SEARCH

Stranger Things & Levi’s Bersama-sama Menghidupkan ‘80an’

Stranger Things & Levi’s Bersama-sama Menghidupkan ‘80an’

Sungguhpun ia terpampang pada skrin, tersusun dalam senarai siri-siri Netflix, namun sejujurnya, saya belum berkesempatan lagi menonton Stranger Things. Siri yang pada awal kemunculannya berjaya merangkul sambutan di luar jangkaan sehingga melumpukkan sekumpulan peminat fanatik sendiri, kini sudah masuk musim ketiga!

Maybe it’s about time to binge-watch Stranger Things? Better late than never!

Seperkara tentang sifat komersial Levi’s dan era 80an, terutama sekali dalam mana-mana cereka filem mahupun siri televisyen pada tahun 80an, ‘hubungan’ kedua-duanya bukan asing lagi. Levi’s begitu sinonim dengan era 80an, jadi tiadalah hairan siri Stranger Things (yang berlatarkan tahun 80an) menafaskan kembali setiap butiran yang mengaitkan era tersebut… termasuklah fesyen watak-watak utamanya dalam menggayakan Levi’s! Dan untuk merai kehadiran musim ketiga, Levi’s memperkenalkan satu himpunan kapsul kolaborasi bersama Stranger Things.

Apatah lagi musim ketiga yang baharu ini, Stranger Things memutarkan masa ke tahun 1985 – tahun di mana Levi’s membudayakan fesyen pada waktu itu sehingga menjadi sangat-sangat signifikan dengan era 80an – Levi’s berganding bahu dengan pasukan penyelia busana siri tersebut, membantu menghasilkan serta mereplikakan kostum yang menepati trend dahulu untuk setiap watak utama.

levi's stranger things

Levi’s dan pereka-pereka kostum Stranger Things turut memunculkan gaya atau look yang diinspirasikan oleh dua watak kegemaran siri ini, yakni Eleven dan Dustin. Gaya atau looks Eleven dan Dustin bukan sahaja khusus untuk siri Stranger Things, malah ia juga tersedia untuk bisa dibeli di pasaran!  Menghidangkan koleksi kapsul yang membariskan produk-produk istimewa untuk kedua-dua lelaki dan perempuan, bersedialah, kerana Levi’s X Stranger Things sudah mula dijual pada bulan Julai Ini.

Antara yang menjadi tumpuan utama termasuklah kemeja Aztec Print dan jean El Pleated yang dipakai oleh watak Eleven serta kemeja T ringer ‘Camp Know Where’ yang dipakai oleh Dustin. Selain itu, ada juga helaian-helaian lain seperti kemeja T, baju panas bersama-sama jean dan Truckers yang dilengkapi grafik-grafik Stranger Things seperti tipografi serta imej watak-watak utama.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE