SEARCH

KLFW 2018 Eksklusif : “Sesuatu Yang Lain” Daripada FiziWoo

KLFW 2018 Eksklusif : “Sesuatu Yang Lain” Daripada FiziWoo

Hari ketiga KLFW atau Kuala Lumpur Fashion Week 2018 kali ini ‘berlabuh’ bersua dengan si duo Fiziwoo. Empat bulan lalu, kami pernah bekerjasama dalam satu projek istimewa buat pertama kalinya, menghasilkan rekaan untuk Neelofa pakai di Anugerah Meletop Era. Keserasian yang terangkai membuatkan kami faham dan kenal cita rasa juga jati diri Fiziwoo.

“untuk KLFW 2018, kamu akan lihat sesuatu yang berbeza. Sesuatu yang ‘menentang’ norma Fiziwoo,” kata Hafizi Radzi Woo daripada Fiziwoo.

klfw 2018 eksklusif fiziwoo

Hundred Flowers Campaign memerihalkan inspirasi di sebalik himpunan Fiziwoo untuk KLFW 2018. Seandainya kamu tidak tahu apa itu Hundred Flowers Campaign, ia adalah satu gerakan yang terbentuk sekitar pertengahan tahun 50an di China. Gerakan yang disertai masyarakat-masyarakat China yang memberi ruang dan mengizinkan mereka untuk menerbitkan pendapat tentang rejim komunis pada waktu itu.

Fiziwoo rangkum semua itu, mencedok idea floral atau botani – ambil idea ‘Hundred Flowers’ – dan dijadikan butiran utama rekaan-rekaannya kali ini. “Tak pernah lagi Fiziwoo menampilkan himpunan yang berat dengan floral. Kami mahu mengembangkan layar Fiziwoo, untuk menyaingi kemampuan dan kreativiti kami,” jelas Izree Kai, rakan kongsi Fiziwoo tentang kelainan yang akan dipertunjukkan nanti.

BERSAMA HAFIZI & KAI DARIPADA FIZIWOO…

klfw 2018 eksklusif fiziwoo

Mengapa tergerak hati untuk mengutip ilham Hundred Flowers Campaign?

Kai : Kerana kami suka dengan keindahan yang tersisip dalam sejarah Hundred Flowers Campaign, yang membangkitkan keberanian kaum terpelajar juga bijak pandai dan keperkasaan wanita yang melawan parti komunis. Dengan prinsip kempen tersebut yang berpegang pada “biarkan ratusan bunga itu mekar” menjadi kata kunci yang kuat dalam membentuk idea yang terkandung dalam lubuk fikiran kami.

Saya jangka pasti himpunan Fiziwoo kali ini memegahkan bermacam-macam jenis motif bunga, kan?

Hafizi : Ya! Saya menggabungkan semua motif bunga yang relatable dengan orang kita juga masyarakat Asia. Saya mendewasa dengan bunga-bunga sebegini, jadi ia tidak bisa luput  daripada ingatan saya tentang memori kanak-kanak. Kami tidak mengubah corak-corak ini menjadi rupa yang terlalu grafik atau stylization. Kami cedok butiran dan bentuk bunga ini sebulat-bulatnya. Dan setiap corak bunga atau floral itu adalah hasil kerja tangan kami sendiri. Contohnya, ada yang hand-painted.

Bagaimana persediaan untuk KLFW 2018?

(Sebelum pertunjukan) Kai : Alhamdulillah, persiapan semuanya berjalan dengan lancar. Kami sudah finalize beberapa looks, malah proses ‘editing’ juga sudah selesai. Sekarang ini hanya tinggal kerja-kerja kemasan dan mungkin akan ada proses finalizing sekali lagi, untuk memastikan semuanya mengikut apa yang sudah dirancang oleh kami.

Hafizi : As this brand is growing up, kami sudah tahu apa yang patut buat dan apa yang tidak perlu. Malah kami juga sudah tahu apa yang klien-klien kami mahu. Jadi, dari segi persediaan, ia tidak lagi memakan waktu atau membazir masa. We know exactly what we want, we cut to the chase and we go with what we think is right for Fiziwoo.

Ada 32 looks kesemuanya?

Hafizi : Fiziwoo untuk KLFW 2018 akan menampilkan 32 looks. Kami banyak bermain dengan ceraian-ceraian juga layering. Kamu akan lihat versatility dari segi padanan dan ia adalah kelainan yang dibawakan oleh kami nanti.

Keunikan layering Fiziwoo kali ini adalah…

Hafizi : Bukan sahaja layering dari segi ceraian-ceraian, layering pada kombinasi fabrik pun! Misalannya, saya cantum renda yang ada corak bunga, dilapiskan lagi atas fabrik tulle halus, kemudiannya saya lapiskan ia dengan sifon dan ditambah lagi jahitan manik-manik bagi menghidupkan tekstur. Kami jahit jelujur sementara untuk menentukan sama ada kombinasi itu kena atau tidak. Setiap cantuman itu adalah daripada inovasi kami sendiri. Saya juga memberi kebebasan kepada pekerja-pekerja saya dalam mengolah kombinasi fabrik tersebut.

Kiranya, itu adalah salah satu kejutan yang dibawakan oleh kamu?

Kai : Ya, betul. Kami bukan sekadar menghasilkan rekaan-rekaan yang ‘kosong’. Kami mahu memerihalkan satu jalan cerita di sebaliknya. Kami mahu mencipta satu impak di mana pabila orang berpeluang mendekati rekaan-rekaan kami, mereka akan lihat workmanship dari segi kombinasi fabrik itu bukan sesuatu yang literal.

Dari segi skima rona pula bagaimana?

Hafizi : Kerana ia berbalik ke pokok pangkal bunga atau floral ‘Hundred Flowers’, jadi rona-rona yang saya gunakan banyak bersangkutan dengan rona bumi, pelet warna semulajadi dan dimadukan bersama rona pastel juga.

Siluet kali ini?

Kai : Siluet Fiziwoo untuk KLFW 2018 adalah campuran architectural atau structured bersama romantik dan poetic. Kami kutip sedikit elemen-elemen era ‘Hundred Flowers Campaign’ itu – sifat oriental empayar China, sut Mao (sut yang dipakai oleh Mao Zedong) dan butiran poket besar – namun masih dipadankan dengan helaian-helaian lembut yang sudah sinonim dengan nama Fiziwoo.

Apa harapan kamu selepas himpunan Fiziwoo KLFW 2018 ini dipersembahkan?

Hafizi : Membuka mata orang untuk melihat kelebihan dan sejauh mana kemampuan Fiziwoo. Fiziwoo tidak menyempadani diri menghasilkan adi busana atau couture pieces sahaja. Tidak. Fiziwoo is more  than that. Kami bisa menampilkan rekaan-rekaan sedia pakai yang cool-looking. Kami membawa kesegaran kepada klien-klien kami dan dalam masa sama, kami juga mahu melihat generasi-generasi baru atau yang mendatang pula menggayakan Fiziwoo.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE