SEARCH

#Review LACOSTE Court Slam Membangkit Semangat Sepatu Jalanan Era 90an

#Review LACOSTE Court Slam Membangkit Semangat Sepatu Jalanan Era 90an

Saya mencuba LACOSTE Court Slam selaku sepatu stail jalanan pertama keluaran rumah fesyen asal Perancis terkenal, LACOSTE di acara sneaker terbesar tahun ini, #SneakerLah2019.

Tidak dapat dinafikan, sub-budaya belia ini makin menjadi-jadi dan ‘menguasai’ dunia fesyen lewat beberapa tahun kebelakangan ini. Kemunculan stail jalanan tidak terhindarkan. Oleh demikian, jenama ‘buaya’ terkenal ini tidak mahu ketinggalan untuk ‘membaham’ trend anak muda sambil meneroka wilayah fesyen baru yang masih lagi asing di bawah pengaruh mereka.

LACOSTE melihat persaingan ketat ini sebagai cara untuk memasuki hati belia. Dengan harapan dapat membezakan diri mereka di pasaran serba brutal ini dengan pengenalan LACOSTE Court Slam. Ia adalah loncatan besar LACOSTE untuk kekal relevan di mata belia.

LACOSTE Court Slam mencapai keseimbangan sempurna antara warisan dan modenisasi

Sekiranya dengan langkah memperluas ke daerah fesyen yang serba baharu ini akan membantu LACOSTE tumbuh lebih besar, apa salahnya? LACOSTE Court Slam sebagai taruhan sepatu stail jalanan yang saya kira dapat meletakkan LACOSTE di pentas sepatu jalanan bukan sahaja di Malaysia, bahkan mendunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by STAIL.MY (@stail.my) on

LACOSTE COURT SLAM: KEBANGKITAN ERA 90AN

LACOSTE menggabungkan esen persalinan tenis dengan perintah mode streetwear saat ini. LACOSTE Court Slam menarik perhatian dengan tampilan retro dan chunky. Mendapat ilham Tennis 91 – salah satu model ikonik dalam arkib LACOSTE – LACOSTE Court Slam menegaskan keperibadian yang unik.

Lahir di gelanggang tenis pada 1991, LACOSTE Court Slam kini dihidupkan semula sebagai sepatu stail jalanan dengan reka bentuk estetika yang berani dan kontemporari.

Ia memiliki bahagian atas kulit dengan selendang suede yang terinspirasi daripada pegangan raket tenis. Bahagian bawahnya pula memberikan tampilan kasual dan sport. Disuntik mantap dengan teknologi tapak kasut mutakhir untuk kestabilan dan keselesaan yang jitu.

Lacoste Court Slam merangkul kebangkitan era 90an dengan menyelaraskan semangat masa, masa di mana kinakerja dan keanggunan berjalan seiringan.

LACOSTE Court Slam tersedia dalam 4 warna; hijau, merah, biru termasuk edisi istimewa putih gading dengan harga RM479, dilancarkan secara eksklusif di #Sneakerlah2019 dan boleh didapati di butik-butik LACOSTE terpilih seluruh Malaysia.

LACOSTE Court Slam Review

LACOSTE Court Slam Review white

Review LACOSTE Court Slam

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE