SEARCH

Yo, Lelaki! 6 Kasut Slip On Stailish Untuk Syawal Mendatang

Yo, Lelaki! 6 Kasut Slip On Stailish Untuk Syawal Mendatang

Hari Raya dalam… hmm, lebih kurang seminggu lagi? Persiapan setakat ini bagaimana? Fokus kami minggu ini adalah kasut slip on buat si lelaki. Jika minggu lalu kami hidangkan #TipStail juga #IdeaRaya buat si perempuan – merencanakan penggayaan terbaik, padanan aksesori dan seumpamanya untuk tampil stail – kali ini, to be fair, kami beralih kepada lelaki pula. Jadi, kasut yang mana satu jadi pilihan STAIL.MY?

Seperkara tentang gaya berhari Raya lelaki masa kini, ia tak lagi seperti dulu. Pereka-pereka atau jenama-jenama fesyen lokal sekarang yang masing-masing mengejar damba cita – bercambah-cambah idea saban tahun, bermula daripada gaya baju Melayu ketat memakan tubuh, ke jubah moden, kemudiannya baju Melayu bertukar jadi kemeja biasa, kepada sesuatu yang minima sehinggalah ada yang mengolah manipulasi pola, dengan berbulang-lah, berselempang-lah – pasti sentiasa menerbitkan persoalan pada akal budi saya, “Baju Melayu’s transitioning?”

Bukan main lagi lelaki-lelaki zaman sekarang. Terjebak melaram tak ingat, ya. Tak mahu beralah. Lol! Jika kamu tanya saya, saya masih lagi cenderung ke arah menikmati keindahan baju melayu klasik. Cekak Musang atau Teluk Belanga FTW! Namun, itu selera atau hak masing-masing. Siapa kita mahu menghakimi gaya-gaya orang berhari Raya? Cita rasa semua berbeza-beza, bukan.

kasut slip on lelaki raya
‘Look’ Hari raya daripada Atelier Fitton

 

Kami perasan, lelaki-lelaki sekarang juga sudah menepis idea berselipar capal atau menyarung sandal. Mereka lebih gemar berkasut… slip on? Ya! Slip on. Tidak ada simpulan tali, tiada gancu dan tidak ada velkro. Tidak ada drama dan kepayahan, hanya sekadar ringkas bersarung.

Kami akui, bila si pemuda berbaju Melayu seraya berkasut slip on (menggantikan alas kaki capal atau sandal), penampilan kelihatan lebih rapi dan sajak. Nampaklah moden dan ada pembaharuan. Berkasut slip on klasik dalam warna perang mahupun hitam jadi pilihan selamat. Barangkali senang dalam hal suai padan. Iyalah, kerana baju Melayu warnanya rencam.

Misalannya, nak pakai baju Melayu warna ugu dengan kasut slip-on perang atau baju Melayu merah lembayung pakai bersama kasut slip-on hitam, bukan satu masalah. Tetapi ada ketikanya, tak salah juga menunjukkan gaya dalam kasut slip on warna lain atau yang bercorak, kan? Untuk menyemarakkan lagi penampilan, kalau kamu orangnya berani candang. Pilihan kami adalah daripada jenama-jenama antarabangsa – daripada Giuseppe Zanotti, Dior Homme sehinggalah Giorgio Armani – menjadikan Hari Raya kamu lebih stailish. Salah satu sebabnya lagi? Pelaburan terbaik, untuk kualiti tinggi.

Jadi, sempena musim luruh 2018, ini enam kasut slip on untuk si lelaki Hari Raya nanti atau, mungkin untuk pasca-Hari Raya!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE