SEARCH

Seandainya KL Adalah Cycle Friendly City, Apa Patut Kamu Pakai?

Seandainya KL Adalah Cycle Friendly City, Apa Patut Kamu Pakai?

Saya selalu berpandangan jauh, menghajati Kuala Lumpur nanti akan jadi cycle friendly city. Bukan apa, saya suka pabila tiap-tiap kali merantau ke mancanegara, seperti bumi-bumi Eropah, Asia Timur atau Amerika melihat menerusi mata sendiri budaya berbasikal ke mana-mana sahaja. Ke tempat kerja, acara formal, koktel bersama teman-teman mahupun santai hujung minggu.

Malah di Thailand pun sudah mewujudkan konsep berbasikal! Alangkah seronoknya, andai kata, ‘budaya’ belati ini adalah normal di Malaysia, kan? Lebih-lebih lagi Kuala Lumpur.

Gambar daripada vogue.com

Jangan salah mengerti maksud kami. Ya, memang ada orang berbasikal di Kuala Lumpur, cuma ia bukan sesuatu yang lazim. In fact, ada kalanya, orang seperti rusa masuk kampung bila melihat individu lain di atas tunggangan beroda dua dan berpedal ini. Tapi faham juga kenapa, kerana negara kita beriklim panas lembap dan siapa mahu berpanas dalam cahaya matahari.

Tetapi, come on, rata-ratanya kita pernah membayangkan Kuala Lumpur sepertikan negara mesra berbasikal yang lain kan? Jika satu hari nanti kamu bangun di alam ‘fantasi’ di mana Kuala Lumpur menjadi negara mesra berbasikal, kami ingin berkongsi tip stail gaya apa patut kamu pakai! Semuanya daripada himpunan musim luruh dingin 2019.

CRAZY, SEXY, COOL

Dari kiri : beg Roger Vivier, baju Guess Jeans, jaket korduroi Zara, selua pendek Superdry dan kasut Longchamp

Gaya ini pasti relatable dengan orang kita. Kerana serasi dengan iklim Malaysia dan ketaasuban masyarakat sekarang yang sukakan aspek kesukanan. Seluar gim pendek adalah ceraian sempurna untuk dipakai sewaktu berbasikal. Pesanan kami? Jangan memadankan ia dengan ceraian sukan yang lain! Cuba pakai ia bersama top fabrik kait berkolar tinggi dan dilapisi jaket korduroi labuh. Kasut pula… elak kasut sniker biasa. Apa kata, sarung kasut but paras buku lali?

KEMEJA T, TIADA MASALAH!

kuala lumpur cycle friendly city tip stail

Dari kiri : skirt DVF, beg Gucci, kaca mata hitam Burberry, kemeja T MCM dan sandal Aldo

Seperkara tentang kemeja T adalah penggayaannya tidak merumitkan padanan. Pakailah ia dengan blazer, sut, skirt pensil, seluar palazzo dan apa-apa sahaja ceraian bawah, pasti menjadi. Untuk gaya ini, kami bereksperimen dengan kemeja T bercorak tipografi dimadukan bersama skirt lembut yang padat dengan corak organik. Apatah lagi, pabila pilihan aksesori seperti beg dan kasut pun motif eksotik. Kontras, tetapi tidak ‘menyakitkan mata’. Berani?

JUST ANOTHER LAZY DAY

Dari kiri : dress DVF, kaca mata hitam Gucci, beg tangan MCM, anting-anting Wanderlust & Co dan kasut Roger Vivier

Dress slip dipakai bukan sahaja atas faktor keselesaan, namun fikirkan aspek stailish-nya juga. Ya, dress sebegini agak tricky. Ia bisa kelihatan kasual yet formal juga. Tetapi gubah keseluruhan penampilan supaya tidaklah terlalu rigid. Hanya dengan menggayakan sniker putih dan kaca mata hitam yang cool-looking serta anting-anting berjuntai. Memperlihatkan kamu seperti perempuan yang tahu bagaimana mahu menukarkan dress slip menjadi versatil.

ELEGAN & 2-DALAM-1

Dari kiri : jaket trench Zara, kasut Prada, anting-anting Accessorize, boiler suit Dorothy Perkins dan beg Anya Hindmarch

Saya suka melihat gaya-gaya jalanan – terutamanya sewaktu minggu fesyen – di mana perempuan-perempuan tidak gentar memakai kasut tumit tinggi sambil berbasikal. Why not! Jadi kami fikir, gaya berkasut tumit tinggi, tetapi tumitnya tebal (untuk keselesaan). Pakai pula boiler suit dan jaket perak metalik, bersama beg cross-body bercorak motif zebra. Ia nampak elegan, bisa dipakai sewaktu pergi kerja dan selepas kerja. Business and party and the same time.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE