SEARCH

6 Kempen Fesyen A/W 2019 Berbaur Mesej Positif & Optimis!

6 Kempen Fesyen A/W 2019 Berbaur Mesej Positif & Optimis!

Sungguhpun CFDA gamat kerana dilabel bersifat politik (ada pereka atau jenama fesyen yang tarik diri) kerana penglibatan pro-Trump yakni Kara Ross bersama suaminya, Stephen Ross, bagusnya medan fesyen kerana tetap tidak berundur memperjuangkan kepositifan dan teguh berdiri untuk tidak menumbangkan harapan. Minda kita sudah terisi oleh diversifikasi dalam fesyen seperti penerimaan saiz yang pelbagai, memperbanyakkan model daripada pelbagai bangsa, jantina, warna kulit serta latar belakang dan tak lupa juga insiatif beberapa jenama dalam memelihara alam.

Inilah harakah medan fesyen yang sekarang! Mahu menjadi peranan terbesar kepada mesej-mesej yang bercorak kebaikan, kecintaan dan menyangkal dasar-dasar negatif.

Mereka salur atau sebar semua ini menerusi minggu fesyen, pertunjukan pentas, menukar matlamat juga aliran jenama dan seumpamanya. Malah usaha itu tak tertahan di situ sahaja. Mereka usul gagasan atau adicita tersebut dalam kempen-kempen fesyen yang melibatkan tenaga-tenaga kerja professional, menghidupkan satu penceritaan dan sandiwara yang terjalin sekali mesej-mesej positif. Untuk apa? Sebagai seruan atau laungan kepada audiens yang melihat, waima ia hanyalah berupa visual yang diolah secara artistik atau imej yang mudah difahami dan jelas.

Di sini, kami kongsi enam kempen fesyen musim kuruh dingin 2019 yang bersandarkan mesej-mesej positif dan optimisme, sebagai panduan kita bersama!

DIOR

 kempen fesyen a/w 2019

Inspirasi daripada pemuisi feminis Amerika, Robin Morgan, kempen fesyen Dior memberi penghormatan kepada sisterhood dan menegaskan kuasa femininity. Bersama model Selena Forrest dan Ruth Bell, memerihalkan budaya Inggeris yakni Teddy Girls yang merasuk ke dalam sukma Dior, menjadi sendi rekaannya. Gambar atau imej yang ditangkap oleh fotografer Brigitte Niedermair ini mengujinya untuk berkarya secara artistik di balik penceritaannya yang menyingkap sesuatu yang lampau dengan yang semasa juga act of purity.

BURBERRY

 kempen fesyen a/w 2019

Kata salah seorang model yang ditampilkan dalam kempen fesyen Burberry musim luruh dingin 2019, Mammina Aker, “The embracing of diversity in race, nationality and personality has made it not only exciting to be part of this project, but a joy as well.” Kolaborasi Riccardo Tisci bersama Danko Steiner dengan Nick Knight ini menjelmakan kepelbagaian aspek yang selama ini menjadi budaya British dan bagaimana semuanya bisa ‘hidup bersama’. Mereka bersama-sama mahu merai tenaga muda dalam kempen ini, mengaitkan ia dengan latar belakang laut – kerana simbol laut sebagai penyatu segenap manusia – serta suasana teknologi kamera dan televisyen – bagi menggambarkan budaya media sosial yang menjana pemikiran anak-anak muda.

SALVATORE FERRAGAMO

kempen fesyen a/w 2019

Eksplorasi pengarah kreatif Salvatore Ferragamo, Paul Andrew ke Milan telah membuahkan satu inspirasi untuk dijadikan lokasi penggambaran. Paul menyedari bahawa banyak senibina yang tersembunyi di Milan dan baginya, lokasi-lokasi ini harus dipamerkan menerusi kempen fesyen Salvatore Ferragamo musim luruh dingin 2019! Berpaut pada kata kunci #PatchworkOfCharacters, pemilihan model-modelnya juga berdasarkan latar belakang, usia juga yang datang daripada budaya berbeza-beza. Antara model yang ditampilkan dalam kempen ini termasuklah Liya Kebede, Rishi Robin, Sora Choi dan Hero Fiennes.

COACH

 kempen fesyen a/w 2019

Hidup ini penuh dengan kemungkinan yang harus dihadapi. Itulah yang menjadi pegangan utama Coach untuk kempen kali ini. Mesej yang tersirat dalam kempen Coach musim luruh dingin 2019 pula mengajak kita untuk tidak gentar mengejar impian. Apatah lagi bila hidup di tengah-tengah kota besar seperti New York! Coach mewujudkan karakter 21st Century Dreamers – antaranya Yara Shahidi, Michael B. Jordan, Kiko Mizuhara dan Jemima Kirke – sebagai teraju utama, yang digambarkan dalam rupa spontan, free-spirit, dan jujur.

MIU MIU

 kempen fesyen a/w 2019

Kawasan luar bandar Montana dipilih menjadi lokasi Miu Miu untuk kempen fesyennya kali ini. Imej atau visual sekumpulan perempuan yang mengikat hubungan memesrai detik-detik indah ini dihasilkan oleh Eddie Wrey. Eddie menangkap semangat muda, rasa leluasa serta penceritaan keinginan berkelana untuk mencari pengalaman baharu. Sama seperti Dior, ia memerihalkan sisterhood dan hubungan dinamik yang terjalin tanpa mengira latar belakang masing-masing.

POLO RALPH LAUREN

kempen fesyen a/w 2019 

Polo Ralph Lauren memunculkan satu cerita. “Wear Your Story” menjadi pemangkin utama yang menyingkap cerita enam model serta influencers yang datangnya daripada kehidupan berbeza-beza dan masing-masing berkongsi pengalaman unik tentang impak seluar jean. Polo Ralph Lauren mengambil langkah berani dengan memperkenalkan kempen global ini – “Wear Your Story” adalah sebahagian daripada Family Campaign mereka – yang memberi tumpuan kepada keluarga generasi sekarang. Contohnya keluarga daripada bangsa lain juga pasangan LGBTQ.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE