SEARCH

Snap! Karl Lagerfeld – Untuk Perhatian, ‘Meltdown’ Atau Jujur?

Snap! Karl Lagerfeld – Untuk Perhatian, ‘Meltdown’ Atau Jujur?

karl lagerfeld

What is up with Karl Lagerfeld? Tidak berludah manis tentang Azzedine Alaia, kurang berkenan pada Simon Porte Jacquemus juga Virgil Abloh – ironinya, Azzedine menganggap Karl mengharukan arena fesyen – dan jemu dengan gerakan #MeToo? Sama ada dia mahu meraih perhatian, sekadar ‘transparensi’ atau lurus hati ataupun mengalami meltdown?

Apabila kata-kata yang terungkap itu dek emosi, sakit hati atau saja menyindir dan ditindih lagi kebencian yang ‘menggelinjang’ dalam hati juga akal. Kadang-kadang hilang pertimbangan. And just say whatever. Mungkin itu yang merenggut kewarasan Karl Lagerfeld dalam wawancara dia bersama majalah Numero… menurut pandangan kami-lah. Lol!

Tidak ada apa yang hendak dihairankan pun fasal Karl. Karl memang dikenali dengan kenyataan-kenyataan yang menagih kontroversi. Karl pernah mengutuk migrasi yang bermukim di Jerman, didakwa memanggil Meryl Streep ‘murahan’ dan mengatakan sesuatu yang mengangkat kening serta menerbitkan perasaan ‘what the f—‘ apabila mengemukakan pendapat tentang penggunaan bulu juga kulit haiwan dalam lapangan fesyen pada lapan tahun lalu.

Kamu tahulah, dalam industri fesyen, mesti akan ada insan-insan yang saja berlagak jahat, suka bersandiwara, mencupar mengeluarkan kata-kata sesuka hati dan menganggap diri lebih baik daripada yang lain. Barangkali, Karl salah seorang daripadanya.

karl lagerfeld

Dalam interviu Karl bersama Numero yang transparent dan lucu tersebut, dia tidak ‘mendindingkan’ jawapan-jawapannya. Berdasarkan perspektif yang dikira positif, dia hanya berlaku jujur. Cakap apa saja dari hatinya. Tetapi, dari pandangan negatif, Karl berkelakuan sinis sehingga ada yang menganggap dia terlalu negatif.

Soalan pertama yang diajukan kepada Karl dalam interviu tersebut saja sudah berbaur kurang enak – berkenaan dengan fizikal atau bentuk tubuh. In a way, dia seakan-akan mengecil-ngecilkan orang yang bersaiz tubuh besar. Lebih-lebih lagi arena fesyen masa kini sedang hangat merai diversifikasi, so this is not the right time to say something that sounds like body shaming. Jika mengejek fizikal atau tubuh orang, tempatnya bukan dalam industri fesyen.

Ia diteruskan lagi dengan Karl mengatakan sesuatu yang dia kaitkan dengan Azzedine Alaia. Pabila ditanya tentang pereka-pereka fesyen bekerja terlalu kuat, di mana Karl tidak bersungut mengenainya (kerana dia mengemudi tiga jenama yakni Chanel, Fendi dan Karl Lagerfeld) dan pereka-pereka fesyen ini menghabiskan masa memilih rekaan-rekaan yang dihasilkan oleh pembantu masing-masing, sehingga dia dipersalahkan atas sebab masalah bekerja terlebih masa. Lalu katanya,

Azzedine [Alaïa], for example, before falling down the stairs, claimed that the supposedly unsustainable rhythms in fashion today were entirely my fault, which is absurd. When you are running a billion-dollar business, you must keep up.”

Yang mengejutkan lagi adalah Karl menyuarakan rasa bosan atau jemu terhadap gerakan #MeToo. “I’m fed up with it”. Karl berasa pelik kerana bintang-bintang Tinseltown yang memulakan #MeToo ini mengambil masa lebih daripada 20 tahun untuk teringat kembali apa yang terjadi dan baru hendak mengambil tindakan. Tanpa ada siapa-siapa sebagai saksi dakwaan tersebut. Ironinya sekali lagi, Karl pernah mengadakan pertunjukan fesyen Chanel musim bunga panas 2015 yang diakhiri oleh sandiwara model-model beraksi ala-ala sekumpulan pembantah wanita, menuntut hak kesamarataan. Hmm.

Sudah tentu, yang kelakarnya adalah kenyataan dirinya rela bunuh diri sendiri jika terpaksa membawa antara Virgil Abloh, Simon Port Jaquemus atau Jonathan Anderson dan menghabiskan masa bersama salah satu daripada mereka di pulau yang tak berpenghuni. Ya! Itu jawapan balas Karl yang bercanda dengan soalan tersebut! Nampak gayanya, dia kurang gemar dengan pereka-pereka generasi baru ini. Nemesis, much? Atau berlagak seperti pereka senior yang tidak menghargai pereka junior?

Bila difikirkan balik, lebih baik merendah diri. Walaupun interviu Numero itu seronok dibaca, tetapi agak lesu sudah melihat orang berperangai sebegini dalam arena fesyen. Mungkin tiba waktunya untuk industri fesyen dijadikan sebagai medan menyebar cinta, pupuk semangat positif dan tidak ada lagi mendiskriminasi. Kan? Faham-fahamlah, pabila sudah menua kelak, seandainya punya tabiat tersangat yakin dengan pendapat sendiri, angkuh atau sinis, orang-orang muda akan melihat kita just being an old bitter man or woman. 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE