SEARCH

7 Perkara Perlu Tahu (Setakat Ini) Di Couture Fall 2018!

7 Perkara Perlu Tahu (Setakat Ini) Di Couture Fall 2018!

 

couture fall 2018

Sekejap. Kami cuba untuk hadam apa yang terlihat di pentas Maison Margiela Couture Fall 2018. Radikal tanpa ‘konsesi’ itu biasalah, memang John Galliano pun. Tetapi telefon bimbit yang disisipkan pada pemegang telefon bimbit dan disangkutkan pada betis setiap model? Emoji face screaming in fear.

John memunculkan tema Nomadic Glamour untuk couture kali ini, mengait yang lama dalam alam baharu… alam canggih masa kini. John berupaya mahu menanam ideologi bahawa manusia zaman sekarang berkelana seperti nomad dan dia olah ia dengan kemajuan teknologi – manusia sekarang terlalu clingy dengan iPhone atau iPad. Ok, that’s like too philosophical. Apa-apa pun, kami boleh rasa John obses dengan teknologi. Malah, sewaktu dia melepaskan cerita di sebalik himpunan couture terbarunya untuk Maison Margiela sebelum ini pun, dia kongsikan menerusi Podcast.

couture fall 2018

Di samping teknologi, merentas masa singgah ke akal budi pengasas, menggemilangkan arkib-arkib lama, melewati daya tafsiran yang terbit di pojok-pojok atelier dan tidak beranjak daripada lingkungan tradisional juga adalah antara punca inspirasi yang menyelubungi inovasi rata-rata pereka di awal minggu Couture Fall atau musim luruh 2018.

Mengamati kembali sendi asal – seperti mana yang dipersembahkan oleh Givenchy dan Schiaparelli – mahupun yang memperjuangkan keaslian couture – seperti Chanel juga Armani Prive – menabur tanggapan bahawa sesuatu yang bersifat peribadi memekat dalam jiwa pereka-pereka atau penghulu-penghulu kreatif.

Berbicara tentang teknologi awal tadi, Iris Van Herpen (yang selalu membuat kita melopong dan kagum dengan inovasinya) sudah tentu menggabungkan teknologi dalam karya rekaannya. Menggunakan teknik potongan laser pada potongan kain serta pola, sehingga menjelmakan efek kronofotograf dari aspek siluet.

Menggenggam tekad untuk mengkhayalkan kita dengan kreativiti serta inovasi yang luar biasa. Minggu couture senantiasa mengujakan. Sempena menyemarakkan semangat sambutan minggu couture, kami senaraikan tujuh perkara perlu tahu (setakat ini) di sepanjang minggu couture musim luruh 2018!

7 PERKARA PERLU TAHU TENTANG COUTURE FALL 2018

1. INTEGRASI GIAMBATTISTA VALLI & CHOPARD

Buat pertama kalinya, Giambattista Valli bekerjasama dengan Chopard untuk pentas couture! Sebagai regular di minggu couture, Chopard kali ini menghiasi rekaan-rekaan Giambattista Valli.

2. ADUT AKECH ADALAH PENGANTIN FINALE CHANEL

Sebagai penutup pentas Chanel, Adut Akech muncul menelusuri finale dan mendandani diri dalam rekaan pengantin oleh Karl Lagerfeld. Adut memakai helaian warna hijau lesu, yang dihiasi butiran seperti sulaman berbentuk dedaunan di bahagian tepi. Ia menyingkir norma-norma biasa pakaian pengantin perempuan, tetapi untuk ini, we make an exception.

3. ARMANI PRIVE MENGEMBALIKAN KLASIK COUTURE

Elegan, glamor, theatrical, klasik dan semua yang kita tahu fasal couture ada di Armani Prive. Giorgio Armani menafaskan kembali “what couture is all about!” Malah aksi pentasnya juga – model berhenti di tengah-tengah runway dan twirl – mengingatkan kita tentang minggu fesyen dulu-dulu.

4. RVDK DENGAN #SUSTAINABLECOUTURE (DAN THE BEST FINALE PHOTO!)

Selain gambar ‘famili’ ketika finale antara yang terbaik juga ‘most-feeling’ yang pernah kami lihat, Ronald Van Der Kemp atau RVDK mengekalkan mesej sustainable couture musim ini. RVDK mengitar semula fabrik-fabrik atau pakaian-pakaian vintaj dan yang menarik lagi, dia menambah nilai artistik menjadikan rekaan-rekaannya unik. Macam-macam cara dia untuk memelihara objektif #sustainablefashion, termasuklah membasuh kadbod menggunakan mesin sehinggalah ia mudah diolah dalam bentuk pola.

5. BERTRAND GUYON MENDALAMI MINDA PENGASASNYA

Dalam Instagram rasmi Schiaparelli, terbetik satu post gambar yang melepaskan ilham moodboard rekaan couture kali ini – menyelam ke dalam minda Elsa Schiaparelli dan mengamati personaliti Elsa juga apa yang menjadi kegemarannya. Seperti yang kami nayatakan tadi, couture kali ini adalah tentang menggemilangkan si pengasas.

6. IMPAK BAHAGIAN LUAR REKAAN DIOR

Lazimnya, yang selalu menjadi fokus setiap kali persembahan couture adalah teknik, kemasan serta bahagian dalamannya. Di Dior, ia tidak sahaja memberatkan hal tersebut, malah Maria Grazia Chiuri turut mementingkan bahagian luaran. Untuk dua rekaan ini, motif herringbone berwarna-warni pada gaun georgette sutera dan rimbunan perincian kuntuman bunga yang disempurnakan garisan warna hitam pada setiap bahagian hujung ini adalah hasil cat tangan, meneruskan visi Maria yang sukakan sesuatu yang bersifat asli.

7. WARNA PANAS ADALAH TREND COUTURE MUSIM INI

Armani Prive dan Schiaparelli obses dengan rona hot pink, manakala Alberta Ferreti juga Sonia Rykiel menyimbah skima warna hangat penuh pada salah satu rekaan masing-masing. Ya, trend warna couture musim luruh 2018 adalah rona panas!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE