Posted on January 30, 2020
Yes! Lizzo is 100% that bitch! Ayuh bercakap tentang ragam gaya serta kostum Lizzo – terutama sekali kostum Lizzo yang penuh kristal Swarovski – yang mengindahkan anugerah Grammy ke-62 malam itu. Berjalan di atas karpet merah dalam gaun putih Versace, yang berinspirasikan ‘iconic status’, sewaktu melewati karpet merah dan memakai dress penuh juraian berkilau, juga daripada Versace – kedua-duanya ditata gaya oleh Marko Monroe. Kemudian Lizzo membuka malam anugerah Grammy ke-62 dengan persembahannya yang penuh tenaga. Brett Alan Nelson – selaku penata gaya Lizzo untuk persembahan pentas – menyarungkan gaun labuh rekaan Christian Siriano pada Lizzo sewaktu mendendangkan lagu Cuz I Love You, yang didedikasikan khas buat mendiang Kobe Bryant.
Sejurus selepas menyanyikan lagu Cuz I Love You, tiba-tiba muncul penari balet yang mengikat perhatian kita sejenak… dan keluarlah Lizzo menyanyikan Truth Hurts dalam korset custom made sendat penuh kristal, direka oleh Juraj Zigman yang berkolaborasi dengan Swarovski!
Lizzo dalam korset Juraj Zigman yang sarat kristal daripada Swarovski serta mengenakan but Stuart Weitzman yang turut dihiasi kristal Swarovski… in total, how many crystals on Lizzo? 90,000 biji kristal di atas tubuh Lizzo! 40,000 kristal pada kostum bodysuit dan 50,000 kristal pada kasut but. Menariknya, Juraj dan penata gaya Lizzo, Brett, menggabungkan dua elemen yang berbeza sepanjang proses mereka korset penuh kristal ini : yakni ubur-ubur dan futuristik. Get it? Mereka berdua mengambil konsep ubur-ubur dan Juraj menyuntik aspek futuristik dari segi siluet serta perincian-perinciannya.
Konsep kristal dan futuristik tidak berhenti di situ sahaja. Brett meneruskan konsep kristal penuh tersebut dan menambah lampu 12 Smart Led ke atas kostum-kostum penari latar Lizzo sekali. Ada 30,000 biji kristal Swarovski pada kostum-kostum penari latar, bermakna secara keseluruhannya ada lebih 100,000 kristal Swarovski di atas pentas sewaktu Lizzo membuat persembahan Truth Hurts. Kesemua 100,000 lebih kristal Swarovski ini hand-embellished oleh Vincent Michael (@thediscodaddy). Menakjubkan!
Brett mencapai segala kemahuannya. Dia membayangkan fantasi pada rekaan kostum dan sedari kecil lagi sukakan sesuatu yang punya elemen gemerlap atau bersinar-sinar. Dan Swarovski telah merealisasikan visi Brett.
Apa pandangan anda?