SEARCH

LFW Ada Satu Persamaan – Lengan Baju Adalah ‘Highlight’

LFW Ada Satu Persamaan – Lengan Baju Adalah ‘Highlight’

Pabila disoal “Apakah antara trend yang berbegar di London Fashion Week atau LFW kali ini?” Jawapannya, LFW ada satu persamaan : seni reka lengan baju! Bak kata orang, “Wear one’s heart on one’s sleeve”. Bagai kena perumpamaan tersebut dengan minggu fesyen London. Bersuluh terang ‘emosi’ jenama-jenama atau pereka-pereka fesyen ini, menyerlahkan kecendiakaan masing-masing mencorakkan pola rekaan lengan.

Sehingga menerbitkan satu siluet baharu!

Dalam pada minda cerdas Erdem Moralioglu menjurus jauh, mengenang sosok fotografer Itali Tina Modotti untuk himpunan musim bunga panas 2020-nya, manakala Simone Rocha menggamamkan sekalian hadirin dengan kisah manis adat hari St. Stephen’s orang Ireland dan Burberry kelmarin sederap menjangkah dengan isu semasa, bertekad mahu menyelamatkan alam, pentas London tak lari daripada nada rekaan yang menggambarkan… identiti London. Eklektik, eksentrik, bertenaga dan sudah tentu, berani candang.

Apatah lagi bila menyentuh seni reka lengan pada rekaan-rekaan yang dipamerkan – saya taasub dengan pola lengan baju, setiap kali melihat rekaan. Lengan adalah asas terpenting, kerana in some cases, ia mendefinisikan aspek sesuatu rekaan. Ia lebih daripada sekadar fungsi menudung lengan tangan. Dan pentas LFW memahami ‘kepentingan’ lengan pada rekaan-rekaannya. Lengan fluted ke leg-of-mutton sehinggalah bahu cut-away, keunikan gaya-gaya lengan baju di LFW sesungguhnya antara yang terbaik.

lfw ada satu persamaan fashion week spring summer 2020

Richard Quinn seolah-olah membawa kita ke era 1824. Dia bermain dengan sesuatu yang ekstra dan fullness pada rekaan lengan bajunya yang berasaskan bentuk leg-of-mutton. Menafaskan sesuatu yang bersifat poetic juga dramatik sedikit, Richard tidak takut pada aspek berlebih-lebih – padat dengan motif bunga, tambahan lagi, seperti ada perincian quilt pada lengan. Berbicara fasal lengan baju fullness atau kembang, Roksanda Ilincic pun dipengaruhi oleh aspek yang sama. Roksanda menyemat bentuk lengan baju kembang pada rekaan-rekaannya yang dipersembahkan di Kensington Gardens dan diasosiasikan dengan atmosfera kelembutan serta feminin.

Seorang lagi Richard, yakni Richard Malone memilih nada gaya futuristik. Lengan baju berbahu cut-away, yang dibiarkan kelihatan jatuh, terus menghidupkan satu siluet baharu. Richard menggabungkannya bersama butiran-butiran seperti gathers, visible dart serta kemasan binding di atas rekaan bodice dan dia sama seperti Richard Quinn, kerana sengaja menghidupkan drama.

Oh, Burberry (gambar atas sekali) pun turut terikut-ikut dengan ‘sleeves bandwagon’ ini! Riccardo Tisci mempersembahkan himpunan yang menyelongkar retrospeksi sewaktu Burberry mula-mula diasaskan, mengubah ia kepada house codes baharu dan ada beberapa rekaannya yang tidak menyingkir efek lengan baju. Salah satu look yang menarik perhatian kami adalah rangkaian “Perempuan”-nya yang menyatukan dress berupa kemeja T dengan lengan baju seakan-akan lengan kemeja lelaki dan berbahu ropol-ropol. Seperti selalu, Riccardo membawa keunikan dan keluarbiasaan pada rekaan yang bertunjangkan warisan Inggeris.

SEKALI LAGI, LFW ADA SATU PERSAMAAN! YAKNI LENGAN BAJU YANG MENJADI HIGHLIGHT UNTUK MUSIM BUNGA PANAS 2020. AYUH, LIHAT BEBERAPA LAGI RUMAH FESYEN YANG TIDAK MELUPAKAN ASPEK LENGAN BAJU SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA ESSENTIAL DALAM REKAAN.

Camilla And Marc

Erdem

JW Anderson

Christopher Kane

Gambar semua daripada vogue.com

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE