SEARCH

Kuasa Sehelai T Shirt

Kuasa Sehelai T Shirt

Hari-hari di Malaysia kini sungguhlah panas. Kadang-kadang usai mandi pun tengah nak bersiap pun boleh berpeluh-peluh. Jadi pada kebanyakan masa mengikut pengalaman saya, gaya harian lebih senang saya mulakan dengan sehelai t-shirt. Dahulu mungkin saya terfikir agak kasual jika memakai t-shirt untuk ke tempat kerja atau keluar bertemu teman-teman. Tapi sebenarnya kuasa sehelai t-shirt itu sungguh besar. Apalagi setelah saya belajar untuk up the t-shirt game. Supaya nampak lebih stail-ish. Ya, kerana rekaan t-shirt itu sendiri memang ringkas dan fabriknya juga terdorong ke arah cotton sahaja pada kebanyakan masa, jadi perlu ada stail-ing untuk up the shirt game.

Paling senang ialah memilih t-shirt yang polos tanpa sebarang cetakan di atasnya. T-shirt polos lebih senang dipadankan dengan apa-apa jua helaian lainnya. Tapi kalau anda mahu lebih bereksperimen, boleh sahaja pilih t-shirt yang bercetak. Cuma pastikan cetakannya bermakna – yang ada inspirasi rock padanya atau mesej-mesej berguna seperti yang kebanyakan trend di pentas peragaan kini. Nasihat saya kerana t-shirt itu sudah ringkas sifatnya, padankan dengan skirt volum, atau seluar ber pleat yang menampakkan rekaan berbeza. Kontras antara t-shirt yang ringkas dengan bottom rekaan sedikit complicated mencipta paduan gaya sempurna. Sudahi dengan aksesori seperti kasut atau beg tangan hebat dan rantai atau bracelet dempak. Anda boleh berlebih-lebihan dengan aksesori kerana asas look anda itu sudah cukup ringkas.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE