SEARCH

Kim Raymond X Merrack & Co Adalah Kolaborasi Espadrilles Lokal & Istimewa Yang Kamu Perlu Masa Kini

Kim Raymond X Merrack & Co Adalah Kolaborasi Espadrilles Lokal & Istimewa Yang Kamu Perlu Masa Kini

Bermula sebagai rundingan di antara dua pihak – jenama kasut lokal dengan personaliti fesyen semasa, Kim Raymond – yang seia sekata dan saling tidak bertentangan. Lahirnya satu himpunan kasut yang menjanjikan kelainan di samping tidak menyisih jati diri masing-masing.

Merrcack & Co, jenama kasut lokal yang menjunjung kasut espadrilles sebagai sendi utama, berintegrasi bersama Kim Raymond dalam menghasilkan satu rangkaian koleksi kasut edisi terhad dan istimewa. “Kim adalah pencinta tegar kasut espadrilles dan sudah tentu persepakatan dia dengan Merrack & Co menjadi pilihan tepat. Rekaan-rekaan baru yang kamu lihat hari ini berdasarkan idea Kim sendiri untuk Merrack & Co,” jelas Intan Khalid, Pengarah Kreatif dan salah seorang pengasas Merrack & Co.

Malah, sebab Merrack & Co menyunting Kim juga kerana mereka akui bahawa Kim adalah insan yang menjelmakan stail effortless, unik dan ada indentiti tersendiri. Lantaran semua aspek tersebut kena dengan imej ‘Merrack Girl’ – perempuan yang tidak gentar pada sesuatu yang baru, seorang pengembara dan penggemar kasut stylish.

Bila ditanya inspirasi yang terbit di sebalik rekaan, Kim menjawab, “Tidak ada inspirasi spesifik. Hanya bersandarkan apa yang saya suka dan mahu kongsi sesuatu yang bersifat peribadi dengan yang lain.”

Kim Raymond X Merrack & Co menampilkan dua rangkaian utama, Black Edition dan Holiday Collection. Black Edition mengangkat gaya kasual espadrilles, menggunakan fabrik baldu hitam yang mempersonifikasikan kemewahan.

Tiga rekaan berbeza yakni dua antaranya disulam batu permata dan mutiara, yang mencadangkan fleksibiliti dari segi penggayaan. Untuk kasual ke acara formal. Espadrilles yang berwarna hitam sepenuhnya, tanpa ada sebarang treatment, turut dipersembahkan dan ia tampil uniseks. Black Collection bakal dijual pada hujung September ini!

Setiap batu permata dan mutiara yang digunakan pada himpunan Kim Raymond X Merrack & Co adalah hand-sewn. Butir-butir perincian batu permata dan mutiara itu dititikberatkan dan dipilih dengan baik, menjadikan koleksi kasut ini cukup istimewa.

Perihal yang sama terlihat pada Holiday Collection yang menyambung estetika Black Collection, namun dalam palet warna champagne dan perak. Batu permata yang digunakan pula bervariasi warna, memencarkan imej gaya fun, nakal dan lebih playful. Dalam masa sama tidak menangkis sifat elegan. Holiday Collection ini akan berada di pasaran pada hujung bulan November.

 

 

Keith Foo Menggayakan Espadrilles Uniseks Daripada Kim Raymond X Merrack & Co

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE