SEARCH

Jacquemus Le Chiquito Mini Sold Out… Really? For Real?

Jacquemus Le Chiquito Mini Sold Out… Really? For Real?

Kalau muat pun, duit syiling sahaja. Itu pun beberapa sen. Tetapi bukan atas sebab itu Simon Porte Jacquemus mendalangi ciptaan beg mini Jacquemus Le Chiquito. Katanya, ia direka untuk dijadikan sebagai aksesori tambahan, seperti rantai leher. Tergantung pada leher atau disilang pada dada ala beg cross-body – tetapi berperanan sebagai aksesori sahaja – sekadar merancakkan penampilan. Tetapi tidaklah sampai mahu digayakan berbulang pada kepala pula, ya. Tahulah ia kecil, bersaiz mini dan bisa dibuat sebegitu rupa. Lol!

The thing is, Jacquemus Le Chiquito mikro mini ini yang boleh muat empat sekali atas tapak tangan, terjual habis di Matchesfashion.com, pada harga 158 Pounds pula! Bersamaan dengan RM800. Hmm. Lalu akal jugalah harganya begitu, kerana ia ditanggap seumpama aksesori rantai. Rantai leher Monica Vinader di Net-A-Porter dalam lebih kurang sama juga harganya – 146 Dolar, lebih kurang RM600. So yeah, treat this mini-cutesy-infinitesimal Le Chiquito like a… jewelry. Maka tidak hairanlah harganya seakan-akan.

Membaca artikel dalam The Standard, yang berbunyi sinis membahaskan logik beg mikro ini sebagai trend dan adakah ia ‘gone too far’, membuatkan saya terfikir perkara yang sama. Kenyataan awal yang ditulis oleh Megan C. Hills, “At the Jacquemus’ AW19 presentation in Paris, models walked the runway carrying a bag so small you could be forgiven for missing it”, agak menggelikan hati juga. Malah, penerangan dalam MatchesFashion.com tentang rantai beg yang lebarnya dua inci, panjangnya pula 1.6 inci manakala panjang talinya 20.6 inci, “Can be worn around neck or held”, menyebabkan dahi saya seribu banyak kerut. Held? Seperti mana yang ditulis oleh Megan, menjinjit beg yang terlampau kecil dan kamu dimaafkan seandainya terlepas pandang beg tersebut.

 

jacquemus le chiquito micro bag

Melihat bagaimana ia betul-betul dijinjit seperti beg tangan di pertunjukan musim bunga panas 2020 yang lalu, sememangnya kelihatan seperti… menjinjit beg tangan betul. Jadi, Le Chiquito mini mikro bukan sahaja berfungsi sebagai rantai leher (seperti perkiraan saya di perenggan pertama), ia adalah beg tangan. Atau mungkin boleh dijadikan sebagai askesori tangan. Menggantikan cincin? Barangkali boleh jadi ia adalah rantai kekunci mahupun bag charm? Mana-manalah. But if it is a handbag, sanggupkah kamu berbelanja 158 Pounds untuk beg yang hanya muat duit syiling beberapa sen?

Respons orang yang membalas pertanyaan Jacquemus “What will you put inside?” mengenai rantai beg ini dalam Instagram-nya pun melucukan. Ada yang bilang “my dollar coin bc that’s all i’ll have left after buying one”, “One tictac, one condom” dan “weed”.

Itulah yang menariknya fasal fesyen sekarang. Its all about breaking the internet. Produk yang bikin sensasi. Seperti Jacquemus Le Chiquito mikro inilah. Mencetus pelbagai persepsi. Produk yang dijual biarlah menjadi biji butir orang. Tidak kisahlah, sekalipun ‘nasib’ produk tersebut mencorakkan memes internet. Bayangkan, Le Chiquito yang terlihat sewaktu musim bunga panas 2020, saiznya lebih kecil dan percaya atau tidak, ia sangat laris terjual!

Sama ada trend beg mikro sekecil kotak mancis ini gone too far atau tidak… entahlah. Orang tetap membelinya. So? Think again.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE