Posted on February 12, 2020
Sudah kami buka bicara tentang leatherlike couture yang menjadi trend minggu fesyen New York musim luruh dingin 2020 semalam… dan hari ini, kami tidak mahu berhenti bercakap mengenainya. We’re just gonna dig in, and dig in, and dig in.
Setengah abad ke-20 dahulu, Amerika ‘berkompromi’ dengan idea material kulit dalam fesyen. Bonnie Cashin adalah pencetus idea tersebut, bagai semerbak azamnya untuk meyakinkan fesyen wanita atau perempuan pada masa itu harus berubah. Lebih modular, terutama sekali untuk wanita moden. Selain suede, mohair dan material organik lain, material kulit juga menjadi pilihannya. Kerana Bonnie melihat seni reka fesyen sebagai satu gerakan Kinetic Art – di mana dia boleh berdaya inventif dalam membentuk, mengolah atau mencorakkan pakaian kepada bermacam-macam rupa – dan material kulit adalah antara yang bisa merealisasikan proses rekaannya.
Bonnie bahu-membahu dengan Philip Sills, seorang tukang kraf dan pengimport material kulit, dan mereka memperkenalkan kulit dalam dunia high fashion. Dan ketegaran Bonnie memelihara disiplin untuk terus menyimpang, menggunakan material bukan konvensional telah beroleh kemenangan dalam mengubah paradigma fesyen masa itu. Sehingga menjulang namanya.
Self-Portrait
Legasi Bonnie sebagai pereka asal Amerika yang berjuang menggunakan material kulit dalam seni reka fesyen diteruskan kini. Terima kasih buat pereka-pereka generasi baharu di minggu fesyen New York baru-baru ini kerana menjadikan material kulit atau leatherlike (seperti vegan leather dan PVC leather) sebagai forecast trend musim luruh dingin 2020!
Sungguhpun material kulit, berdasarkan pemahaman yang terjangkau oleh akal, berkaitan dengan fetisy dan bagaimana Claude Montana serta Versace pernah memfantasikan material kulit yang mengolahnya secara “seksual” sehingga menjadi pertanyaan The New York Times, “Is it chic or cruel?”, namun tidak sama ‘kesnya’ dengan minggu fesyen New York.
CDLM
Pereka-pereka di minggu fesyen New York musim luruh dingin 2020 menjadikan material kulit dalam rupa couture-like, pakaian sedia pakai dan sesuatu yang tidak mengusik aturan pola lazim. Atau dalam kata lain, ia tidaklah memalit “konotasi negatif” setiap kali menyentuh hal material kulit yang dianggap fesyen fetisy.
Chris Peters di CDLM seakan-akan mencelup adicita Bonnie bila bercakap tentang penggunaan material kulit dalam himpunan musim luruh dingin 2020-nya. Chris menggunakan material kulit pada rekaan dress serta kot dan dia suka melihat bagaimana material kulit ini diumpamakan sebagai second-skin, tetapi tidak memaksudkan ia secara seksual.
Kisah memori keluarga tercinta yang bertugu dalam jiwa Claudia Li pula, menyaksikan kebolehannya memangkas pertanyaan The New York Times “Is it chic or cruel?” dengan mengubah material kulit (atau kulit PVC?) dalam rupa… chic! Salah satu leatherlike look yang dipersembahkan oleh Claudia adalah kemeja yang sepertikan ‘corseted’ di bahagian pinggang, dengan pola bahu jatuh dan ada butiran topstitches pada dart, hemming juga fastening.
Claudia Li
Great minds think alike adalah kata yang dituju buat Proenza Schouler, Laquan Smith dan Baja East, kerana masing-masing mengolah material kulit kepada bentuk dress asimetri menafaskan kesamaan dari aspek siluet. Laquan Smith dengan konsep rekaan peek-a-boo, manakala Proenza Schouler champion dalam hal manipulasi pola dan meneroka bentuk yang kelihatan tidak natural. Dan Baja East – memperkenalkan vegan leather – balik kepada sesuatu yang bersifat asas, menyemat teknik draping pada dress mini asimetri yang direka olehnya.
Great minds! Laquan Smith, Proenza Schouler dan Baja East, masing-masing mempersembahkan material kulit dalam rupa dress mini asimetri
Pola yang hampir sama. Brock Collection dan Sandy Liang menghasilkan dress ‘apron’
Anna Sui dan Alice + Olivia menyemat konsep kewanitaan pada penggunaan material kulit
Sumber gambar : vogue.com
Apa pandangan anda?