SEARCH

Naomi, M.I.A & Kristin Memeriahkan Kempen Perayaan Burberry!

Naomi, M.I.A & Kristin Memeriahkan Kempen Perayaan Burberry!

kempen perayaan burberry

Wajah-wajah bintang British menghiasi kempen fesyen adalah signifikan buat Burberry. Dari dulu lagi, menyunting insan-insan British ternama menjadi antara fragmen terpenting Burberry dalam menegapkan jati diri dan terasnya. Biar bertukar ‘jurumudi’ yang bukan seorang British, mustahil Burberry melenyapkan terus semangat Inggeris tersebut.

Masuk bulan perayaan Krismas yang bakal menjelang hujung tahun nanti, Burberry sudah mengecap nikmatnya. Burberry antara yang paling beria-ia, menampilkan kempen perayaan apalagi ia adalah yang pertama buat Riccardo Tisci. Dan kempen perayaan ini seperti biasa, mengetengahkan bintang-bintang British!

kempen perayaan burberry

Romeo Beckham, Rosie Huntington Whiteley, Cara Delevigne, Lily James dan Dominic West terdahulu penah mengindahkan kempen-kempen perayaan Burberry. Kali ini, giliran Kristin Scott Thomas, M.I.A  dan Valerie Morris yakni ibu kepada Naomi Campbell pula bangkit sebagai sosok utama kempen perayaan Burberry. Di samping Matt Smith dan Naomi Capmbell membuat kemunculan sekali lagi setelah pernah terpilih sebagai wajah kempen sewaktu di bawah seliaan Christopher Bailey.

Gambar-gambar kempen Burberry ini ditangkap oleh fotografer yang juga merangkap artis British yakni Juno Calypso. And guess what? Juno sendiri turut diambil sebagai wajah utama dalam kempen ini.

kempen perayaan burberry

Ia merayakan kepelbagaian, seiring dengan kehendak pasaran fesyen masa kini. Diversifikasi dari segi profil bintang-bintang dan latar belakang masing-masing disatukan di bawah naungan Riccardo.

Belum ada lagi perkongsian Burberry tentang konsep utama kempen ini. Cuma untuk yang awal ini, Burberry melepaskan gambar-gambar seakan-akan potret yang menampilkan wajah-wajah bintang ini dalam biasan cermin. Bersih dan ‘sraightforward’, memperlihatkan inovasi Juno buat Burberry oleh Riccardo.

kempen perayaan burberry

kempen perayaan burberry

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE