirt dan bertali pinggang. Jika sedikit kasual, saya let loose.”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE