Posted on October 24, 2024
Levi’s® mengumumkan kolaborasi kedua bersama McLarren Racing selepas kejayaan kolaborasi pertama mereka pada Julai lalu sempena Grand Prix Britain. Koleksi terbaru Levi’s® x McLaren Racing ini hadir dengan sentuhan nilai estetika yang diinspirasikan daripada kelajuan era moden McLaren Racing.
Kali ini Levi’s® x McLaren Racing menampilkan beberapa helaian kasual seperti Track Trucker, Jeans Sports 501®, Speed Trucker, Speed Jeans, Second Skin, Fleece Hoodie, Constructors Tee, T-shirt Grafik lengan panjang dan Speed Bandana.
Track Trucker mengetengahkan ciri seumpama jaket denim bomber, ia hadir dengan panel kontras di bahagian dada dan belakang sementara bahagian leher dan hem pula hadir dengan rona warna berbeza. Jaket ini juga dilengkapi dengan Sulaman “McLaren Racing” di bahagian dada kiri depan.
Jeans Sports 501® mempunyai denim terbalik pada bahagian pinggang – diinspirasikan daripada helaian kontemporari 501® ‘93 Straight Fit, jeans ini didatangkan dengan sulaman di kaki kiri. Kedua-dua Trucker dan Jeans Sports 501® mempunyai patch getah khas berwarna hitam berbentuk dua kuda, melambangkan the chassis plaque.
Dalam berinovasi, Levi’s® tetap ingin mengekalkan ciri jaket perlumbaan tradisional. Oleh itu, Speed Track Trucker hitam mereka hadir dengan pengikat leher dua butang, snap di bahagian pinggang dan pipingan yang menyerlahkan gaya si pemakai.
Jaket wanita yang sporty ini menampilkan jenama McLaren Racing di bahagian dada kiri dengan zip dua arah di hadapan – ia sempurna jika dipadankan dengan Speed Jeans berpotongan Baggy Dad – dilengkapi dengan panel sisi dan pipingan sendiri. Kedua-dua helaian ini mempunyai patch belakang co-brand dan sulaman di bahagian kaki kiri.
Pilihan seterusnya untuk kaum wanita adalah Second Skin t-shirt berlengan panjang dengan leher tinggi dalam warna oren yang diinspirasikan daripada cetakan modular McLaren Racing, Ada juga Constructors Tee yang berpotongan longgar – direka khas bagi meraikan kemenangan McLaren Racing, lebih istimewa ia disertakan dengan tandatangan Bruce McLaren dan Levi Strauss bersama label clamp.
Mahukan gaya yang lebih bersahaja? apa kata pilih Fleece Hoodie yang sesuai digayakan lelaki mahupun wanita. Ia mengetengahkan ciri kelabu heather dengan panel fleece hitam bersama lengan raglan. Fleece Hoodie juga dihasilkan melalui teknik cetakan silikon berkilau seperti Second Skin untuk menghasilkan kemasan yang berkilat.
Ada juga T-shirt Grafik lengan panjang dengan potongan santai yang turut dihasilkan melalui teknik silikon berkilau, ia juga hadir dengan cetakan foto kereta McLaren F1 bersama label clamp di leher belakang dan tab sisi.
Sebagai penutup kepada koleksi Levi’s® x McLaren Racing, mereka memperkenalkan Speed Bandana – bandana satin yang didatangkan dalam ukuran oversized – menampilkan grafik McLaren F1 serta label clamp di sudut.
Koleksi Levi’s® x McLaren Racing tersedia untuk pembelian di kesemua stor Levi’s® di seluruh Malaysia, ataupun kamu juga boleh berbelanja secara atas talian melalui pautan di SINI.
Apa pandangan anda?