SEARCH

Diaspora Ketimuran Kenzo S/S 2018: Humberto Leon & Carol Lim Meluhurkan Model-model Asia!

Diaspora Ketimuran Kenzo S/S 2018: Humberto Leon & Carol Lim Meluhurkan Model-model Asia!

Kenzo-Asian-2-stailMY

No Lucky Blue Smith nor Cameron Dallas, no Gigi or Kendall even… move over guys! Asians are here to stay! Kenzo selulus mengorkestrakan sandiwara fesyen yang sekali lagi menjadi highlight Minggu Fesyen Lelaki Paris. Musim bunga panas tahun lepas, kita dikejutkan dengan estetika gaya club kids di Los Angeles yang menjadi tunjang ilham Kenzo. Lagak gaya pengaruh 90an yang dibentuk oleh Humberto Leon dan Carol Lim, menerpa pentas berlantaikan jubin dengan hamburan semburan spray. 

Untuk musim bunga panas 2018 kali ini, bersaksikan ruai sekolah Lycee Camille-See, 83 looks dipersembahkan menerusi estetika inspirasi jelmaan Ryuichi Sakamoto dan Sayoko Yamaguchi – aktivis juga ahli muzik Ryuichi Sakamoto dan supermodel Jepun yang dahulunya cukup dikenali, Sayoko Yamaguchi adalah muse Kenzo Takada yang telah dibangkitkan, langsung mengilhami Humberto dan Carol.

Kenzo-Asian-3-stailMY

Yang menarik lagi, dalam meraikan dua muses figura Jepun ini dan sudah tentu elemen diversity, pentas Kenzo musim bunga panas 2018 dibanjiri oleh barisan-barisan model Asia sahaja! Usahkan lelaki, himpunan wanita (dengan barisan model wanita Asia) turut sama diselitkan sekali. Kata Humberto, pemilihan set model yang kesemuanya orang Asia adalah inisiatif dia dan Carol sendiri yang mahukan casting kali ini lebih terarah. Sekaligus mengubah haluan lapangan fesyen masakini yang tak semestinya ditawan oleh model-model Kaukasia, berkulit hitam atau Latin sahaja.

MODEL MALAYSIA, ATIKAH KARIM DI PENTAS KENZO

Model-model dari setiap sudut negara Asia antaranya Jepun dan Korea melimbang ke Paris semata-mata untuk pertunjukan Kenzo, malah ia juga disertai oleh model dari Malaysia yakni Atikah Karim! Selepas menghendap Instastory model Malaysia, Danny Lim – yang memuat naik story kekasihnya model Atikah Karim dipilih berjalan untuk Kenzo musim bunga panas 2018 dan post gambar Atikah di laman Instagram Atikah sendiri  – memperlihatkan ‘pratonton tak rasmi’ perihal Atikah di pertunjukan Kenzo menswear masa itu.

Selamat hari raya! ????First time in Paris ????????@KENZO #kenzoss18

A post shared by Atikah Karim ???????? (@tiksg) on

Atikah Karim di pentas Kenzo menswear musim bunga panas 2018. (Instagram @tiksg)

Dasar pemilihan model-model Asia yang diusulkan oleh penghulu kreatif Kenzo ini juga mentakzimkan digniti warisan jenama ini yang sememangnya berakar umbi Asia. “Kami rasa sangat indah untuk menyusun barisan model-model Asia sahaja dalam meraikan Kenzo,” kata mereka.

Di atas pentas Kenzo musim bunga panas 2018 ini yang direncanakan daripada inspirasi Ryuichi dan Sayoko, ada mempersembahkan pertembungan model-model lelaki dan perempuan dalam salah satu set petunjukan yang kononnya memfantasikan pertemuan dua muses ini. Estetika Ryuichi disalurkan melalui himpunan rekaan lelaki, manakala falsafah Sayoko pula terlihat pada rekaan wanita.

Kenzo-Asian-4-stailMY

Aspek gaya lelaki lebih menjurus kepada apa yang mendefiniskan fasal Ryuichi – baik dari segi sense of style dia, mahupun sifatnya. Elemen siluet roomy, sesuatu yang very Japanesey dan sedikit comical atau nakal membentuk gaya si lelaki. Sayoko yang menjadi pangsi himpunan wanita pula seperti mendukung sesuatu yang unik, sedikit eksentrik dan agresif. Banyak bermain dengan blok rona, motif atau corak dan tekstur. Sememangnya menterjemahkan identiti Sayoko yang luar biasa dan tersendiri.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE