SEARCH

Instailgramworthy 2018 : Tim Editorial Seharian Bergaya Dengan Uniqlo Di Melaka!

Instailgramworthy 2018 : Tim Editorial Seharian Bergaya Dengan Uniqlo Di Melaka!

InSTAILgramworthy kembali! Tim editorial STAIL.MY memandu lebih kurang dua jam, berkelana ke negeri selat Melaka sebagai destinasi tahun ini. Melaka adalah pilihan sempurna, bukan sahaja antara negeri yang dikenali sebagai tapak warisan tertua Malaysia malah terlalu banyak yang mahu diterokai – baik lokasi-lokasi menarik, makanan rencam, budayanya yang kaya serta kepelbagaian tak terperikan!

Sungguhpun beratus kali merantau ke Melaka, namun percutian #InSTAILgramworthy kami ke Melaka pada waktu itu membuatkan kami seperti anak dagang. Seolah-olah pertama kali bertamu ke Melaka! Pergi menikmati keindahan rumah-rumah warisan, seni bina bersejarah yang mengitari Jonker juga lawatan ke tempat-tempat baharu Melaka, mengecap rasa pedas laksa yang digembar-gemburkan dan menyaksikan persembahan Encore! Melaka yang menimbulkan rasa takjub.

Sepanjang lima hari nan rasa seperti lama di Melaka, tak lupa juga satu hari yang sangat istimewa buat kami. Kesemua tim editorial digayakan penuh dalam Uniqlo – atas bawah! – yang kiranya mengolah stail sewaktu berkelana.

Masing-masing bersiap mendandani diri dalam ketersendirian. Mencerminkan identiti setiap seorang, mengikut cita rasa unik dan cara pembawaan yang menjanjikan kelainan. Tim editorial menyatukan semua rangkaian Uniqlo musim luruh 2018 – seperti Uniqlo Lifewear, Uniqlo U dan Uniqlo Hana Tajima – di mana kami berpegang pada dua kata kunci utama yakni stailish dan selesa! Sebagai sendi yang membentuk penggayaan #InSTAILgramworthy.

Penulis kecantikan STAIL.MY, Amira Azman bergaya dalam helaian serba putih daripada Uniqlo. Baju persis pola baju panas dimadukan dengan culottes yang sama putih, mencipta perspektif baru tentang gaya kasual. Kena dengan keperibadian Amira yang muda dan lincah, memakai sesuatu yang memudahkan dia bergerak. Gaya bersih, minima dan rona sepadan.

Pengarah Kreatif kami, Merrissa Emilda atau Amy lebih senang berskirt. Skirt bentuk A-line paras lutut, sarat corak petak mikro. Kata Amy sewaktu memilih skirt itu mula-mula, “This is my style!” Amy menyatukan skirt labuh midi tersebut bersama ceraian atas ribbed warna putih, membalas corak padat skirt tersebut.

Penulis budaya, Zaidi Che lebih gemar berjaket. Daripada awal lagi, di bercadang untuk menggayakan jaket di Melaka. Kerana bagi Zaidi, jaket itu identitinya. Sebab itulah dia memilih jaket parka utiliti warna hijau askar. Dia pakai ia bersama seluar slek biru kelasi, bagi menampakkan gaya yang releks.

Ketua pengarang STAIL.MY, Azreezal Hafidz pula tak pernah lepas memakai skirt. Kali ini Azreezal menyarung skirt hitam A-line besar yang dia padankan bersama blaus warna perang dengan butiran lengan extended shoulder. Kedua-dua ceraian ini daripada fabrik kapas, lagilah selesa dipakai ketika cuaca panas di Melaka. Azreezal gayakan look ini dengan menambah tali pinggang, untuk cinched waist. “Fabrik kapas yang digunakan untuk helaian-helaian ini paling sesuai untuk cuaca panas di Melaka. Tidak terasa pun kehangatannya. Selesa walau seharian menyarungnya!”

Kata pengarang gaya hidup, Ryan Mohamad sewaktu memikirkan gayanya, “I biasalah, mesti kemeja warna asas. Macam warna putih itu is a must kalau traveling.” Ryan memilih untuk menggayakan kemeja putih yang sedikit besar saiznya, pakai bersama seluar kapas warna pastel. Dia tuck in kemeja tersebut, dibiarkan menggeleber supaya kelihatan bersahaja.

Pengarah seni STAIL.MY, Ashura Hakim sangat senang menyarung dress kala bercuti. Bagi Shura, memakai dress sewaktu pergi bercuti itu tidak merumitkan dan membuatkan dirinya rasa lapang. Shura menyesuaikan dress bersifat feminin tersebut bersama kasut sniker sporty, untuk menjelmakan imej yang uber-cool.

Saya pula seperti selalu mesti memilih ceraian hitam kerana memudahkan penggayaan ketika pergi bercuti. Apatah lagi dari aspek pemadanan. Kemeja hitam dan seluar slek hitam, pakai bersama sniker. Voila! Kemeja yang saya pakai juga ala-ala kemeja pajama, manakala seluar slek bersaiz besar dan potongan lurus. Sememangnya menggambarkan identiti saya.

Terima kasih kami lafazkan untuk Uniqlo, kerana memudahkan kami dalam mengatur atau menyusun gaya ketika seharian di Melaka! Nah! Saksikan video stailish #InSTAILgramworthy Melaka dan lihat bagaimana kami menghabiskan masa satu hari bergaya sakan bersama Uniqlo.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE