SEARCH

Jungle Dress JLo & Apa Lagi 8 Perkara MFW 2020?

Jungle Dress JLo & Apa Lagi 8 Perkara MFW 2020?

Hebatlah hai kejutan Donatella Versace dengan jungle dress JLo. Dia tahu bagaimana mahu membudayakan “break the internet” – menyudahi pertunjukan musim bunga panas 2020 di Milan beberapa hari lepas, dengan menampilkan JLo berjalan memusing pentas seraya menggayakan dress ‘jungle’ Grammys 2000 yang sangat ikonik, dalam versi yang diperbaharui. Mata segenap dunia melekap kepada JLo, tak putus-putus orang repost gambar serta videonya dan lincah jadi percakapan orang sehingga ke hari ini.

Dress hijau bermotifkan hutan belantara, dengan potongan V luas memotong bahagian hadapan tubuh JLo diberi nafas baharu untuk musim bunga panas 2020. Mengapa Donatella mengisi detik finale musim bunga panas 2020 dengan kemunculan dress itu – that particular jungle dress – sebabnya bukan sahaja usia ia dipakai oleh JLo menjangkau dua dasawarsa. Ia lebih daripada itu. Donatella mahu mengajar kita satu sejarah. Dress yang memperhitungkan antara jaya atau hampa… tak diduga, ia beroleh kecemerlangan kerana kesan dress itulah, terciptanya Google Image Search.

Usai New York dan London, Milan pula ‘merembat’ perhatian!

Kabus panas yang berlanjutan meramas negara kita sekarang, sampai menimbus ruang penafasan, sepertikan menyaingi isu yang berbangkit di minggu fesyen Milan. Selain JLo dan dress hutan belantaranya, Milan tidak meminggir sama sekali permasalahan dunia seperti kemelut iklim. Climate change, sustainability dan apa-apa hal yang bersangkut paut dengan krisis semesta seluruh alam. Baru semalam Gucci mengadakan pertunjukan musim bunga panas 2020-nya, menguar-uarkan mereka melangsungkan neutral karbon sepenuhnya. Jenama-jenama lain mengutip isu yang sama, menjadikan pentas fesyen sebagai medium berpolitik. Tersirat mesej-mesej untuk menyelamatkan bumi menerusi tema pertunjukan dan juga rekaan, yang dilakukan secara implisit.

Rumah fesyen yang terbuka menukar haluan, berani menyongsong arus turut menggemilangkan Milan. Pencinta-pencinta fesyen tidak berhenti bercakap fasal penangan Daniel Lee di Bottega Veneta yang membawa pembaharuan. Daniel tidak menggugat status Bottega Veneta dan mendewasakan jenama tersebut dengan kemodenan atau kekinian. Untuk musim bunga panas 2020, Daniel dan Bottega Veneta sekali lagi tidak membuatkan kita menggigit telunjuk. Jalinan sentuh masih kuat diperjuangkan oleh Daniel dan ada sesuatu yang berbaur ‘terang-terangan’ pada seni rekaannya kali ini – siluet ringkas, namun manipulasi pola serta teknik baharu mengubah atmosfera Bottega Veneta. Terus antisipasi yang berkaitan dengan Bottega Veneta tak lekang berkunjung di hati, tak sabar melihat what lay in store for us!

Untuk menyimpulkan sedikit ‘seriosa’ minggu fesyen Milan musim bunga panas 2020, di sini kami susun lapan perkara – trend, kesukaan peribadi serta apa yang hangat – untuk dikongsikan bersama kamu.

 

KEJUTAN DONATELLA VERSACE SEAKAN-AKAN MENGHIDUPKAN MUSIM BUNGA PANAS 2009

Is it just me atau pentas yang membulat mengelilingi audiens yang menjadi set pertunjukan musim bunga panas 2020 Versace seolah-olah menggamit memori pentas Versace musim bunga panas 2009. Mood, suasananya serta vibe yang berbangkit memaniskan kenangan Versace yang sebelum-sebelumnya.

TALI LEHER SEBAGAI AKSESORI UTAMA 

Melihat Max Mara yang tak lari daripada DNA-nya – dikenali dengan identiti gaya rona senada – seraya menampilkan tali leher perempuan sebagai aksesori tambahan (juga berona senada berdasasrkan looks) pasti membangkitkan rasa “I want a tie in my wardrobe!” Bersedia? Kerana tali leher adalah aksesori terbaru musim bunga panas 2020.

SUSTAINABILITY, ISU DUNIA MENJADI HARAKAH MILAN

Apa-apa yang berkaitan dengan isu dunia kuat diperjuangkan di Milan. Jenama seperti Marni contohnya, mengguna semula bahan buangan untuk dijadikan sebahagian daripada pertunjukan musim bunga panas 2020-nya. Francesco Risso mengusulkan idea seperti mengitar semula fabrik lama juga bahan-bahan organik, yang mengiringi protes perubahan iklim sedunia. Angela Missoni juga mendapat memo yang sama. Dia menambah lampu solar Little Sun (yang direka khas oleh Olafur Eliasson) sebagai ‘aksesori’ di hujung finale, sebagai tanda sederap melangkah memprotes perubahan iklim. Berbanding dengan Giorgio Armani pula, dia lebih menjurus kepada menyisip mesej pada rekaan-rekaannya. Dalam mengikuti perkembangan isu yang melanda dunia sekarang, Giorgio tunduk memberi penghormatan kepada alam dengan menamakan himpunannya ‘Earth’.

BRIDE WARS : PENGANTIN MM6 VS. MOSCHINO!

Buat pengantin moden dan generasi Z, barangkali dua jenama ini rujukan kamu : MM6 Maison Margiela dan Moschino. Kedua-dua jenama ini mendukung idea baju kahwin sebagai salah satu sendi rekaan mereka. Jeremy Scott di Moschino menghidupkan seni catan Pablo Picasso, merangka gaya baju pengantin yang mencerminkan identiti Jeremy – nakal, keanak-anakan dan sedikit comical. Margiela pula – mengambil suku kata “Just Mar…” daripada ayat “Just Married”, dikahwinkan dengan namanya “Just Margiela” – melepaskan gaya-gaya pengantin yang lebih condong kepada sifat memberontak, tak konformis dan sedikit misteri.

BOTTEGA VENETA ADALAH ‘THE NEW CELINE’

Pengikut ‘ajaran’ Philophile dan Celine sudah menemukan junjungan baharu! Jawapannya? Bottega Veneta. Terima kasih buat Daniel Lee yang berjaya mengangkat nama Bottega Veneta sehingga ia meniti menjadi bunga bibir orang. Dan sememangnya, Bottega Veneta (bukan sebiji-sebiji, don’t get us wrong) umpama the-second-coming of Celine! Nada rekaannya, bagaimana setiap apa yang dipersembahkan oleh Daniel bukan sahaja menggemilangkan kemahuan perempuan malah mengingatkan mereka pada estetika Phoebe Philo dan tak lupa juga dia mengoptimumkan kemodenan yang boleh diterima pakai oleh orang lain. Pat in the back, Daniel!

SHOWSPACE PRADA CURI TUMPUAN

Miuccia Prada adalah the people’s people. Selain adicitanya yang tidak mahu pakaian empowering si pemakai – secara spesifiknya, si perempuan – dan mahu mengutamakan si pemakai terlebih dahulu, dia juga memikirkan pengalaman audiens saat hadir ke pertunjukan musim bunga panas 2020 Prada. AMO mewujudkan corak geometri penuh yakni jubin seramik menudungi Fondazione Prada’s Deposito dan membina platform untuk dinaiki oleh audiens kerana mahu menghidupkan rasa seperti berada di atas balkoni yang tidak merosakkan pemandangan panorama.

BYE SHEER, HELLO Weave

kejutan donatella versace milan fashion week spring summer 2020

Ingat lagi minggu lepas kami ada menegaskan yang show some skin adalah trend di New York dan London… Setakat fabrik sheer rasanya sudah-sudahlah. Ucapkan hello kepada fabrik weave dan secara spesifik, tekstur ala-ala lace rib stitch! Ya, fabrik weave – fabrik kait pun sama – untuk menggantikan sheer dan menayangkan sedikit kulit. Fendi dan Ferragamo sudah mempersembahkan tekstur weave yang terjalin daripada fabrik seperti ribbed untuk musim bunga panas mereka, jadi, what stops you? 

JANGAN LUPA TOD’S & GAYA KERJANYA

Tak terlintas di minda kami untuk bercakap fasal Tod’s. Namun, kami tidak akan skip lagi Tod’s kali ini. Kerana salah satu look gaya kerjanya benar-benar menambat hati kami. Bayangkan persalinan sut hitam yang bersaiz besar sedikit, serba hitam (dengan ceraian dalam berona putih) dipadankan bersama beg tangan hitam dan disempurnakan oleh kasut hijau pendarlour. Kami sangat suka pada kombinasi gaya tersebut and Tod’s just did that.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE