Posted on February 1, 2024
Siri Mobile Suit Gundam dilancarkan pada tahun 1979 dan sejak itu mereka mula mendapat tempat di hati peminat daripada seluruh pelosok dunia. Meskipun sudah puluhan tahun berlalu namun francais Gundam terus berevolusi dan meneroka naratif baru yang lebih kompleks.
Bagi meraikan peminat Gundam, Levi’s® tampil berkolaborasi bersama jenama tersebut dalam usaha untuk mengembangkan gaya ikonik serta helaian klasik Levi’s® – mereka mengangkat Gundam SEED sebagai tema utama, koleksi ini hadir dengan sembilan helai pilihan pakaian dan tiga aksesori yang pasti membuatkan peminat Gundam rambang mata untuk memilihnya.
Ini Antara Helaian Kegemaran Kami
Levi’s® Gundam SEED Relaxed Trucker Jacket & LEVI’S® X Gundam SEED ’93 501® Jeans
Ini helaian yang wajib kamu punya! Padanan jaket trucker dan seluar jeans klasik ’93 501® – gaya ini sangat ringkas namun menyerlahkan sisi unik si pemakai. Kedua-dua jaket dan jeans didatangkan dalam warna denim indigo dengan kemasan stonewash ringan.
Jaket dan jeans turut menampilkan cetakan bercorak Strike Gundam, tampalan belakang kertas jacron biru dan tampalan jenama bersama.
Levi’s® x Gundam SEED Technical Anorak & Levi’s® x Gundam SEED Cargo Pants
Is black your color? Jika ya, kamu perlu memiliki Levi’s® x Gundam SEED Technical Anorak – baju ini hadir dengan potongan berkotak dan kun alur perak. Ia dilengkapi poket dada utiliti, tali untuk diikat ke belakang bersama grafik GAT-X105 Strike Gundam di bahagian belakang baju.
Padanan paling sempurna untuk Levi’s® x Gundam SEED Technical Anorak adalah seluar cargo daripada koleksi yang sama. Seluar ini turut menampilkan padanan kun alur perak serta tampalan jenama bersama Gundam pada poket cargo dan bahagian belakang seluar.
Psst! Seluar cargo adalah helaian yang sangat ‘in’ sekarang, mudah dipadankan dengan apa-apa jenis baju. Terutama sekali Levi’s® x Gundam SEED Cargo Pants yang berpotongan sedikit ‘baggy’. Gayanya yang bersahaja membolehkan si pemakai bereksperimentasi dengan pelbagai gaya mengikut keselesaan dan identiti diri masing-masing.
Levis® X Gundam SEED Rugby Shirt
Helaian seterusnya adalah baju Rugby berpotongan relax dalam rona kelabu – ia didatangkan dengan kolar hitam twill kapas, cetakan Strike Gundam hampir di keseluruhan bahagian depan baju dan tag jacquard.
Ia sesuai digayakan dengan mana-mana jeans klasik Levi’s® dalam rona gelap ataupun bersama Levi’s® x Gundam SEED Cargo Pants.
Levi’s® X Gundam SEED Accent Pouch
Tak lengkaplah keseluruhan look kamu tanpa aksesori, jadi apa kata padankan helaian pilihan kamu bersama Levi’s® X Gundam SEED Accent Pouch yang boleh disambungkan pada beg atau seluar. Aksesori kecil ini bukan sahaja berguna untuk menyimpan duit syiling, earphone mahupun kunci kereta malah ia bakal membuatkan keseluruhan gaya kamu terlihat lebih menarik.
Antara Helaian Lain dan Aksesori Levi’s® x Gundam SEED
Levi’s® X GUNDAM SEED Boxy Tee
Levi’s® X GUNDAM SEED Long-Sleeve Tee
Levi’s® X GUNDAM SEED Hoodie
Levi’s® X Gundam SEED Utility Beanie
Levi’s® X Gundam SEED Harness Bag
Koleksi unisex Levi’s® x Gundam SEED tersedia untuk pembelian melalui laman web rasmi Levi’s® di levi.com.my atau boleh juga didapati melalui rangkaian butik Levi’s® di seluruh Malaysia.
Apa pandangan anda?