SEARCH

#Throwback Mengenang Karl Lagerfeld, ‘Karl For Ever’ Di Paris

#Throwback Mengenang Karl Lagerfeld, ‘Karl For Ever’ Di Paris

Enam hari yang lalu, seluruh Paris mengenang kembali Karl Lagerfeld. Tiga rumah fesyen utama yang pernah dikepalai oleh Karl – Fendi, Chanel dan Karl Lagerfeld – bertaut di atas arena yang dijelmakan dan direka khas oleh Robert Carsen.

karl lagerfeld paris for ever

Titimangsa 19 Februari 2019 menandakan hari yang gelap buat jenama Fendi, Chanel dan Karl Lagerfeld. Telah mati yang bergading dan kini, sudah genap empat bulan Karl Lagerfeld meninggal dunia. Pemergian dia memamah jiwa, bukan sahaja orang-orang penting fesyen, malah kesemua pencinta fesyen. Karl yang dilihat umpama seorang patriark, terutama sekali buat individu-individu seperti Naomi Campbell, Marc Jacobs dan Cara Delevigne, merasai kehilangan ‘bapa segala fesyen’.

Keraian yang dihadiri 2,500 undangan untuk memperingati Karl, diadakan di Paris pada 20 Jun lepas – sewaktu berlangsungnya minggu fesyen lelaki – dan menamakan ia ‘Karl For Ever’. Bintang ternama Tilda Swinton, Helen Mirren, Fanny Ardant serta teman-teman rapat Karl datang menyerikan acara tersebut seraya membaca petikan-petikan yang ditulis oleh penulis-penulis kegemaran Karl seperti Virginia Woolf, Stephane Mallarme juga Edith Sitwell.

Satu ruai besar Grand Palais (setting yang direka oleh Robert Carson) dilengkapi pameran 56 potret atau gambar yang menampilkan Karl sepanjang zaman. Potret-potret atau gambar-gambar ini, ditangkap oleh fotografer-fotografer terkenal dan terhias pada setting yang berilhamkan warna-warna signifikan Karl yakni hitam serta putih dengan sentuhan rona merah.

Acara Karl For Ever ini juga disempurnakan dengan tayangan video yang merakam faset berbeza-beza Karl sepanjang kehidupannya dan disisipi testimonial daripada insan-insan yang mengenalinya. Turut ada termasuklah persembahan ‘secara langsung’ daripada barisan-barisan pelakon, pemuzik juga penari seperti penggesek biola Charlie Siem, koreografer German Cornejo, pemain piano Lang Lang dan Pharrell Williams yang naik ke atas pentas, menginterpretasi semula muzik serta kesusasteraan yang pernah menjadi kesukaan Karl.

Barisan artis yang datang menjayakan persembahan khas untuk Karl

Sudah tentulah, penggemar Chanel, Anna Wintour bersama Hamish Bowles datang memberi sokongan

Cara Delevigne membaca petikan daripada penulis kegemaran Karl di atas pentas

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE