SEARCH

Kasut ‘Kod’ Warna Panas, Aksesori Untuk Musim Bunga 2018

Kasut ‘Kod’ Warna Panas, Aksesori Untuk Musim Bunga 2018

You just can never go wrong with both. Simpan kasut warna hitam atau putih asas kamu – mungkin simpan dahulu, untuk musim akan datang – gantikan dengan kasut keluarga rona merah untuk musim bunga 2018 kali ini! Sama ada merah menyala semerah saga mahupun merah jambu muda bak bunga Sakura yang sedang kembang, sarung pelengkap gaya dalam kedua-dua palet warna ini untuk tampil berani, lantas mencolok mata yang memandang.

Pernah dengar petikan yang mengatakan perempuan jadi perkasa saat dia mengenakan kasut berwarna merah? Mungkin kasut warna merah jambu tidak diolah dalam petikan yang sama bunyinya… just that, wear pink (not only on Wednesdays) to make boys wink. Walau apapun, seperti Cinderella, sepasang kasut mampu mengubah hidup! Dan hidup ini seperti satu kunjungan yang singkat saja, jadi mengapa perlu buang masa pakai sesuatu membosankan? kasut merah merah jambu musim bunga 2018

Musim bunga 2018 menyusun deretan alas kaki dalam keluarga rona merah – merah atau merah jambu – sebagai trend aksesori mesti ada. Contohnya seperti Salvatore Ferragamo, Paul Andrew menggeledah semula nostalgia, menyemat #FlowerInvasion dan menyimbah corak botani pada aksesori-aksesori kasutnya kali ini. Pabila aspek yang bersifat flora dijulang, payah untuk menyisih warna merah daripada perihal tersebut. Tak mudah untuk merah dan flora dileraikan. Jadi, sudah tentu kasut tumit tinggi merah menjadi ‘sorotan penting’ Salvatore Ferragamo.

Sama juga dengan Roger Vivier yang menafaskan nyalaan merah klasik dan Fendi yang memperkenalkan kasut Colibri dalam warna merah.

Bila kasut merah jambu pula, ia senantiasa hadir dalam rekaan nakal, fun dan unik. Dior sangat berani menggabungkan merah jambu metalik – seperti ada efek cermin – pada material calfskin untuk kasut musim ini. Balenciaga tidak memandang ringan warna merah jambu kasutnya. Ia tahu rona itu tidak membatasi keseronokan, melangsungkan idea seperti lencana bercorak sebagai aksesori tambahan untuk menyempurnakan estetika merah jambu.

KASUT MERAH / MERAH JAMBU MUSIM BUNGA 2018!

Daripada kitten heel Prada sehingga flat sandal Giuseppe Zanotti, inilah  kasut-kasut warna merah dan merah jambu yang harus milik musim ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE