SEARCH

Meet Krow Kian, Model Transgender Yang ‘Membutakan’ Jantina!

Meet Krow Kian, Model Transgender Yang ‘Membutakan’ Jantina!

krow kian

Dari mana datangnya Krow Kian, model yang menongkah arus dan menyarukan mata kita tentang apa jantinanya? Dia didefinisikan sebagai memiliki sifat perduaan, yakni punya lagak maskulin serta feminin dan bukan calang-calang jenama fesyen yang memanggilnya untuk berjalan melewati pentas. Termasuk Louis Vuitton dan Haider Ackermann, ya!

krow kian

Medan fesyen sudah dewasa dan lebih matang. Citra non-binary menghiasi medan fesyen masa kini bukan lagi satu kepantangan. Penerimaannya sudah menyisip ke ruang hati kita, sehingga tak lagi membataskan lingkungan. Ia tidak menyesakkan, sebaliknya membanggakan kita. Keberanian dunia fesyen sekarang yang mengambil langkah untuk tidak membeza-bezakan golongan genderqueer dengan barisan model perempuan dan lelaki, menyingkir sikap berat sebelah harus dipuji.

Rentak sedegam, langkah sepijak. Dunia fesyen membentengi mereka dan memperjuangkan kesamaan. Tidak wujud sudah stereotaip. Love! Sesekali mencemburukan juga, kerana mereka bebas pakai apa sahaja dan jadi siapa saja mereka mahu.

krow kian

Lalu, muncul pula sekumpulan model yang bukan konformis. Jantina mereka tidak dihakimi. Baik transgender atau non-binary mahupun yang digelar sebagai androgini, mereka inilah definisi kemodenan. Memartabatkan pembaharuan. Antaranya, termasuklah model asal Kanada bernama Krow Kian. It’s Krow, that starts with a K.

Seorang transgender male model, mengaku dirinya sebagai Cosplayer – berdasarkan bio Instagram miliknya – Krow memulai karier modelmenerusi pertunjukan Louis Vuitton musim bunga 2019. Terima kasih kepada Nicolas Ghesquiere yang berani melawan budaya casting ‘tradisional’, dan memilih barisan model transgender untuk pertunjukan Louis Vuitton. Menurut temusoal Krow bersama majalah DAZED, jelasnya keberanian Louis Vuitton mengambil model-model trans adalah “important statement on visibility”. Apatah lagi buat jenama yang punya kedudukan prestij.

krow kian

Dalam pertunjukan tersebut, Krow menggayakan sut oversized, berjaya memancing perhatian segenap dunia fesyen. Sehinggakan dia dipilih oleh Nicolas untuk menjadi salah seorang muse dalam kempen fesyen musim bunga 2019. Lalu, dari Louis Vuitton, Krow berjalan untuk Haider Ackermann, Alexander McQueen, Proenza Schouler dan Acne Studio. Bukan pertunjukan fesyen sahaja, wajah Krow malah menghiasi cover majalah seperti DAZED dan L’Uomo!  Seraut wajah lelaki yang ada kelembutan dan bertubuh kurus ala-ala waifish, tuah Krow melimpah-limpah. Dia membuka satu lembaran baharu buat golongan trans. Memberi ribuan harapan buat golongan trans male (terutamanya) bahawa ada tempat untuk mereka di medan fesyen.

krow kian

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE